Jumpa lagi di hari ke lima bulan Ramadhan yang mulia ini. Di 10 malam pertama Ramadhan yang Allah janjikan kerahmatan atas seluruh umatnya. Moga-moga pintu rahmat itu akan terkena dan melimpah kepada ketika sebagai umatnya. Amin. Semoga kita juga akan meneruskan segala amalan bukan sahaja di 10 malam pertama ini bahkan akan diikuti dengan 10 pertengahan Ramadhan yang dijanjikan Allah keampunan dan akhirnya 10 malam terkahir yang membebaskan kita dari api nerakaNya... Sesungguhnya itulah objektif yang perlu kita tanam seawal menjejakkan kaki di ramadhan ini. Amin.
رب صائم Begitulah tajuk posting ustazmuda kali ini, sengaja ustazmuda memetik peringatan dari sabda baginda ini moga dapat menjadi peringatan pada kita dalam melalui Ramadhan kali ini... Posting ini khususnya ustazmuda tujukan pada diri ustazmuda dan umumnya pada seluruh sahabat terutama sahabat cyber di yahoogroups ustazmuda. Respeks. Kenapa sahabat Respeks??? Erm... Sejak akhir-akhir ini ustazmuda lihat kehangatan Respeks kembali semula. Alhamdulillah kadangkala kehangatan itu cukup baik untuk kesihatan kita bukan? Hehe. Namun suasana kehangatan bersangatan yang boleh membawa kepanasan lantas membakar tidak digalakkan bahkan mungkin dilarang. Sesungguhnya kehangatan seperti itu mungkin membawa kepada musibah. Argggh. Apa yang ustazmuda ingin sampaikan ye. Huhu. Entah.
Sesungguhnya, sebagai pemegang amanah kepada respeks groups... ustazmuda juga akan dipersoalkan dihadapan Allah atas apa yag ustazmuda telah lakukan. Andai kebaikan syukur padanya dan andai api kebencian disemarakkan wal iyazubillah... kosong dan malunya ustazmuda mengadap Allah. Kadangkala serba salah dibuatnya. Serba salah... Ya serba salah antara menjaga Iman dan Islam, serba salah antara menjaga hati sahabat dan taulan. Serba salah dalam melepaskan e.mail-email yang dihantar. Bagaikan ditelan mati emak diluah mati ayah. Dikemam dalam mulut bagai nak termuntah. Adois... Bisa bonar!!!
رب صائم... itulah sabda baginda. " Betapa ramai di antara kita yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga" Ya ramai sekali di antara kita berpuasa... ustazmuda yakin lebih ramai yang sanggup berpuasa dari bersolat. Begitu boleh??? Sanggup berlapar dan dahaga sepanjang hari. Puasa. Begitulah. Solat yang hanya kurang dari 5 minit mungkin kita cuaikan tapi kita berhempas pulas berpuasa. Anak-anak, kita didik berpuasa seawal lagi... tetapai solat??? Entah. Erm melalut lagi... Maaf. Oklah kembali pada posting. Ustazmuda bimbang kita yang berpuasa mungkin termasuk dalam golongan ini tanpa kita sedari. Kita memang menjaganya, pertuturan kita, tinglah laku kita, bahkan seluruh perjalanan sepanjang hidup kita susun rapi di Ramdhan ini, tapi sayang mungkin kita terlalai dan alpa. Kita tidak merasakan satu kesalahan dan kesilapan bila kita melayangkan e.mail dan diterima oleh beribu sahabat yang lain. E.mail-e.mail yang belum tentu kebenarannya. E.mail-email yang tanpa disedari mungkin menyakitkan sahabat lain. Mungkin kita merasakan kita di pihak yang benar. Ya... kerana kita sering merasakan kita sahaja benar dan orang lain salah. Begitu???
رب صائم... Semoga di 10 pertama ramadhan ini, kita akan dibukakan sepenuhnya pintu rahmat dan semoga dengan rahmat itu dapat mengikat hati-hati kita agar tetap teguh istiqamah di jalannya. Ustazmuda juga memohon ampun dan maaf mungkin selama mengendalikan groups ini sebagai manusia biasa terlalu banyak kekurangan. Huluran salam penuh pengharapan dan kemaafan dari ustazmuda moga disambut denga penuh rasa keinsafan dari sahabat. Bagi pihak ustazmuda tiada apa yang tersangkut di hati ini. Segalanya ustazmuda maafkan... Untuk akhirnya hayati...
Bulan Ramadhan menjelang sudah
Bazar ramadhan mencari juadah
Pintu rahmat kita geledah
Moga tersingkap rahsia nan indah
Bazar ramadhan mencari juadah
Juadah dicari buat berbuka
Moga tersingkap rahsia nan indah
Akan bersujud setiap ketika
Bazar ramadhan mencari juadah
Pintu rahmat kita geledah
Moga tersingkap rahsia nan indah
Bazar ramadhan mencari juadah
Juadah dicari buat berbuka
Moga tersingkap rahsia nan indah
Akan bersujud setiap ketika
Wassalam.
3 ulasan:
8:51 AM
ok. I found an information here that i want to look for.
1:08 PM
slm ramadhan ya ustaz..
saya nk beritahu keadaan masjid d kawasan rumah saya..ia terletak di bera juga.sistem pentadbiran masjid ini tidak namapak seperti keadaan di masjid yang lain..tambah2 nk ikut seperti masjid di klate..kdg2 solat fardhu nk lihat tok imam dtg mengimamkan solat pun susah..nikan tok imam,sume ahli pun jrg dtg ke masjid..cuba ustaz bygkan,jika olat zuhur sekiranya, bilal pun takde utk mengalunkan azan..tupun mujurla ado org yg sanggup azankan..kalu org azankan tu salah azan cmn ustz?org yg azan 2 dilabelkan org kg sbgai org yg dh xbetul..skrg ni,dlm bulan ramadhan,sekiranya org sedemikian azankan belum tiba waktu msknya wktu mgrib dan waktu berbuka?apa hukumnya?adakah btl org yg terbuka awal sblum wktunya?apakah tidak berdosa bilal yg tidak menjalankan tugasnye?sungguh sedih rsnye..........
5:23 PM
Salam anonymous
Apa khabar??? Samalah tempat kita ya hehe. Ustaz tahu keadaan masjid darah tu. Bahkan pernah juga sekali dua ustaz jadi imam maghrib dan isyak di situ. Ustaz yang datang dengan seorang anak lelaki tu. Mungkin kenal kot???
Dulupun pernah mengajo di masjid tu tapi bila pindah ke dalam berhenti. Sekarang dah duk luar semula dengarnya dha penuh jadual mengajar di masjid tu. Tegur-tegurlah ustaz ye. Hehe. Dengarnya kes ketiadaan imam ni dah dipanjangkan tapi... entahlah. Imam berulang dari Temerloh... Jauh.
Post a Comment