Seperti biasa pagi tadi, rutin di setiap pagi sebenarnya radio ikim.fm adalah halwa telinga ustazmuda dalam perjalanan ke tempat kerja. Perjalanan ke tempat kerja yang mengambil masa hampir setengah jam. Erm dari 6.50 hinggalah hampir 7.20 pagi. Itulah rutin hidup harian ustazmuda. Terima kasih kepada ikim.fm kerana sudi menjadi teman ustazmuda diperjalanan. Alhamdulillah banyak sekali manfaatnnya... ditemani hadis-hadis dan lagu-lagu yang mendekatkan diri dengan tuhan yang satu. Setiap pagi juga satu isu diutarakan oleh juruhebah bertugas. Pagi tadi isu yang di utarakan adalah DeBaT tErBuKa : SaTu BuDaYa BaRu... Menarik!!! Ya menarik pada ustazmuda. Pada sahabat ustazmuda tidak pasti. Mungkin citarasa kita tidak sama bukan??? Terpulang...
Panggilan demi panggilan, sms dan e.mail yang masuk ke ikim.fm kesemuanya bersetuju agar debat terus diadakan. Tidak ada satupun bangkangan. Ustazmuda sendiri sambil memandu sempat menekan 03 62046204 no ikim.fm untuk berkongsi pandangan dan pendapat tapi malang line betul-betul sibuk. Kalau tak kemungkinan suara ustazmuda dah pun ke udara di hening pagi khamis yang penuh berkah ini. Huhu, tapi takpe masih banyak ruang masa untuk ustazmuda mencuba hehe. Cuba jangan tak cuba kan kan kan??? Oklah berbalik kepada sembangan tentang debat tadi... first yang mesti kita paham sesungguhnya debat adalah satu dari ajaran Islam. Debat bukanlah datang dari negara barat. Debat hak kita yang telah lama hilang dari kita... Buktinya Firman Allah dalam Surah An-Nahlu ayat : 125 yang berbunyi :
Maksudnya : Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah, dan pengajaran yang baik dan berbantah-bantahlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
Jelas, pilihan-pilihan yang diberikan oleh Allah... serulah kepada sesiapapun, ajaklah sesiapapun dakwahlah sesiapapun dengan 3 kaedah, iaitu dengan penuh hikmah dan kasih sayang, dengan pengajaran dan ilmu pengetahuan yang baik dan berguna dan untuk akhirnya berbantah-bantahlah, berhujjjah-hujjahlah antara satu sama lain. Berhujjah dan berbantah atau dengan istilah kita hari ini berdebat. Berdebatlah... Itulah pilihan yang kita ada!!!
Namun berbantahlah dan behujjahlah dengan tujuan dan penuh adab Islam... Berdebat pada asasnya bukanlah untuk mencari kemenangan semata-mata tetapi lebih kepada mencari jalan penyelesaian. Ingat!!! Ia seharusnya bertujuan untuk kebaikan bukan untuk berbangga dan bermegah-megah, untuk mencari kedamaian. Perlu difahami yang menang itu tidak pastinya benar dan yang kalah itu tidak semestinya salah. Sedang para nabi sendiripun ada yang dipenjara bahkan hingga terbunuh... adakah mereka kalah??? Tidak. Tidak sekali-kali!!!
Perdebatan juga mestilah fokus. Punya hala tuju dan skop yang jelas. Antara adab Islam dalam perdebatan juga adalah keadilan hendak diberikan kepada kedua belah pihak. Perantara mestilah tidak bias kerpada mana-mana pihak. Dalam ertikata tidak berpihak kepada si A atau si B itu sendiri. Persoalan yang dikemukan hendaklah jujur, bukan untuk menjerat sesuatu pihak. Bukan!!! Barisan pendebat juga mestilah tidak menyentuh peribadi pihak lawan. Perdebatan adalah pada tajuk yang dipersetujui bersama. Bukan menyentuh mana-mana kelemahan peribadi mahupun kisah silam pendebat. Tidak sekali-kali!!!
Perdebatan hendaklah tidak berkahir sekadar perdebatan sahaja. Penyelasain haruslah diambik sebagai satu cadangan untuk penambahbaikan... kaedah-kaedah seperti ini pernah digunakan oleh Baginda Rasul juga... Di mana sebaik sahaja baginda diisrak dan dimikrajkan oleh Allah baginda mengumpulkan seluruh penduduk Mekah untuk memberitahu apa yang berlaku pada baginda di malam itu. Maka berbelah bagilah penduduk Mekah ada yang percaya dan tidak kurang yang mencurigai baginda. Hinggakan Abu Jahal bapa saudaranya sendiri menganggap Baginda gila berkata " adakah kerana ini sahaja kami dikumpulkan??? " akhirnya Abu Bakar mengiyakan dan membenar setiap apa yang keluar dari mulut Baginda Rasul. Kekallah hingga ke hari ini beliau digelar dengan As Sidek...
0 ulasan:
Post a Comment