Thursday, July 17, 2008

AdUhAi ShAbErYyY...

25 ulasan
Salam sahabat blog...

Tahniah penganjur...

Ustazmuda baru tgk debat antara Anwar ngan Shabery... tahniah kepada keduanya. Bukan nak komen apa sangat cuma tak puas hati dengan jawaban Shabery tentang persoalan yang diutarakan oleh wakil Anwar Saudara Zulkifli Sulong, ke mana menghilangnya wang kerajaan yang kononnya hasil dari penjimatan adalah untuk kepentingan pengangkutan awam.


Sedara Shabery melencong tidak menyentoh sedikitpun. Adois. Sedih. Duk usik Anwar ngan isu lama jerrrrrrrr. Hampeh!!! Tak kurang hebat si Prof Dr Nordin Kardi... erm asyik menimbulkan soalan berbentuk provokasi konon untuk menjerat. Huhu dan hasilnya siapa yang terjerat. Lu pikir sendiri lah beb!!!.

Aksi pendebat...


Apapun sekali lagi tahniah, satu permulaan yang amat baik kepada negara, sekurangnya debat terbuka seperti ini akan membuka pemikiran rakyat keseluruhan... Terasa cam menonton debat antara Presiden Amerika dengan pembangkang di sana. Alangkah moleknya kalau selalu diadakan debat seperti ini. Takde lah demontrasi sana sini. Huhu... Takde ruanglah untuk berdemontrasi andai peluang seperti ini diberi bukan. Boleh????


Paling tidak, dapat memberikan ruang pada barisan pembangkang mengemukan idea. Nak pakai ke tak pakai terpulanglah pada kerajaan. Selama ini kita sering memberi tohmahan dengan mengatakan barisan pembangkang hanya pandai bercakap dan bercakap... Nah. Idea telah diberikan apa lagi...

Gelagat penonton di kedai kopi

Cukup komentar ustazmuda setakat ini!!!. Apa komen sahabat???

25 ulasan:

humaiRah says:
11:23 PM

dah xde idea la kot..

serang secara peribadi je

anak kecik says:
8:57 AM

assalam...
terima kasih ust atas komen pagi2 buta ini. nak kata ust ni bodoh sangat, nama dah ust, sepatutnya gaya berkacap, gaya menulis dan pandangan mestilah cara org agama yang educated.... bukan menggambarkan ust yang sekadar menerima gaji dan elaun bulanan sahaja. kadang2... malaikat pun tak tahu apa yang Allah akan buat buat. inikan pula cuba nak komen debat antara 2 pemimpin semalam. apakah dengan sekadar menggeleng kepala oleh anuar keatas jawapan dan hujah oleh sabery telah memberikan suatu jawapan yg cukup puashati kepada penyokong anuar. saya juga antara org yg tak setuju dengan kenaikan harga minyak ini. tetapi apakah dengan kenaikan harga minyak ini hanya berlaku dalam negara kita sahaja? apakah kenaikan harga minyak ini kita pasti/mesti/wajib/harus/makruh/sunat hanya menyalahkan kerajaan? jangan sekadar 'lu pikirlah sendiri'.. kerana org lain dah lama berfikir... jangan sekadar jual 'title' ust kepada umum... kerana tak semua ust yg pernah dan akan wujud akan masuk syurga.... wassalm..

penjejakawan says:
9:00 AM

assalam...
terima kasih ust atas komen pagi2 buta ini. nak kata ust ni bodoh sangat, nama dah ust, sepatutnya gaya berkacap, gaya menulis dan pandangan mestilah cara org agama yang educated.... bukan menggambarkan ust yang sekadar menerima gaji dan elaun bulanan sahaja. kadang2... malaikat pun tak tahu apa yang Allah akan buat buat. inikan pula cuba nak komen debat antara 2 pemimpin semalam. apakah dengan sekadar menggeleng kepala oleh anuar keatas jawapan dan hujah oleh sabery telah memberikan suatu jawapan yg cukup puashati kepada penyokong anuar. saya juga antara org yg tak setuju dengan kenaikan harga minyak ini. tetapi apakah dengan kenaikan harga minyak ini hanya berlaku dalam negara kita sahaja? apakah kenaikan harga minyak ini kita pasti/mesti/wajib/harus/makruh/sunat hanya menyalahkan kerajaan? jangan sekadar 'lu pikirlah sendiri'.. kerana org lain dah lama berfikir... jangan sekadar jual 'title' ust kepada umum... kerana tak semua ust yg pernah dan akan wujud akan masuk syurga.... wassalm..

Aidaryzal says:
9:10 AM

hi, sy dlm bab2 cam ni zero.tp sy pun tgok debat semalam apa yg dikata oleh ust muda mmg betul la.dan sy lak bukannya penyokong anwar tp debat semalam telah buka minda sy apa sebenarnya yg tersembunyi.Tp mcm comment anak kecik tu mcm takut pada kebenaran jer.tak der sapa bodoh dan pandai tp cara coment anak kecik cam org bodoh dan sombong jer....kita cuma coment apa yg kita rasa betul...

Anonymous says:
9:10 AM

Lu pikir la sendiri fakta sapa yang bernas..............

zorrotech says:
10:32 AM

anak kecik,
kalau saya tanya awak satu soalan - adakah anda akan jawap soalan saya?...

armorphism says:
10:35 AM

fuiyo!..pagi2 dah kena sembur ni, kesian brader ustaz..gegegge!..
Apa2 pun, semlm telah tersurat dan yang tersirat biar kita sendiri yg rumuskan dgn pandangan tersendiri.
Bagi saya, Anwar lebih padat dan tepat dgn fakta dan Shabery pula mmg terjerat dan menjerat dirinya dengan cerita2 lama dan serangan yg tidak relevan. Anwar pula lebih profesional dan berhemah. Sungguh jauh sekali beza kredibiliti antara keduanya. Bagi saya, Shaberi bukanlah lawan Anwar, lagi pun..yang salah tetap terlihat salah dan yang benar pasti bersinar. Anyway, tiada penyelesaian yang akan berlaku sekiranya pemerintah sekarang hanya menganggap peristiwa semlm sbg satu cara mengambil hati rakyat shj tanpa brainstorming and fair analysis dari point2 hasil dari perdebatan semlm. Tidak lebih dari hanya 'special entertainment' yg membuang masa dan tak berfaedah.

equity loan says:
10:43 AM

Well its nice.


equity loan

armorphism says:
10:52 AM

Dahla zorrotech, org camtu sekadar cakap lepas jer, lepas tu dia sembunyikan diri..biarkan jer.

Anak kecik bercakap lepas
Penjejak awan menyembah patung (dalam komik tu kan ke dia budha)
Engkau tu belajar agama dah lepas?..
Kalau belum,cakap tak guna, melayan pun takda untung...

gegegegege!!

asnida says:
11:47 AM

aisey... mana anak kecil yang belum cukup umur ni... rasanya bab nak aturkan orang masuk syurga ke, neraka ke, bukan kita penentu.. hanya di Atas memberi ketetapan.. agaknya anak kecil ini perlu banyak lagi mempelajari ilmu tauhid.. ustaz pun manusia. iman setipis kulit bawang jugak. iman yang naik turun dan bukannya malaikat yang imannya sentiasa naik.. mmg salute ngan DS Anwar semalam.. rasa nak nagis.. terharu.. mmg malaysia perlukan pemimpin sebegitu.. yang sentiasa memikirkan rasa hati rakyat dan bukannya pemimpin yang penuhkan kocek seluar sendiri.. huh.. shabery guna pendekatan ekonomi apa yaa... harga minyak naik, inflasi turun... mmg kurang bijak.. tapi apa lah daya kita yang hanya meluah rasa, tapi kehidupan tetap sama..

Hawa says:
12:10 PM

salam...

saya pun rasa agak kecewa dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh Shabery... tak menerangkan apa-apa pun... mana dia fakta-fakta yang membuktikan segala claim beliau... laporan mana yang menunjukkan minyak akan habis 2015? yang lebih geram bila beliau banyak buat hentaman peribadi instead of menjawab soalan-soalan dan isu yang berkaitan dengan tajuk debat... As a rakyat, saya memang nak tahu apa yang ditanggung oleh negara... is it sooo bad that we have to suffer??
Masa dalam perjalanan ke ofis terdengar di corong radio mengatakan beliau berpuashati dengan performance beliau kerana berjaya mempersoalkan kenapa Anwar minta penurunan 50 sen sahaja dan bukan harga asal sebelum election? that's it??? Ini soal rakyat bukan soal apa yang Anwar or PKR minta..
Saya rasa PM yang patut berdebat malam tadi...sebagai menteri kewangan mungkin dia boleh menjawab apa yang dibuat dengan 9 billion yang petronas peruntukkan untuk kerajaan tahun 2006 lalu... boleh atau tidak 1 billion diagihkan untuk menampung kesusahan rakyat?

