Tuesday, August 05, 2008

TeNtAnG gElArAn...

0 ulasan
Salam sahabat blog...


Apa khabar sahabat hari ni. Di doakan moga sahabat tetap sukses dan riang ceria selalu meniti hari-hari berlalu. Amin. Ustazmudapun cam biasalah cuma agak sibuk sikit. Sekarang ni plak musim ujian bulanan atau kat sekolah ustazmuda ni kami namakan sebagai ujian penilaian. Ermmm kira ujian penilaian 2 lah ni. Masa kat Sandakan dulu lain plak namanya hehe. Kami namakan sebagai gempur minda. Apapun namanya ceritanya tetap sama kan??? Periksa. Ujian. Itulah juga bendanya. Lepas ni sibuk sikitlah menanda kertas pelajar... Kadang-kadang pelajar naik muak. Periksa. Periksa. Periksa. Tapi nak wat camnekan itulah konsep yang kita terima pakai...


Oklah melalut plak. Bukan itupun yang ustazmuda nak sampaikan... hari ni ustazmuda nak ajak sahabat bersembang pasai gelaran. Gelaran yang ustazmuda maksudkan bukanlah gelaran atau pangkat yang dianugerahkan oleh sultan tu. Gelaran Datok ke Tan Sri ke... Tidak. Tapi gelaran yang telah menjadi pegangan dan adat di kampong-kampong. Ustazmuda lebih mengkhusus untuk Negeri Pahanglah, negeri lain ustazmuda tak arif sangat. Maaf.


Semalam masa lepak di kantin sekolah kami berbual pasai gelaran ni. Gelaran yang telah sedikit demi sedikit hilang dalam masyarakat kita. Gelaran seperti Pak Teh, Pak Lang, Pak Andak... hehe ustazmuda kalau mengikut susur galurnya adalah Pak Andak... Gelaran sebagai penghoramatan dalam susur galur keluarga Melayu. Setiap anak yang dilahirkan ada gelaran dan pangkat yang khusus. Ustazmudapun tak berapa ingat, apapun di sini ustazmuda tuliskan dulu, nanti kalau silap ustazmuda perbetulkan semula. Kena tanya bonda di kampong ni. Ok camni...


1) Pak Long / Pakwe = Kononnya sebab dia yang sulung / tua...
2) Pak Ngah = Yang tengah kot hehe
3) Pak De = Tak tahu le sebab apa
4) Pak Teh = Sebab anak ke 4 biasa putih kot hehe.
5) Pak Tam = Yang ni plak maybe sebab biasa hitam kot hahaha
6) Pak Andak = Erm... ni gelaran untuk ustazmuda.
7)
Pak Lang = Tak tahu juga kenapa...
8)
Pak Anjang = Maybe sebab biasanya lebih panjang kot huhu.
9) Pak Chik = Yang no 2 kecil
10) Pak Chu = Anak terakhir



Untuk gelaran Pak Chu ni tak semestinya anak yang kesepuluh dalam keluarga. Anak yang terakhir walaupun dari 3 beradik leh juga dipanggil sebagai Pak Chu... Cam ustazmuda juga layak dipanggil Pak Chu sebab anak bongsu hehe.


Oklah rasanya gelaran-gelaran camni dah semacam hilang dari keluarga melayu moden hari ini. Mungkin kita lebih selesa dengan gelaran-gelaran baru yang diterima dari barat atau dari timur tengah. Sahabat-sahabat yang belajar di Negara barat misalnya mungkin lebih selesa beruncle-uncle... dan mereka yang belajar di Timur Tengah plak dengan Ammunya... Begitulah masa merubah kita. Ustazmuda tahu dan paham. Gelaran-gelaran seperti ini bukanlah sesuatu yang pentingpun.. bahkan bukan ada kepentingan apapun dari segi agama, tapi pada ustazmuda, sayanglah kalau sesuatu yang kita warisi ini hilang begitu saja dibawa arus koemodenan. Tak gitu??? Inilah warisan kita.


Masa sembang-sembang tu, sorang kawan ustazmuda, cikgu yang berasal dari Terenggangu menyampuk... katanya " Kat kelantan dan Terengganu takde gelaran-gelaran camni... yang ada hanyalah Pak dan terus dikaitkan dengan nama, macam Pok Wei... ( Pakcik Ismail ). Sayanglah kalau gelaran-gelaran yang elok ni hilang begitu sahaja "


Sungguh pada ustazmuda... sayang. Sayang sangat kalau ianya luput ditelan zaman begitu sahaja. Ustazmuda sendiri Insya allah akan cuba pupukkan pada anak-anak ustazmuda tentang gelaran ini. Sekarang nipun ustazmuda bukan setakat Pak Andak tapi dah jadi Aki Andak... sebab dah ada cucu sedara. Dah tuapun. Bonda ustazmudapun dah jadi Yang. Ringkasan dari Moyang... begitulah.

0 ulasan: