Apa khabar sahabat??? Semoga sahabat semua dalam keadaan sukses sentiasa. Sukses dalam kehidupan, sukses dalam amal ibadah sukses dalam kehidupan berkeluarga. Amin. Tadi ustazmuda dikejutkan dengan satu Ym dari kenalan online bertanyakan beberapa persoalan... Sebenarnya persoalan ini pernah dipersoalkan kepada ustazmuda dari beberapa e.mail dan ym sebelum ini tetapi ustazmuda tidak berkelapangan untuk cuba menjawab sekadar termampu. Hakikatnya ustazmuda sendiri agak takut sebenarnya untuk bersembang secara mendalam tentang sesuatu hukum... maklumlah ustazmuda bukan ahlinya. Namun ustazmuda cuba sedaya upaya memberi sekadar termampu sebagai menghargai apa yang diharapkan oleh sahabat dari ustazmuda. Cuma ingin ustazmuda tekankan jawapan ustazmuda bukanlah stau jawapan yang mukatamad, ustazmuda amat mengalu-alukan sahabat-sahabat yang arif untuk memberikan pandangan dan teguran. Silakan...
Ok berbalik kepada persoalan... Sebenarnya persoalan ini dilontarkan dek kerana satu e.mail yang berlegar di cyber maya berkaitan satu tajuk : " ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DIIJABKABUL..
Erm persoalan yang berat!!! Berat kerana telah menjadi kebiasaan pada kita mengahwinkan khususnya anak-anak remaja kita yang telah terlanjur untuk sekadar menutup malu. Ya malu... malu kerana hamil, malu kerana mengandung tanpa hak, tidak malu semasa melakukannya bahkan sesetengah dengan bangga sekali. Cuma bila nasi telah menjadi bubur jalan harus dipilih untuk menutup aib itu... begitu bukan??? Aib yang hari demi hari pasti akan menyerlah. Menyerlah yang tak mungkin untuk disorokkan lagi. Begitu??? Berbalik pada persoalan hukum. Dan hukum tetaplah hukum ketetapan agama. Bila dipersoalkan perkara sebegini kepada ustazmuda... hendak tak hendak terpaksalah ustazmuda merujuk sekadar mampu beberapa sahabat yang arif dan buku-buka yang ustazmuda ada...
Alhamdulillah, ustazmuda temui persoalan ini dalam kitab : Al Fikhul Islami Jilid ke 7, halaman 148 dan 149. Persoalan sah atau tidak sah perkahwinan perempuan penzina yang hamil. Jelas dalam kita tersebut menyatakan adalah sah perkahwinan samada penzina yang hamil itu berkahwin dengan pasangannya ataupun berkahwin dengan orang lain. Hukumnya adalah sah. Itulah pandangan jumhur ulamak, walaupun di sana terdapat pandangan-pandangan lain. Apa yang penting jumhur ulamak mengatakan perkahwinan tersebut adalah sah.
Sambungan petikan kitab Fikhul Islami Waadillatuhu halaman 149
...Cuma perlu ditekankan, anak tersebut bukanlah anak kepada suaminya walaupun mereka adalah pasangan zina yang sah. Hehe. Ada ke pasangan zina yang sah!!!. Adois. Anak tersebut sekali-kali tidak boleh dinasabkan kepada si suami. Namun dari segi bersentuhan lelaki dan wanita anak itu boleh disentuh dan tidak membatalkan wudhuk. Ini bukan kerana anak itu adalah darah daging si suami tetapi ini disebabkan perkahwinan si suami dengan ibunya. Perkahwinan tersebutlah menyebabkan anak itu menjadi mahram bagi bapanya. Sekiranya tidak berlaku perkahwinan anak itu sah untuk dikahwini oleh " bapanya ".
Mungkin apa yang tersebar di e.mail tersebut merupakan salah paham terhadap kedudukan wanita hamil tersebut. Wanita hamil yang diceraikan atau wanita hamil yang kematian suami memang haram dan tidak sah dikahwini... kerana wanita tersebut berada dalam iddah. Iddah bagi wanita hamil yang diceraikan samada cerai hidup atau cerai disebabkan kematian adalah dengan lahirnya bayi tersebut. Walaupun esok atau lusa bayi itu dilahirkan maka tamatlah tempoh iddah bagi wanita hamil. Sepertimana dipahami, iddah diperlukan bagi menentukan dengan jelas nasab keturunan seseorang. Itulah peranan iddah. Wanita hamil tanpa berkahwin tidak memerlukan iddah, ini kerana anak yang dikandung memang jelas anak tidak sah taraf dari segi agama.
... Untuk akhirnya, ustazmuda berpesan pada diri dan semua sahabat, perliharalah maruah diri kita sebaik mungkin. Jauhi segala perbuatan yang boleh membawa ke kancah yang tidak di redhoi Allah. Perkahwinan seperti ini dapat dielakkan sekiranya kita dari awal menghadamkan Firman Allah yang bermaksud : " Janganlah kamu menghampiri zina..."
1 ulasan:
3:27 PM
mohon di copy artikel ini.
Post a Comment