Wednesday, August 20, 2008

BiLa PoLiTiK sEgALaNyA...

0 ulasan
Salam sahabat blog...


Apa khabar semua? Moga segalanya sihat dan berjalan seperti biasa. Ramadhanpun tak lama lagi menjelang, moga dalam hari-hari meniti ramadhan ini kita diberikan kekuatan olehnya dan dipimjamkan usia untuk bertemu ramadhan kali ini. Semoga ramadhan kali ini mampu menyatukan ummah. Amin.


Hari ni ustazmuda ingin bersembang tentang politik khususnya politik dalam negara kita... secara khususnya bukanlah untuk membincangkan parti-parti yang ada biarlah parti itu berkembang mengikut massa. Cuma ustazmuda ingin membincangkan sikap kita terhadap politik... pada ustazmuda kita khususnya orang Melayu yang hampir 90% darinya adalah Muslim tidak habis-habis dengan isu-isu politik. Segala perkara yang berlaku kita kaitkan dengan politik. Politik. Politik... maaflah pada kengkawan yang terlalu minat dengan politik tu. Hehe.


Nak dapatkan subsidi baja di felda-felda perlukan politik. Nak dapatkan pimjaman dan biasiswa perlukan politik, nak dapatkan tanah perlukan politik. Hinggakan politik kepartian menyubur dalam darah Bangsa Melayu. Begitulah sikap kita terhadap politik kepartian.


Hari ini timbul pelbagai isu, dari satu isu ke satu isu yang hampir semuanya membuka dan menyingkap kemaluan kaum Melayu Islam itu sendiri. Maaflah, ustazmuda gunakan kalimah menyingkap kemaluan... ialah bila malu itu tidak ada lagi semua pihak menjaja keburukan masing-masing. Keburukan yang sepatutnya disimpan sebaiknya. Apabila kalimah cumbu, zina rogol dan liwat yang satu masa dahulu, untuk menyebutnyapun menimbulkan rasa malu kini seolah menjadi zikir dimulut. Zikir yang tidak ada rahmah dan maghfirahnya dari yang maha Esa. Hinggakan kanak-kanak yang tidak tahu apapun sudah mula menyebut kalimah itu. Di bimbangi dari mula menyebutnya mereka memahami dan ingin melaksanakannya... Hinggakan aksi-aksi dan perlakuan seperti itu sudah mula menjadi momokan dan gurauan anak muda tanpa malu. Haruskah mereka dipersalahkan???


Keaiban-keaiban seperti ini, sewajarnya ditutup rapat... serapatnya agar tidak menjadi mainan dikalangan kita yang seterusnya membuka seluasnya pintu segala fitnah. Hari ini juga, fitnah berleluasa hinggakan seluruh agamawan digunakan semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan kemenangan. Sumpah dan kalimah Allah tinggal hanya mainan mulus dibibir sahaja. Tanpa rasa silu dan malu segala institusi keagamaan dipergunakan. Hingga kita menjadi keliru. Keliru dalam melihat dan mencari kebenaran... Kalau mereka yang bijak pandai terkeliru apa sangatlah dengan kita orang awam di luar sana lebih terkeliru lantas turut sama mengelirukan.


Ya Allah, moga di Ramadhan yang akan datang hanya beberapa hari lagi ini, bukakanlah segala hijab yang menutupi pandangan kami. Agar dengannya kami mampu melihat kebenaran yang terbentang di depan mata dan kami tidak akan terkeliru lagi untuk selamanya. Semoga kami benar-benar mengambil Islam dan panduanmu Al-Quran di sepanjang jalan hidup kami. Jauhilah kami dari kalangan mereka yang mengambil Islam dan panduan kitabmu dalam bahagian-bahagian tertentu sahaja. Cukupkanlah kami, agar kami orang-orang yang beriman dengan setiap inci kitabmu. Ampuni kami andai kami terkhilaf dalam membuat keputusan. Amin Ya Rabbal Alamin.

0 ulasan: