Wednesday, July 09, 2008

KeTiKa HiLaNgNyA qIbLaH...

3 ulasan
Salam sahabat blog...


Ketika ini, di negara kita yang tercinta ini hangat sehangatnya dengan isu-isu politik yang seolah tidak ada kesudahan. Mungkin hangatnya bisa membakar bumi yang memang telahpun panas dan gersang ini. Gersang dengan ilmunya, gersang dengan imannya, gersang kerana jauhnya dari siraman nur kasih dari Allah. Begitu mungkin??? Mengapa gersang... Gersang satu istilah yang sinonim dengan kehausan. Dahaga... Inginkan sesuatu tapi tidak dapat. Sedihkan??? Mungkin kita dalam pencarian namun masih belum ketemui yang diimpikan??? Haha gitu plak dah... Apa lah melalut. Erm oklah sahabat. Maaf.


Ketika hilangnya qiblah... begitu bunyi posting ustazmuda hari ini. Qiblah, ustazmuda pasti sebagai muslim mukmin yang beriman kepada Allah pasti memahami maksud Qiblah.. Satu arah satu tujuan. Itulah Qiblah. Ya, kita berqiblahkan satu arah. Nun jauh di sana arah kita dalam solat. Arah ke Kaabah Baitullah. Itulah lambang penyatuan yang ditunjukkan oleh Allah. Walau seinci kita lari dari arah ketetapan itu pasti solat kita tidak sah. Begitulah ketetapan hukum dalam keadaan biasa. Mungkin dalam keadaan darurah Qiblah itu bukanlah menjadi satu kewajipan.


Kita tidak menyembah kaabah baitullah... tidak!!! Andaikan satu hari kaabah itu tidak wujud lagi, kita tetap masih berqiblahkan arah yang sama. Di situlah qiblah kita. Ya, itu ceritanya dalam solat. Kita bersatu dalam satu arah. Satu tujuan hanya sanya memperhambakan diri kepadanya, tapi ironinya di luar solat. Kita seolah tidak punya arah. Tidak punya tujuan. Tidak punya pegangan dalam hidup. Kita yang sering terarah dalam solat tidak pernah menyatu di luar solat. Kesatuan yang ditonjolkan ketika solat itu seolah hanya satu lakonan semata-mata. Lakonan??? Kasarkah bunyinya??? Lantak!!!


Sesungguhnya ustazmuda rimas, benar-benar rimas dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Malang!!! ya amat malang apabila satu demi satu keaiban disingkap seluasnya yang hanya menjadi mainan tertawa musuh. Musuh yang tak pernah jemu menjauhkan kita dari agama ini. Keaiban yang seharusnya ditutup rapat!!! Kenapa kita boleh bersatu arah dan tujuan dalam solat kita??? Kita berbaris selurusnya berjamaah dalam satu saf yang sama. Bahkan hingga kaki-kaki kita bersentuhan dalam satu saf yang panjang. Itulah kesatuan kita. Namun kenapa harus kita tinggalkan kesatuan itu hanya dalam saf solat sahaja??? Bukankah kita adalah muslim yang harus punya satu saf... dan Baginda sendiri menyebut dalam banyak-banyak saf itu hanya satu saf sahaja yang ke syurga bukan??? Tidak inginkah kita ke syurga...


Ayuh sahabat... kembalikan saf tersebut. Kembalikan saf tersebut. Kembalikan saf tersebut. Jangan kita tinggalkan hanya dalam solat sahaja. Jangan!!! Ketika solat kita menurut segala kehendaknya agar solat kita diterima... kita menyingkap segala kitab-kitab, kita kutip satu persatu pesana Baginda, kita hadamkan amalan para sahabat juga nabi-nabi... kita leraikan satu persatu hanya untuk menghadiahkan amalan solat yang terbaik pada Dia. Itu sikap kita dalam solat. Ya itu sikap yang terbaik... terbaik dan harus dipuji.


Malangnya... kenapa kita tidak menghadam segala pesanan baginda, kalam paras sahabat juga panduan ulama-ulamak lampau demi untuk sebuah penyatuan. Hanya solatkah ibadah kita kepada Allah... Bukankah kewujudan kita di alam ini untuk memperhambakan diri kepadaNya. Memperhamba dalam ertikata yang amat luas. Dalam seluruh pelosok hidup kita tunduk dan patut kepadaNya... Hari ini kita benar-benar telah kehilangan Qiblah. Hilang yang amat sukar untuk kita kembalikan. Sukar mungkin kerana sedikit keegoan kita...


Oklah tak nak memanjangkan lagi. Just nak kongsikan senikata lagu Rabbani di bawah. Hayatilah...



Ya sallim sallimna sallim sallim dinana

Ada yang hitam, ada yang putih..
zahirnya dia menciptakan kita berbeza
namun batinnya kita dikurnia
akal fikiran yang lengkap sempurna


walau berbeza kasta budaya
hanya amalan pada-nya yang utama
kita mewarisi al-quran suci
sebagai panduan tuk hidup sejahtera


Seringkali iman akan diuji
bak layar dihembus laut gelora
dalam mengejar kehidupan di sana
jangan alpa meredah kabus dunia


Walau pandangan jauh berbeza
tak bermakna ada salah ada benar
pada akhirnya kita semua
sujud ke arah satu qiblat yang sama


Semulia insan adalah yang menghampiri-nya
moga ditempatkan dengan yang bertaqwa
Tak mungkin manusia yang punya nafsu
bisa terlari walau secebis dosa


apa yang mampu kejar pahala
biarlah yang esa menghitungkannya
buang yang keruh ambil yang jernih
tak guna merintih menyesal bersedih


khalifah bumi semua bersaudara
untuk menghambakan diri kepada-nya
Kadangkala kesabaran dicabar
tiang utuh teguh bisa kan runtuh


sedangkan lidah lagi tergigit
inikan pula sesama saudara
Walau pandangan jauh berbeza
tak bermakna ada salah ada benar


pada akhirnya kita semua
sujud ke arah satu qiblat yang sama
Semulia insan adalah yang menghampiri-nya
moga ditempatkan dengan yang bertaqwa

Rabbani : Satu qiblat yang sama..

3 ulasan:

armorphism says:
12:17 PM

MasyaAllah..i can say this is the best article ever this year..

DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN..
KEcuali mereka yang beriman dan beramal soleh..
Serta Berpesan dengan Kebenaran dan Kesabaran..

abiumar says:
2:13 PM

Hahaha... Yolo tu!!!

SUNFLOWER HOMESTAY says:
7:16 PM

Artikel yang menarik...kalau manusia ini kembali keajaran islam yang sebenar...tentu keadaan tidak seteruk ini keadaannya....boleh je berbeza pendapat tapi janganla berpecah belah.....bersatu teguh bercerai roboh.....