Wednesday, July 23, 2008

AyAt AyAt CiNtA...

4 ulasan
Salam sahabat blog.....


Sekadar senikata dulu hehe. Nanti bila free sambung apa yang nak disembangkan...


Ayat Ayat Cinta


desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati

terkisah ku di antara
cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan


reff:
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu


bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud


bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan


repeat reff

ketika ku bersujud

Bersambung... Ok nak sambung sikit hehe. Erm kenapa tetiba ngan ayat-ayat cinta no??? Entah. Cinta ermmmm semua orang akan alaminya bukan??? Tak kiralah apa jenis cinta. Cinta beralih arah ke... cinta terpaksa ke, cinta antara benua ke apapun ia tetap cinta... bahkan dalam Al-Quranpun digambarkan rasa cinta. Rasa Cinta Zulaikha pada Nabi Yusof yang bersangatan... Itulah cinta bukan???

Kenapa dengan ayat-ayat cinta??? Jiwang bunyinya. Erm kira bersempena dengan meletop-letopnya Filem dan Novel dari Indon Ayat-ayat Cinta. Ustazmuda cukup hormat dengan penulis novel mahupun filem Indon ini. Filem telahpun ustazmuda tonton namun novel masih mencari-cari. Masih belum ketemu di toko buku. Pada ustazmuda, ayat-ayat cinta sebuah filem yang baik. Kisah remaja dan cinta. Ungkapan cinta yang bersahaja tidak meleret-leret dan yang penting berlandaskan hukum Islam itu sendiri. Cantik!!! Cantik isinya cuma sayang... Huhu apa yang sayangnya? Sayang sayang si buah kepayang kot??? haha. Jangan mare beb!!!



Jujurnya ustazmuda adalah peminat filem. Hehe Jiwa halus kot. Yalah tu... tapi kat negara kita ni rasa canggung sikit nak kepanggung tak tahu naper... walau hati teringin sesekali bawa ummi dan umar ke sana menonton filem-filem yang mendidik jiwa. Ada ke filem mendidik jiwa??? Erm mungkin abi berikan ayat-ayat cinta satu filem yang harus ditonton, ada falsafahnya di sana... walau untuk ustazmuda kategorikan sebagai filem Islam sepenuhnya mungkin masih belum mencukupi syarat. Mungkin masih belum berjawi kot filem ni hehe...


Dalam hidup ustazmuda, hingga hari ini hanya sekali sahaja ustazmuda menjengah panggung dan hanya dua buah VCD filem sahaja yang ustazmuda beli... Itupun semasa masih belajar. Dan untuk VCD kesemuanya filem Indon Ayat-ayat Cinta dan Kiamat Sudah Dekat... keduanya filem yang cuba mempromosi Islam dengan penuh bersahaja dan menarik, belum tertarik hati untuk membeli dan ke panggung hanya untuk Filem Melayu. Tak tahu kenapa? Entah. Mempromosi Islam!!! ya filem tersebut berusaha untuk mempromosi Islam... itulah yang ustazmuda dapat katakan. Lembut caranya dan cantik gambarannya.


... Untuk filem-filem kita, sesekali tertoleh drama-drama TV di TV3 erm masih jauh lagi dengan apa yang diutarakan dalam Filem Indon tersebut, bahkan kadangkala Filem dan drama kita bukan mengindahkan Islam itu, sebaliknya memberikan wajah gelap khususnya buat sahabat kita yang masih baru mengenali Islam. Sedih. Lihat sahaja kalau tak silap ustazmuda Dunia Baru di TV3 sedikit masa dulu... betapa hodohnya gambaran diberikan kepada mereka yang bertudung labuh dan berjubah. hanya pandai bercakap dan menghukum orang sana sini. Itu haram ini haram. Itulah realiti di TV kita... Gambaran yang amat menakutkan??? Gitu!!!Bukan itu sahaja, anda saksikan sendiri gambaran Islam dalam Fenomena dan Perempuan Melayu Terakhir sedikit masa dahulu... dalam ayat-ayat cinta bukan sahaja wanita bertudung bahkan wanita berpurdah menutupi wajah itu sendiri digambar dengan lemah lembut... Anda perlu menontonnya!!!


Cuma sedikit terkilan dihati... Erm terkilan!!! Ya terkilan kerana pelakonnya adalah di kalangan mereka yang hanya melakonkan watak itu. Ustazmuda rindu, merindukan mereka yang benar-benar beramal dengan agama melakonkan watak itu. Mereka yang benar-benar bertudunglah diberikan watak itu. Bukan hanya sekadar tudungnya dalam filem. Boleh??? Sukar??? Erm... ya sukar. Ustazmuda akui sesuatu yang amat sukar!!! Tapi ustazmuda pasti ia bukanlah sesuatu yang mustahil bukan??? Kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih... Opsss terpanjang plak. Kebetulan ada kelas. Maaf. Insya Allah akan ustazmuda sembangkan esok atau lusa... Ustazmuda ada cadangan untuk anda barisan yang menggelarkan mereka sebagai anak seni. Tunggukan!!! Hehe. Cam best je. Kwang kwang kwang...

4 ulasan:

puwa says:
11:22 AM

lambat lagi filem melayu kita nak jadi macam ni ustazmuda

Anonymous says:
5:38 PM

Aduh, bila usatz baca novelnya mungkin ustaz akan tidak menyukai filemnya. Bacalah bukunya, di kedai buku popular ada.

Novelnya lebih indah dan lebih menyentuh hati.

Kiamat sudah dekat filemnya lebih baik olahannya, jika dibandingkan dengan 'ayat-ayat cinta', tenyatata AAC gagal untuk meluahkan cerita sebenar disebalik cerita tersebut, gagal memberi pengajaran kepada khalayak yang berfikrah 'umum'.

Anonymous says:
5:40 PM

http://www.ujanailmu.com.my/pd_ayat-ayat_cinta.cfm

copy dan paste link ini, boleh beli novel AAC melalui online.

Saya kesal, ada adegan penting yang diubah didalam filem. Adegan didalam train itu tidak sepatutnya begitu. Ya, mungkin novel ini terlalu hebat untuk difilemkan.

Anonymous says:
9:40 PM

Salam..

AAC merupakan satu novel yang hebat malahan pernah mengalahkan Harry Powter why..kerana ia lahir dari rasa tanggung jawab penulis terhadap masyarakat masakini. Itu paqndangan saya sebagai pengemar novel. Adakah penulis masa kini di negara kita yang begitu Insha Allah ada tetapi kureng.... emmm try cari tulisan Zaharah Muhamad and Siti Hasneza...their book bagus ada ilmu didalamnya Insha Allah.

Novel yang di filemkan, filem di negara kita belum dapat menarik masyarakat ke panggong promosi lah sehebat mana i dont think so..

kay