rohanima says:
12:22 PM

salam ustaz...
utk anak kecik jgn suka kutuk org, dan suka tgk.keburukan org saja. adakah kita sudah cukup baik.. utk anak kecik apa yg awak luahkan telah menggambarkan betapa dangkalnya ilmu yg ada & telah menunjukkan kebodohan diri sendiri. keh...keh..org lain memang dah lama berfikir... tp cara pemikiran mereka gunakan kepala lutut. tp hujah yg diberikan oleh anuar memang power tul... sgt berbeza ngan sabery ntah apa2 hujah yg dilontarkan yg dia tau kutuk org....mcm anak kecik pandai kutuk org gak...

rohanima says:
12:29 PM

betui tu hawa... sepatutnya mlm tadi PM patut berdebat sebab dia Menteri Kewangan...ala Sabery mlm tadi pon dah berbuih2 ayor liur ...x kan x nampak kot?

zorrotech01 says:
12:47 PM

debat tinggal debat. ADAKAH, susun atur idea semalam - utk kepentingan RAKYAT atau kepentingan pengaruh masing2?.

bagaimanapun, penjelasan ttg minyak boleh diperoleh di jabatan / kementerian tertentu. dan alasan mereka tetap standard.

Pembangkangan/bantahan tentang kenaikan minyak adalah kebanyakannya dari suara rakyat. yg standardnya, tak puas-hati oleh ulasan2 yg hampir sama.

Persoalannya sekarang (harap UTAMA,
1.adakah pihak berwajib mengambil usaha yg berkesan dan efektif dari sudut sosial, ekonomi dan politik utk membantu meringankan beban rakyat?

2. adakah rakyat beriktiar utk menghadapi isu kenaikan harga global minyak dan kekurangan makanan dunia?

3. Kalaulah, kadar inflasi rendah, berbanding negara2 lain tapi, kadar kemiskinan masih tinggi.. negara kita dilevel yg mana?

4. kalaulah, kita ada peluang utk mengatasi kenaikan harga minyak global, bagaimana caranya pihak berwajid mengambil tindakan dari segi ekonomi dan perdagangan dunia?

5. akhir,. adakah sekiranya pihak berwajib, dapat memberikan sedikit USAHA YG BERKESAN/BERNAS/EFEKTIF agar rakyat (paras rendah/sederhana/pedagang/rakyat dibawah tahap kemiskinan) dapat menjalani kehidupan yg kurang tekanan, adakah ianya sebuah kerajaan yg bijaksana DALAM PELBAGAI isu (tak semestinya minyak)? adakah kita akan sayang kerajaan dan para menteri yg berkuasa pada masa itu? .... ya?

Anonymous says:
3:57 PM

a'kum,
aku rasa tak kira la siapa2 pun jadi pemimpin, mesti ambil tindakan yg sama gak mcm kerajaan skg ni buat. belum dpt jawatan mmg la boleh janji mcm2. nanti bila tiba keadaan yg sebenarnya..baru tau..masa tu korang yg penyokong2 ni pakat ramai2 hentam pulak. sama je laaa....

zorrotech says:
4:26 PM

Anonymous,
YA. Hidup mmg macam roda, tapi, adakah ilmu akan bertambah atau berkurang? adakah sistem perubatan akan bertambah maju atau mundur? adakah teknologi akan bertambah atau mundur? adakah mentaliti/pemikiran rakyat bersifat pasif? tidak berpengetahuan selama-lamanya? tiada perubahan selama-lamanya? TIADA? TIDAK? LAYU KA org2 di Malaysia ni?

from ur opinions, it is imposible to makes things posible?

Anonymous says:
4:54 PM

a'kum, adakah sesiapa berani jamin, pada masa akan dtg akan berlaku satu perubahan yg lebih baik??? pikir2 la

zonna says:
4:56 PM

salam,
jangan suka cari salah org je.perbetulkan diri sendiri tu dulu!

zorrotech says:
9:06 AM

apa tsunami lima negeri?

Me-Mrs-Mum says:
1:05 PM

salam...rasanya dah terlepas keretapi tapi nak jugak komen(copy-paste je...maleh bab cenggini) kat sini....
aku rasa tak kira la siapa2 pun jadi pemimpin, mesti ambil tindakan yg sama gak mcm kerajaan skg ni buat. belum dpt jawatan mmg la boleh janji mcm2. nanti bila tiba keadaan yg sebenarnya..baru tau..masa tu korang yg penyokong2 ni pakat ramai2 hentam pulak. sama je laaa....

saya suka baca blog ustaz muda ni sbb ada entry-entry yg saya suka baca(siap link dah baru-baru ni...)....tp bila ustaz berbicara bab ni nampak sangat ada PRO sebelah pihak....so macam dah tak best sikit dah blog ni...

-saya pencinta keamanan-

Anonymous says:
1:17 PM

Yang berdebat dah tentu bersalaman apabila selesai. dah abis dosa mereka. Yang korang ni bila pulak nak bermaafan...

zorrotech says:
12:30 PM

Me-Mrs-Mum,
1. what is paralel thinking?... what is passive thinker?..

2. Answer this first!
"zorrotech said... 9:06 AM
apa tsunami lima negeri?"

3. U really missed the train! late by second

4. MAAF kalau terkasar bahasa, saya hanya cuba untuk menaikkan bendera M'sia di halaman negeri yg d cintai... itu pun kalau terdaya/termampu.

zorrotech says:
12:49 PM

DALAM BADAN MANUSIA ADA SEJENIS DAGING YG PENENTU BAIK BURUKNYA INSAN TERSEBUT : HATI

Kotor hati - maka kotorlah jiwa dan tindak tanduknya.

Dengan itu, pemilihan pemimpin adalah kuasa rakyat, walaupun habuan janji yg pelbagai. saya beranggapan rakyat sudah pada lapisan generasi baru yg mampu utk berfikir dgn matang dari dahulu.

mmg terdapat pemimpin yg menjanjikan kosong malah membebankan rakyat untuk kepentingan poket mereka. namun, rakyat juga harus perihatin terhadap pemilihan pemimpin mereka - semakkan latar belakang dan track record masing2 amat penting.

apa yg berlaku sebelum ini (tsunami 2 negeri) adalah luahan hati dari beberapa insan di M'sia ini bahawa, ada sesuatu dan perlu buat sesuatu. kenapa mereka bertindak demi kian? (itu lain hal)

apa yg saya nak ketengahkan ialah::: revolusi pemikiran rakyat sudah hampir kepada kemerdekaan minda. sikit masa lagi, parti politik tidak akan berasaskan perkauman. mungkin teknologi, ekonomi, kesusasteraan atau pun sains.??? mungkin, namun, anjakan paradigma harus cepat.

kalaulah, bangsa Melaysia yg ada sekarang ini, masih d takuk lama, SAYA TIDAK PERCAYA!!!! kerana, ada beberapa contoh, bangsa Malaysia yg suda melangkau jauh! namun, cuma tidak di hebahkan. yg dihebahkan bangsa ini lemah, agar mereka bangkit!

kita semua mempunyai pilihan UNTUK MUNDUR KEBELAKANG, LARI KE HUTAN ATAU MELASTIK KE BINTANG?...

memang mustahil bagi yg berpikiran ianya mustahil, tapi,.. tidak mustahil bagi mereka yg berfikiran ianya tidak mustahil, dengan ilmu, kuasa, kewangan, kekuatan, kesatuan dsbya,

semoga sejahtera Malaysia/.

Salam

zaharah says:
5:52 PM

udah la korang, yg korang dok hentam pun org melayu gak. tau tak bila sesama melayu ni berbalah,agaknya2 bangsa mana paling suka tgk? ingat2 la sikit. ustaz pun patutnya pun sama2 fikir cam mana nak bantu kerajaan. jgn sampai kedaulatan kita ni tercemar. bangsa2 lain menunggu masa je nak ambil alih. kita dok sibuk berbalah. ingat la,Amerika skg dok usha je Malaysia ni,pantang sila sikit,mmg depa tunggu masa je nak masuk tau. jgn la leka benda yg ntah hapa2. cuba korang perhatikan,wpun harga minyak naik, org ramai tetap shopping sakan, tetap p kedai mahal2 w/pun pertengahan bulan, tetap p makan angin..so takde beza nya. org politik ni je suka nak gembar gembur kan. kita sama2 la bersatu utk pertahankan negara. pikirkan la...

zorrotech says:
11:21 AM

cik Zaharah,..

Saya minta maaf, tak beniat tuk berbalah. cuma, luahkan apa yg d hati. rasanya tak salah, hati saya satu utk melihat bangsa dan negara maju. kita masih tidak lalai dalam pergolakan politik dan ekonomi semasa. saya sebagai rakyat Malaysia ada hak tuk bersuara. ada juga punya hak tuk bersuara. dan batasnya masih ada.

Pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada angin, kami tidak akan membuang masa membincangankan isu yg tidak memberi manfaat-secara total, sebagai rakyat dan kesejahteraan.

saya percya pemimpin bersikap positif, cuma, rakyat yg kurang profesinal dalam sesuatu hal. kerna, pemimpin melihat sesuatu isu dalam sudut yg berbeza, dan rakyat melihat sesuatu isu dalam suatu sudut yg berbesa.

kalau rakyat tidak bersuara, padamkan saja akhbar tempatan dan biar pemimpin dengan kerenah mereka. dan anda akan tahu nilai hak sebagai rakyat dalam sesebuah negara - apabila lagi kalau dalam autokrasi.