Oklah nama kursusnya ialah kursus jurulatih dan kehakiman kompang selawat dan berzanji marhaban sekolah-sekolah di bawah kementerian Pelajaran Malaysia... Mula dapat surat tu aduh risau juga apa ke bendalah agaknya yang ustazmuda akan alami. Yalah berzanji dan marhaban memang satu perkara yang agak asing bagi ustazmuda. Walaupun ustazmuda seorang ustaz namun ustazmuda akui ia memang terlalu asing. Hanya pernah mendengarnya sahaja... entah kenapa tak terlintas di hati untuk belajar, dan tetiba dapat plak surat kursus ni aduh... tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya ustazmuda dapat belajar satu benda baru yang satu masa dulu ustazmuda hanya buat tak tahu saja. Hehe.
Dulu-dulu ustazmuda tak tahu apapun tentang kompang...
Antara rentak yang biasa dimainkan dengan alat muzik kompang ni ialah masri, joget, inang, zapin dan ada beberapa lagi yang ustazmuda tak ingat sangat. Apa yang penting kursus ini mendedahkan pada ustazmuda bagaimana kompang dan selawat kepada Baginda Rasul diiringkan dengan rentak tersebut juga dengan pelbagai teknik paluan. Apa plak ni yer, paluan??? Erm... rupanya memalu dan mengetuk kompang bukan main ketuk sebarangan je. Ada banyak jenis ketukan. Ada yang namanya melalu, ada yang namanya menganak dan ada yang namanya menyilang dan menyingkah. Erm tu yang ustazmuda ingatlah. Hehe. Patutlah bunyi paluan dan ketukan tu lain, ada cara rupanya. Adois... Betul betul ustazmuda fikir ianya senang dan sesiapa sahaja boleh memainkanya. Rupanya ia satu andaian yang meleset. Bukanlah sesenang yang disangka atau memang ustazmuda bukan berjiwa seni kot??? Entah.
Berbalik pada kursus kenapa diadakan??? Rupanya kementerian mulai tahun ini telahpun mengadakan pertandingan kompang selawat dan berzanji marhaban peringkat sekolah-sekolah. Kompang selawat untuk pelajar-pelajar di Sk dan berzanji marhaban untuk SMK... begitulah ceritanya. Apa yang penting semasa bermain kompang peser
Begitulah indahnya persembahan kompang selawat pelajar sekolah rendah... Insya Allah tahun hadapan adalah tahun ke dua pertandingan ini diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia... Moga ia akan lebih mendekatkan kita dengan seni dan muzik berunsur Islam. Amin.
0 ulasan:
Post a Comment