Salam sahabat blog...
Hari ini, ustazmuda ingin berkongsi satu lagi masalah yang diutarakan salah seorang sahabat pada ustazmuda... Semoga perkongsian ini akan dapat memberikan kefahaman kepada kita bersama. Sebarang perkongsian ilmu amat dialu-alukan. Mungkin tokok tambah dari sahabat semua dapat memberikan input yang lebih baik... Ok kita terus kepada permasalahan yang diutarakan.
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ada sedikit kemusykilan yang kadang kala bermain di fikiran. Biar saya cerita serba sedikit mengenai diri saya. Saya berumur lingkungan 30 dan baru shj mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta.
Persoalan saya ialah akan jatuh talak atau tidak sekiranya saya berfikir @ bergurau seandainya saya menceraikan isteri atas sebab pertengkaran kecil dan dia tidak minta maaf kepada saya??? Harap ustaz dapat mengurai dan membantu menyelesaikan persoalan saya ini.
Terima Kasih.
Suami keliru.
Suami keliru,
Terima kasih tidak terhingga kerana sudi berkongsi dan memberikan kepercayaan kepada ustazmuda untuk sama-sama kita meneliti permasalahan dan seterusnya cuba merungkai semampu mungkin. Buat suami keliru, pertamanya... ustazmuda ingin menegaskan dan seterusnya menasihatkan agar suami keliru tidak bermain dengan kalimah talak. Ini kerana talak bukanlah sesuatu yang boleh dipermain, digurau bahkan dilakonkan.
Sebelum ustazmuda memanjangkan perbincangan ada baiknya kita mengenali sepintas lalu apa yang dikatakan talaq itu sendiri. Perlu difahami talaq adalah lafaz... bukan hanya bisikan hati. Sekuat manapun sahabat menjerit di dalam hati... tetapi tidak terlafaz di mulut ia tidak akan terjadi, tetapi perlu diingat sekiranya lafaz itu terkeluar dimulut walau dalam apa keadaan sekalipun samada disedari atau tidak... dalam keadaan marah atau hanya sebuah lakonan ia tetap akan jatuh talaq.
Perlu diingat juga lafaz talaq termasuk segala perkara yang berkaitan dengannya... Lafaz tidak sahaja berbentuk lisan di mulut. Lafaz mungkin berbentuk isyarat... dan terkini lafaz juga mungkin berbentuk sms, e.mail dan sebagainya.. Apa yang penting lafaz itu mestilah keluar dari suami samada lafaz dari mulut suami, sms dan e.mail yang juga ditulis oleh sang suami. Namun di sana lafaz talaq terbahagi kepada dua...
... iaitu lafaz Soreh, yakni lafaz yang terang lagi bersuluh yang tidak memerlukan kepada niat di hati. Lafaz ini seperti penggunaan kalimah cerai dan talaq itu sendiri. Seperti sang suami mengatakan aku cerai akan dikau dengan talaq satu... Maka terjatuhlah talaq, walaupun ia hanyalah sebuah gurauan. Di sana juga wujud apa yang dipanggil sebagai lafaz kinayah ( sindiran ) seperti si suami mengatakan... baliklah awak kerumah ayah awak atau rumahtangga kita setakat ini sahaja. Dalam masalah ini, lafaz-lafaz tersebut memerlukan kepada niat di hati suami.
Berbalik kepada masalah yang diutarakan oleh suami keliru... ustazmuda tidak berapa jelas dengan keadaan yang dimaksudkan oleh saudara. Beberapa andaian ustazmuda utarakan di sini.
1) Talaq atau apa yang disangkakan sebagai penceraian hanya bermain di kepala suami keliru sahaja tanpa apa-apa lafaz yang terkeluar dari mulut suami keliru. Ini berdasarkan kalimah " saya berfikir " yang diutarakan oleh suami keliru dalam persoalan di atas. Sekiranya inilah yang merisaukan suami keliru... pandangan ustazmuda mengatakan ia tidak memberi kesan pada hubungan suami isteri suami keliru.
2) Suami keliru juga ada menyebut perkataan bergurau... Di sini timbul beberapa masalah. Bagaimanakah bentuk gurauan tersebut??? Adakah gurauan tersebut jelas menggunakan kalimah talaq atau cerai... Sekiranya suami keliru menggunakan kalimah aku cerikan kamu dengan talak satu walaupun dengan niat gurauan maka telah terjatuhlah talak satu. Sebaliknya sekiranya suami keliru hanya menggunakan bahasa-bahasa kiasan maka ia memerlukan niat di hati suami keliru. Di sini hanya suami keliru sahaja yang mengetahui kedudukan sebenar.
3) Satu kemungkinan lagi yang boleh diandaikan dalam gurauan tersebut adalah, suami keliru mungkin menggunakan lafaz taklik... iaitu suami keliru mengaitkan talaq dengan satu kaitan/peristiwa yang lain. Sebagai contoh si suami berkata, sekiranya awak tidak memohon maaf kepada saya sehingga petang ini maka jatuhlah talaq satu... Si isteri tetap tidak memohon maaf sehingga waktu yang ditetapkan. Maka jatuhlah talaq satu bila perkara/peristiwa yang dikaitkan itu berlaku.
Ustazmuda rasa, itu sahaja yang dapat ustazmuda berikan sebagai rujukan suami keliru. Kemungkin apa yang ustazmuda berikan ini tidak mempu memuaskah hati suami keliru atau sekiranya wujud kesilapan ustazmuda memohon ampun kepada Allah dan panjatan kemaafan kepada suami keliru. Sekiranya masalah belum dapat dirungkai, sebaiknya suami keliru bersegaralah merujuk kepada pihak yang lebih arif. Apapun sekali lagi ucapan terima kasih dihulurkan atas kepercayaan yang diberikan. Terima kasih.
Tuesday, June 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 ulasan:
12:28 PM
Salaaam Alaikum..
Maaf kerana kesukaan saya menyibuk dalam ruangan komen ni. Maklumlah, blog saya sendiri pun saya sorang jugek yg beri komen dalamnyerr..hehehehe!..Mohon ampun saya himpunkan sebelum memberi sepatah dua kata yang saya rasakan benar pada diri sendiri..Bagi sayalah, kalau pasal talaq,cerai dan sebagainya jangaaanlaa ada nak difikirkan, diguraukan atau nak diperkata-katakan dgn contoh lakonan or things like it. Islam menegah daripada apa2 perlakuan, perkataan dan pendirian yang melampaui batas.
Ini termasuklah dalam gurauan,lakonan,pendirian,pemikirandan segala yg melibatkan anggota fizikal dan mental.
Ini hanya pada diri saya kerana lain orang lain pengalamannya dan lain juga pengajaran yg di ambil drpd pengalaman2 tersebut. Apa2 pun takda apa2lah..sekian terima kasih krn sudi m'baca komentar dr sy yg entah hapa2 ni..wassalaam..
Post a Comment