Wednesday, June 18, 2008

SeSuAtU yAnG hIlaNg...

6 ulasan
Salam sahabat blog...


Semalam beberapa orang sahabat online, bersembang dengan ustazmuda berurutan dengan posting ustazmuda bertajuk isteri berdosa...wah sekarang sahabat macam-macam ye ada online ada offline... kira oklah tukan??? Banyak yang disembangkan. Satu demi satu hinggalah menyentuh tentang hukum kanun jenayah Islam Hudud Qisas dan Takzir yang ustazmuda sebut sepintas lalu dalam posting tersebut.


Hari ini, kita mulai lupa dengan hukum jenayah Islam peninggalan banginda Rasul kita itu. Kita lebih senang dan selesa dengan hukum jenayah yang diwarisi dari penjajah zaman berzaman walau hukum itu tidak pernahpun mampu menyelesaikan segala permasalah kita. Kita akur. Mungkin kerana kita telah amat lama diasingkan dengan hukum jinayah milik kita yang sering dimomokkan sebagai zalim kejam dan sewaktu dengannya....


Kita menerima Islam dalam urusan lain kehidupan kita. Kita terima Islam dalam aspek Ibadah kita. Lantas kita beribadah secara Islam... solatnya, puasanya mahupun hajinya. Kita menerima Islam dalam aspek Munakahatnya... Munakahat iaitu permasalah nikah kawin dalam Islam. Kita terima akadnya, ijabnya, talaknya mahupun rujuknya... walau kita agak berat menerima poligaminya huhu. Kita juga bersemangat untuk beramal dengan sistem muamalah Islam... maka lahirlah pelbagai produk-produk Muamalah Islam seperti Bank Islam, Takaful, Pimjaman secara Islam dan sebagainya... Kita akur.


Kita akur dengan aspek ibadahnya, munakahatnya, muamalahnya namun kenapa pula kita begitu asing dengan hukum jinayah Islam... yang kesemuanya bersumberkan sumber yang sama iaitu Al-Quran dan sunnah peninggalan baginda. Kita sering mencebik bila disebut pada kita akan hukuman rejam misalnya, kita mengatakan terlalu zalim untuk seorang pencuri dipotong tangannya... Zalimkah??? Mungkin kerana kurangnya ilmu atau pendedahan pada kita lantas kita bersikap begitu dek kejahilan diri. Begitu bukan???


Di ruang yang sempit ini bukanlah ustazmuda ingin memberi kuliah kanun jinayah Islam pula hehe, lagipun bukanlah ustazmuda orang yang selayaknya membincangkan... sekadar berkongsi beberapa istilah penting yang pasti muncul bila kita memperkatakan tentang hukum kanun jenayah Islam... iaitu Hudud, qisas mahupun takzir. Istilah yang amat berkait rapat dengan sistem perundangan Islam...


Apakah sebenarnya Hudud??? ... Hudud adalah satu bentuk hukuman yang tetap oleh Allah SWT. Tidak ada sesiapapun boleh memaafkan atau menggantikan hukuman hudud apabila sabit kesalahan tersebut berdasarkan hujah mahupun syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tidak seorang hakim, suami mahupun isteri pada si mangsa... hukuman pasti ditetapkan kerana itu adalah had dan ketetapan dari Allah. Namun di sana terlalu banyak syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam sebelum dikenakan hukaman tersebut...


Apakah pula perkara yang termaktub dalam hukum hudud itu sendiri??? ... erm antara yang termasuk dalam hukum hudud ialah : Zina, menuduh orang berzina, minum arak, mencuri, murtad, merompak, menderhaka pada kerajaan Islam ( Bughat ). Itu tentang hudud. Jom kita lihat apa pula yang dikatakan sebagai Qisas dalam Islam.


Apakah sebenarnya Qisas??? Ia juga adalah satu ketetapan dari Allah. Namun ia boleh dimaafkan oleh si mangsa mahupun ahli keluarga mangsa seperti ibubapa dan ahli keluarga terdekat. Tidak seperti hudud yang berbentuk mandatori tidak ada galang ganti padanya.


Apakah pula perkara yang termaktub dalam hukum Qisas itu sendiri??? ... Antara lain ialah... hukuman balas bunuh. Seperti bunuh dibalas dengan bunuh. Menghilang atau mencedera salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja, melukakan orang lain dengan sengaja... Ini antara permasalahan yang disabitkan dibawah hukum Qisas. Qisas hanya boleh digugurkan melalui satu dari sebab-sebab dibawah :


i) Kemaaafan dari semua ahli waris orang yang dibunuh.
ii) Kematian orang yang melakukan pembunuhan itu.
iii) Telah wujud perdamaian dan penyelesaian di antara si pembunuh dengan ahli waris ornag yang dibunuh.


