Sunday, August 24, 2008

SeMiNgGu YaNg BeRlAlu...

2 ulasan
Salam sahabat blog...


Erm sekejap je rasanya cuti antara semester selama seminggu. Pejam celik pejam pelik esok dah sekolah semula. Begitulah masa berlalu. Terlalu pantas. Minggu-minggu terakhir di sekolah ni penumpuan lebih pada akademik sepenuhnya. Tiada lagi aktiviti ko kurikulum dijalankan. Maklumlah minggu depan bermula sesi peperiksaan. Kalau sahabat yang punya anak dalam darjah 6 pastinya UPSR akan bermula. Tak lama lepas itu akan dituruti dengan PMR dan seterusnya SPM. Begitulah rutin persekolahan di bulan-bulan terakhir ini.


Sepanjang cuti tiada apa yang manarik sangat untuk ustazmuda kongsikan. Cuma satu yang amat menarik pada ustazmuda. Tentang yoga dan juga meditasi... Tentunya sahabat pernah mendengar perkataan itu bukan??? Bahkan mungkin di antara kita adalah pengamalnya. Erm... dalam cuti persekolahan dahulu, semasa memandu balik ke Pekan ustazmuda buka radio Pahang FM. menarik ceramahnya... nak promosi sikit pada sahabat yang berada di Pahang, buka-bukalah radio Pahang FM 107.50 jam 1.30 tgh hari setiap hari, ni kalau di Temerlohlah. Insya Allah banyak manfaat dan ilmu yang akan dapat kita jadikan panduan dalam hidup. Ceramahnya menarik bukan stereotype je. Ceramah dirakam dari program di luar stadio. Ceramah perdana yang diadakan di masjid-masjid berdekatan.


Ops... tak masuk lagi tajuknya hehe. Oklah tajuk yang dibentangkan pada hari itu berkaitan dengan perubatan, makhluk halus jin dan sebagainya. Ustazmuda tak nak ulas panjang lagipun kalau nak dihuraikan mungkin berjela panjangnya. Cuma ustazmuda tertarik dengan satu kupasan berkaitan yoga dan yang sewaktu dengannya. Senaman-senaman berbentuk meditasi ni rupanya telah difatwakan haram dan boleh membawa kesesatan oleh majlis fatwa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut sahabat boleh rujuk dengan majlis fatwa kebangsaan. Ustazmudapun belum membuat rujukan sekadar memanjangkan untuk pengetahuan kita bersama. Pada sahabat yang masih ragu mungkin boleh terus membuat rujukan pada majlis fatwa kebangssan.


Sebenarnya ustazmuda sendiri, memang rasa semacam sikit dengan bentuk-bentuk meditasi seperti ini. Entah... tak tahu nak digambarkan tetapi rasa hati memang berat untuk ikut serta. Tak tahu kenapa. Macam tak kena dengan jiwa... hehe. Bila dengar sahaja ceramah tersebut lagilah perasaan itu timbul. Seram sejuk. huhu. Yalah, hari ini serangan pada Islam di segenap penjuru bukan sahaja secara terangan bahkan secara halus yang menusuk ke kelbu hingga membuat kita keliru. Sesungguhnya benarlah mereka itu golongan kuffar, mereka bersatu dalam menentang Islam.


Kepada sahabat yang terlibat dengan program seperti ini, ustazmuda nasihatkan cuba-cubalah merujuk pada mereka yang lebih arif... lagipun perkara-perkara berkaitan akidah ni sesuatu yang amat besar. Lebih besar dari alam dan seisinya. Tanpa akidah yang jelas suci dan bersih, tali yang menghubungkan kita dengan Allah akan terputus di awangan. Tanpa ikatan yang sah dengan pencipta siapalah kita di bumi bertuah ini bukan??? Tanpa akidah yang suci murni kita ibarat dicerun yang curam yang bila-bila masa boleh terjunam ke dalamnya. Wal iyazubillah.


Buat akhirnya, ustazmuda menyeru pada diri dan sahabat... marilah kita sama-sama membersihkan akidah kita dari sebarang anasir yang meragukan. Semoga dengannya kita mempu bertemu dengan Allah dalam suasana yang diredhoi dan penuh dengan keberkatan dan rahmat juga maghfirah dariNya. Moga dengannya juga kita akan dikumpul di hadapan Allah dan seterusnya menetap di syurgaNya. Amin.

2 ulasan:

Anonymous says:
6:02 PM

Well, all I can say is. Im hungry.

Anonymous says:
9:57 AM

orang-orang yg kufur mati hatinya, pabila mati hatinya, yg jelas nampak kabur, dan yg seronok nampak indah.

NAMUN, pabila pekikan sangkakala berbunyi, dan kiamat datang, jawaplah mereka - dgn tubuh mereka yg menjadi saksi perbuatan.