Thursday, June 26, 2008

RM1 JuTa... WoW bAnYaKnYa...

3 ulasan
Salam sahabat blog...


Pagi tadi sewaktu memandu dalam kereta sempatlah buka radio... memang dah jadi kebiasanpun sebenarnya mendengar radio di waktu pagi dalam perjalanan ke tempat kerja. Cuma pagi ni sedikit kejutan pada ustazmuda bila mendengar berita jam 7 di Radio Satu. Kejutan apa ye??? Kejutan pada ustazmuda mungkin perkara biasa pada sahabat bukan??? Manusia punya perbezaan persepsi dan tanggapan. Ustazmuda terima.



Oklah terus pada pokok persoalan, kalau tak salah pendengaran ustazmuda TPM kita Datok Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan insentif khusus untuk pemenang-pemenang hadiah utama dalam kejohanan Olimpik tahun ini. Antara insentif utama tersebut ialah...



1) RM1 juta diberikan kepada pemenang pingat emas, RM300 ribu kepada pemenang pingat perak dan RM100 ribu kepada pemenang pingat gangsa....

2) Kenaikan elaun/pencen... diberikan selagi hayat hidup. Kepada pemenang pingat emas elaun dinaikan dari RM3000 ke RM5000, pemenang pingat perak RM1500 dinaikkan ke RM3000 dan pemenang pingat gangsa dari RM1000 ke RM2000.


Ustazmuda tak pasti apa tanggapan sahabat terhadap insentif dan anugerah ini. Cuma pada ustazmuda ia adalah satu insentif yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi disaat seluruh rakyat dihadapkan dengan kegawatan dan diminta untuk berhemat dan cermat dalam perbelanjaan. Nilai 1 juta untuk sebutir pingat emas amatlah besar. Terlalu besar!!!. Terlalu besar hanya untuk dibazirkan begitu sahaja. Ustazmuda tahu dan paham sangat ia sebagai satu dorongan untuk anak muda kita mencipta kegemilangan di sukan berprestij di dunia itu. Ustazmuda juga paham entah berapa orang sahaja rakyat Malaysia yang mampu melakar sejarah di sukan tersebut. Paham sangat. Cuma berbaloikah kita membazirkan wang sebanyak itu hanya kerana inginkan kemegahan dan kehebatan, hanya kerana ingin di pandang gah di dunia.


Pada ustazmuda, anugerah ini juga satu lagi sikap ambik mudah kerajaan dalam membenjakan wang rakyat. Wang yang datang dari hasil penat lelah dan keringat rakyat di seluruh pelusuk negeri. Betapa senangnya kerajaan membazirkan wang rakyat dan betapa kita terus dipaksa dan terpaksa berhemat dan cermat dalam perbelanjaan. Betapa kontranya!!!


… dan ustazmuda juga pasti anugerah ini akan menanamkan sikap ambik mudah anak muda kita kepada ilmu dan pendidikan. Ala… nak jadi kaya, nak jadi jutawan hanya perlukan kemahiran dalam sukan dan seni muzik!!! Mudah bukan??? Anda hanya perlu berani mencipta kelainan dalam dua dunia ini… Anda pasti berjaya!!! Sesungguhnya betapa berjayanya protokol Yahudi yang ditanam sekelian lama. Akhirnya kerajaan Negara Islam sendiri yang menjayakannya…

3 ulasan:

armorphism says:
9:49 AM

Salaam..
Hari tu dia kata..
'...kalau membazir "islam marah".!'
ingat tak?..pasal pengurusan kewangan time mula2 naik minyak aritu. Skang dia kata, kalau menang dalam dedah sambil sukan kasi satu juta dgn insentif pencen yang akan menelan lagi berjuta2 duit hasil rakyat. Isk isk iiisk!!Inilah anjuran Islam Hadhari
"kalu menang sukan dan dedah di Olimpik dibolehkan guna juta2 wang rakyat..ini bukan membazir, Islam Hadhari suka!"..Betulla kata ustaz, nak hidup senang kat Malaysia kalu bleh diorang nak semua ahli masyarakat terus lagha,leka,alpa, menyanyi terus biar dalam waktu gawat, bersukan terus, biar requirement nya mesti berbogel, berhibur terus dan insyaAllah takkan senang2laa..kerana yg makin kaya dan mengumpul harta adalah mereka-mereka sahaja..kita-kita?..Sindiri mau ingatlaa..nanti dia kata"cacing dalam batu pun boleh makan apa"..kakakakaka!

wnorhaslina says:
1:51 PM

salam
terkejut beruk gak dengaq dalam berita. Makin hari makin banyak benda bodoh yang dibuatnya..
mental2

We are HERE! says:
9:57 AM

kita kena redha..
negara dpimpin oleh org2 bodoh~~
kerna,kita yg undi~~