Hari ini, di Malaysia negara kita tercinta, mereka yang boleh memaaf dan membebaskan seseorang dari hukuman bunuh bukan lagi ibubapa mahupun waris si mangsa akan tetapi...


Untuk akhirnya mari kita berkenalan dengan apa yang disebut sebagai takzir??? ... Ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera@denda, iaitu penjenayah tadi terlepas dari hukuman Hudud mahupun Qisas disebabkan tidak cukup syarat untuk dikenakan hukuman Hudud mahupun Qisas. Contoh seperti hukuman potong tangan... Syarat barangan yang dicuri mestilah bernilai kurang dari 3 dirham. Erm berapa ye nilai sekarang. Wallahu a'lam. Tak pasti. Pencuri hanya mencuri barangan yang bernilai 2 dirham. Secara otomatik pencuri tidak boleh dikenakan hukum hudud. Begitulah... Hukuman ini adalah hak mutlak pemerintah negara Islam menetukan apakah bentuk yang sesuai... inilah yang dikatakan takzir!!!


Cukup dulu rasanya perbincangan ringkas menyingkap Qanun Jinayah Syariah yang telah lama hilang dari hati sanubari ummah ini. Ustazmuda tidak bermaksud menjadikan blog ini sebagai kuliah akademik yang terlalu ilmiah. Semoga perbincangan pendek ini dapat menyentuh hati sanuburi ummah, betapa kita telah lama kehilangan sesuatu yang amat berharga dan kita memimjam sesuatu yang kita rasakan berharga dari mereka... Untuk lebih mendalam ustazmuda syorkan sahabat mendapatkan buku yang ustazmuda sertakan gambarnya seperti di sebelah. Kita mampu untuk membeli dan mendapatkan pelbagai jenis buku mahupun barangan-barangan lain yang memuaskan hati kita kenapa kita tidak mampu membelanjakan RM50.00 untuk kita mendalami sesuatu yang telah lama hilang ini??? Ayuh kita bangkitkan ruh dan semangat cintakan hukum-hakam kita sendiri. Allah Akhbar.

6 ulasan:

armorphism says:
1:04 PM

Wa'alaikum salaam..

Phew!..short but brief, thanks so much. Saya yg kelabu asap ni pun sering terfikir kenapa terlalu susah hendak menerapkan dan menerima hukum Allah. Hingga ustaz,ustazah pun ada yg deny hukum Allah ni..Isk isk isk!..potong lidah baru tau(kenyataan org jahil)..hehehehe!

okeh!..insyallah dicari dan dibeli dalam masa terdekat

Anonymous says:
4:27 PM

assalamualaikum..
masalah saya tak tau nak tanya kat siapa. adik perempuan saya berpelajaran agama,sblm ini amat menjaga maruah ttp selepas bertunang dia mengaku melakukan dosa bersama tunang sehingga hampir berzina. dia ingin bertaubat. dia sering dimaki hamun tunangnya sehingga saya memaksanya memutuskan tunang. masalahnya,pandangannya dia cuba bersabar sehingga berkahwin untuk berdakwah kepada tunangnya yang buta agama supaya mencintai islam. dia juga risaukan maruah keluarga kerana tunangnya mengugut menghebahkan perbuatan mereka.soalan saya, wajarkah meletakkan diri dalam keadaan berdosa semata-mata utk berdakwah? adakah ini dibenarkan islam?

Muhammad Amin says:
7:36 PM

salam ustaz muda,

kalau berzina bagi yang dah kawen kena sebat seratus kali atau rejam sampai mati?...sebab ustaz cakap kena sebat 100 kali..tapi setahu saya bagi yang dah kawen kalau berzina kena rejam sampai mati...

Anonymous says:
8:43 PM

salam..

betul pendapat ustaz muda....kita abaikan persoalan Jinayat...sedangkan itulah yang seharusnya dijadikan landasan menjaga keutuhan moral...

seharusnya diselitkan secara detil dalam teks2 diperingkat menengah atas dan kolej...agar pelajar jelas...kerana mereka lah golongan yang perlu ditarbiahkan dengan sebaik2nya sebelum melangkah ke dalam masyarakat....

irni says:
9:08 PM

salam...

dulu sebelum semakan kurikulum Pendidikan Islam TYingkatan 5..ada gak terselit tajuk berkaitan jinayat ni..." Hikmat Tasyr" Hukum Zina"..tetapi bila ada semakan kurikulum baru bermula 2005..( kalu tak silap)..tajuk tu hilang lesap..so..cm na nak menghayati hukum Allah...kerana tidak dijadikan sesuatu yang menjadi prioriti dalam teks di peringkat menengah pada generasi pelapis.....

irni says:
12:01 PM

salam

Serdasarkan ulasan ringkas ustaz muda dalam isu "sesuatu yang hilang" ada beberapa perkata yang ingin ditambah...iaitu berkaitan dengan kebaikan dan hikmah kita mengimbas kembali kewujudan dan merealisasikan hukuman Jinayat dalam Islam...

Islam telah mensyariatkan bentuk undang-undang dan peraturan tertentu bagi tujuan mencegah manusia melakukan jenayah di samping mendidik mereka mendekatkan diri kepada Allah swt. Undang-undang tersebut ialah Undang-undang Hudud, Qisas dan Takzir.

Undang-undang ini bertujuan untuk memelihara keperluan manusia iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Jika hilang salah satu keperluan tersebut maka sifatnya sebagai manusia terjejas.

Jinayat menurut Islam ialah melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah atau meninggalkan perkara yang diperintahkan olehNya.

Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah ayat 229.

" itulah aturan-aturan hukum Allah, maka janganlah kemu melanggarnya, dan sesiapa yang melanggar aturan hukum Allah, maka mereka itu org yang zalim"

Perlu difahami bahawa hikmah Hukuman Dalam Jinayat Islam adalah sebagaimana berikut :-

Setiap kesalahan yang dilakukan dalam Islam ada hukumnya. Hukuman seperti dibunuh, disebat, dipenjara dan sebagainya bukan bertujuan untuk menyiksa malah ada hikmah disebalik hukuman berat tersebut. Antaranya ialah :

1. Pencegahan

Tujuan hukuman dalam Islam bagi mencegah manusia melakukan perbuatan jahat. Seseorang yang berniat untuk melakukan jenayah akan membatalkan niatnya bila hukuman berat akan dikenakan kepada mereka. Hukuman berperanan mencegah sebelum jenayah benar-benar berlaku.

Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah ayat 179
" dan di dalam hukuman Qisas itu, ada jaminan hidup bagi kamu, wahai org yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa"

Hukuman Qisas umpamanya dapat menjadi penjamin kepada nyawa seseorang. Seseorang yang berniat untuk membunuh tetapi terhalang niatnya bila mengetahui hukuman berat akan menimpanya, bererti dua nyawa terselamat daripada kematian.

Hukuman juga menjadi pencegahan kepada sesorang yang telah melakukan jenayah daripada mengulanginya bahkan mencegah orang ramai daripada melakukan jenayah. Umpamanya seseorang telah dikenakan hukuman sebat berkemungkinan tidak akan mengulangi perbuatan jenayahnya untuk kali kedua.



2. Pembalasan

Hukuman merupakan pembalasan terhadap jenayah yang dilakukan. Pembalasan dikenakan secara adil dimana pesalah mencuri dihukum potong tangan, pembunuh dihukum bunuh balas dan sebagainya.

Firman Allah swt dalam Surah al-Maidah ayat 38

" dan org lelaki yang mencuri dan org perempuan yang mencuri maka( hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai balasan dengan sebab apa yang mereka usaha....."

3. Pemulihan

Hukuman juga sebagai suatu bentuk pemulihan. Ia merupakan penyediaan suasana kearah penerimaan kembali penjenayah dalam masyarakat agar mereka merasa insaf dan kesal. Juga melahirkan kesedaran dalam diri seterusnya bertaubat kepada Allah swt

Firman Allah swt dalam Surah al-Maidah ayat 39

Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melalkukan kejahatan( curi) dan memperbaiki amal ushahanya , maka Allah menerima taubatnya, kerana allah maha pengampun lagi maha pengasihani.

Sehubungan dengan itu jelas..bahawa hukuman allah mempunyai hikmah dan kebaikan nya yang tersendiri...dan perlu direalisasikan di negara tercinta untuk membendung segala salah laku sosial..

Renung-renungkan lahhhhhhhh....

wassalam..dhaif ...