Entah kenapa semenjak dua menjak ni ustazmuda tengok kat groups respeks kesayangan ustazmuda banyak betul ayat-ayat yang meruntun jiwa. Menyentap rasa lantas membekas di dada. Wa jiwang betul bunyinya. Sesekali takpekan sahabat??? Huhu. Oklah... hati teringin sama berkongi rasa lantas cuba menyelami perasaan itu walau mungkin agak sukar memahaminya...
Sahabat...
Soal hati sebenarnya soal yang terlalu kompleks untuk kita perbahaskan. Melihat pada orang kita,

Jom kita tengok pula apa pula hati dalam Bahasa Arab, khususnya apa kata agama kita tentang hati... Orang Arab memanggilnya sebagai Qalbun dan orang Melayu memimjamnya lantas memanggilnya sebagai Kalbu. Apa ada pada Qalbun ini??? Ya. Qalbun kalau diintai-intai dalam bahasa Melayunya bolehlah diterjemahkan sebagai " berbolak-balik " @ berubah-ubah ", mungkin kerana itu hati sering keliru terkadang begini terkadang begitu. Seketika merindu tetiba hati membenci. Itulah hati bukan??? Sebab itu ustazmuda teringat satu unjuran doa dari Baginda Rasul kita... Pesanan baginda agar sentiasa memohon kepada Tuan Yang memegang hati Tuan yang Bernama Muqallib ( مقلب ). ًWahai Tuhan yang membolak-balikkan hati...
يا مقلب القلوب ثبت قلبي علي دينك
Maksudnya : Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati... tetapkan hatiku di atas jalan agamamu.
Maksudnya : Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati... tetapkan hatiku di atas jalan agamamu.
... Itulah dia pesanan baginda kita. Betapa baginda mengingatkan kita agar sentiasa bergantung kepada Allah tuhan yang memegang tampuk hati ini. Dialah yang maha berkuasa ke atas setiap hati yang bernama makhluk. Hanya pada Dialah tempat bergantung dan memohon agar di tetapkan hati... Diberi ketabahan dan seterusnya terus kekal di atas jalannya. Tidak ada yang lain mampu memegang dan mengawal hati ini. Hati adalah milikNya abadi. Pohonlah...

... Dan kerana itu, nabi SAW juga bersabda yang bermaksud :
Sesungguhnya pada setiap jasad manusia ada seketul daging, apabila baik daging itu maka baiklah jasad, apabila rosak daging itu maka rosaklah jasad.. ketahuilah, sesungguhnya ia adalah hati.
P/s : Untuk akhirnya, buat sahabat yang masih punya hati... peliharalah sebaiknya. Sesungguhnya hati bukan kristal. Hehe.
0 ulasan:
Post a Comment