Salam sahabat blog...
Mungkin sahabat tertanya kot, kenapa agaknya ustazmuda sering menggunakan kalimah ketika sebagai tajuk posting ustazmuda. Pasti sahabat masih ingat dengan ketika hilangnya qudwah atau ketika jiwa melara pada posting sebelum ini. Mungkin esok atau lusa akan ustazmuda postkan satu lagi posting bermula dengan ketika... Ketika hilangnya Qiblah hehe. Erm... mungkin perkataan ketika punya nilai sentimental tersendiri pada ustazmuda kot. Apapun, mari kita hadamkan dulu apa yang ingin ustazmuda sembangkan dengan posting kali ini ketika hilangnya sunnah. Ketika lagi!!! Adois.
Erm... oklah pagi tadi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, biasalah teman halwa telinga ustazmuda adalah radio Ikim, kebetulan tajuk yang disembangkan pagi tadi adalah tips berjimat cermat diera kegawatan ini. Sembang antara ustaz Zamri dan ustaz Mahathir DJ Ikim yang tak asing lagi bagi pendengar setia radio Ikim. Untuk ustaz Mahathir dan ustaz Zamri takkan dah lupa kot kat ustazmuda ni, teman seperkuliahan di bumi anbiayak dulu, tapikan antuma dah jadi selebriti huhu. Teruskan kerja dakwah antuma. Moga dirahmati Allah.
Oklah terus pada topik perbincangan, banyak tips yang diberi untuk hidup berjimat cermat disaat kegawatan. Banyak cadangan diberikan, namun hampir semua cadangan tersebut pada ustazmuda adalah cadangan biasa yang sering diwar-warkan. Ala macam... mulakan bercucuk tanam, gunakan motosikal untuk ke tempat kerja atau mulakan dengan kenderaan awam dan berkongsi kereta, tak kurang juga yang mencadangkan agar melakukan kerja sampingan. Semuanya pada ustazmuda terlalu stereotype bunyinya.
...Cuma satu yang agak unik dan menyentuh hati kecil ustazmuda, satu tips dari seorang pendengar radio Ikim. Maaf ustazmuda lupa nama pemanggil tersebut. Apapun ustazmuda ucapkan terima kasih atas ingatan dari si pemanggil. Antara lain si pemanggil memberikan tips berjimat cermat dalam keluargnya ialah masakan ringkas tetapi berkhasiat dan dihidang dalam dulang untuk santapan seisi keluarga. Erm, sekali pandang mungkin tak ada apapun pada kita bukan??? Makan dalam dulang bukanlah satu perkara asing bagi ustazmudapun... Cuma satu amalan yang telah lama hilang dalam diri ustazmuda. Hilang mungkin dek kerana kemewahan hidup yang telah lama dikecapi. Cewah mewah konon!!!. Apa sangatlah mewahnya hidup seorang kakitangan kerajaan di Malaysia ni. Huhu. Syukur…
Ya. Sunnah yang telah lama hilang dalam diri ustazmuda. Sunnah yang hanya dikecapi disaat bersama sahabat dalam majlis muqayyam dan usrah… Argh manisnya. Ustazmuda rindukan saat itu. Rindu serindu rindunya. Rindu santapan bersama sahabat. Rindu berkumpul bersama menikmati rezeki Allah walau hanya seeokor ikan kering dan beberapa biji telor dikongsi bersama lima enam orang sahabat sejamaah. Aduh manisnya… Rindu saat menikmati hidangan hingga licin dulang tersebut, hingga berebut-rebut untuk mencuci dulang, hingga tidak seulaspun makanan yang tertinggal hingga semuanya menjilat jari keenakan. Ya Allah kembalikan daku ke saat itu… saat indah hidup bersama jamaah. Kurindu…
Ya. Mungkin sahabat mengatakan apa sangat kaitannya makan dalam dulang dengan jimat cermat… eNtah. Cuma pada ustazmuda ketika saat melaluinya, serasakan satu aliran ukhuwah mengalir dalam diri ini. Rasa kasih persahabatan keranaNya… Juga apa yang ustazmuda nampak, kurangnya pembaziran bila kita beramal dengan sunnah yang satu ini. Jarang sekali ustazmuda amati makanan yang dihadamkan bersama ini dibuang begitu sahaja… dibaziri. Walau hidangan itu hanya sekadar sahaja. Kebiasaannya licin. Licin hingga tidak tinggal walau sebiji nasi rezeki dan nikmat dari Allah itu. Hanya mereka yang melaluinya pasti dapat merasakan. Dan mungkin itu juga yang dikatakan sebagai berkah.
… Pinta ustazmuda, moga disatu masa ustazmuda dan keluarga mampu untuk beramal dengan sunnah yang satu ini. Insya allah. Walau sunnah yang nampak kecil… tapi punya rohnya tersendiri dalam pembinaan jiwa. Moga disaat segala sunnah rasul ini diperlekehkan kita masih mampu beramal dengan segala sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda Rasul. Doakan ustazmuda dan keluarga sahabat… Doakan!!! Amin
Wednesday, July 02, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment