Wednesday, September 10, 2008

RaMaDhAn MeMbEnArKaN...

0 ulasan
Salam sahabat blog...


Hari ni tiada apa yang menarik untuk
ustazmuda celotehkan. Maklumlah dalam
kesejukan di puncak genting ni hehe. Kebetulan
ustazmuda menerima sebuah e.mail
yang amat baik tentang persoalan berkaitan Ramdahan yang mungkin seringkali menjadi persoalan kepada kita. Moga sedikit sebanyak dapat menjadi panduan dan pedoman kepada kita. Amin. Semoga ada rahmat Allah pada perkongsian ini dan di kira sebagai ibadah di sisinya. Amin.

Terima kasih juga kepada si pengirim e.mail. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Inilah e.mailnya...

Seseorang hamba yang taat dan memahami al-Qur'an dan as-Sunnah tidak akan ragu
bahawa Allah mengkehendaki kemudahan bagi hambanya dan tidak menginginkan kesulitan.
Allah dan Rasul-Nya telah membolehkan beberapa hal bagi orang yang berpuasa, dan tidak menganggapnya sebagai suatu kesalahan jika beberapa perkara tersebut dilakukan. Berikut adalah beberapa contoh perbuatan tersebut beserta dalil-dalilnya:


1. Seorang yang berpuasa dibolehkan memasuki waktu subuh
dalam keadaan
masih berjunub

Di antara perbuatan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu'alaihi wa
Sallam ketika telah masuk fajar (waktu subuh) adalah masih berada dalam
keadaan junub setelah bercampur dengan isterinya.Kemudiannya beliau mandi
di dalam waktu subuh dan melaksanakan solat.

Dari Aisyah dan Ummu Salamah radhiallahu 'anhuma (yang ertinya):
"Nabi Shalallahu 'alaihi wa Sallam memasuki waktu subuh dalam keadaan junub
kerana jima' dengan isterinya, kemudian ia mandi dan berpuasa." (Hadis
Riwayat al-Bukhari (4/123), Muslim (1109))


2. Seorang yang berpuasa boleh bersiwak (memberus gigi)

Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya):
"Kalaulah tidak memberatkan umatku niscaya aku suruh mereka untuk
bersiwak setiap kali wudhu". (Hadis Riwayat Bukhori (2/311), Muslim
(252))

Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam tidak mengkhususkan orang yang
berpuasa ataupun yang lainnya, ini sebagai dalil bahawa siwak bagi orang
yang berpuasa dan selainnya ketika setiap kali berwudhu' dan solat.
(Inilah pendapat al-Bukhari rahimahullah, demikian pula Ibnu Khuzaimah
dan selain keduanya. Lihat Fathul Bari (4/158), Shahih Ibnu khuzaimah
(3/247), Syarhus Sunnah (6/298))

Begitulah juga berkenaan siwak ini, ianya bersifat umum untuk
dilaksanakan seluruh waktu sama ada sebelum zawal (tergelincir matahari)
atau setelahnya. Wallahu a'lam.


3. Berkumur-kumur dan memasukan air ke hidung

Perkara ini adalah berdasarkan perbuatan Rasulullah Shalallahu 'alaihi
wa Sallam berkumur-kumur dan beristinsyaq di ketika dalam keadaan
berpuasa, tetapi melarang orang yang berpuasa berlebih-lebihan ketika
istinsyaq (memasukan air ke hidung) Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa
Sallam bersabda (yang ertinya): ".....bersungguh- sungguhlah dalam
beristinsyaq kecuali dalam keadaan puasa." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi
(3/146), Abu Daud (2/308), Ahmad (4/32), Ibnu Abi Syaibah (3/101), Ibnu
majah (407), an-Nasa'i (no. 87) dari Laqith bin Shabrah radhiyallahu
'anhu. Sanadnya sahih)


4. Bercumbu dan mencium isteri dalam keadaan berpuasa


Aisyah radhiallahu 'anha pernah berkata: "Rasulullah pernah mencium dan
bercumbuber dalam keadaan berpuasa, akan tetapi beliau adalah orang yang
paling kuat menahan diri (nafsu)." (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/131),
Muslim (1106))

Dalam soal ini, golongan muda dimakruhkan berbuat demikian berbanding
yang telah tua.

Abdullah bin Amr bin 'Ash berkata: "Kami pernah berada di sisi
Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam, datanglah seorang pemuda lalu
berkata: "Ya Rasulallah, bolehkah aku mencium dalam keadaan sedang
berpuasa? Beliau menjawab: "Tidak", datang pula seorang yang sudah tua
lalu dia berkata: "Ya Rasulullah, bolehkah aku mencium dalam keadaan
sedang berpuasa?" Beliau menjawab: "Ya". Sebahagian dari kami pun saling
memandang di antara satu dengan yang lain. Maka Rasulullah Shallallahu
'Alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): "Sesungguhnya orang tua boleh
menahan dirinya"." (Hadis Riwayat Ahmad (2/185, 221))


5. Mengeluarkan darah dan melakukan suntikan yang tidak
mengandungi
makanan

Semua ini bukanlah termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan
puasa.


6. Berbekam

Pada awalnya, berbekam adalah merupakan salah satu pembatal puasa, namun
kemudiannya ia dimansuhkan. Terdapat hadis sahih yang jelas dari Nabi
Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bahawa beliau berbekam ketika berpuasa.
Ini adalah berdasarkan satu riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma:
"Bahawasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah berbekam dalam
keadaan sedang berpuasa." (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/155 - Fathul
Bari), lihat "Nasikhul hadis wa Mansukhuhu" (334-338) karya Ibnu Syahin)


7. Merasai makanan

Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai
memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan). Ini adalah berdasarkan
riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma: "Tidak mengapa merasai cuka
atau sesuatu yang lainnya dalam keadaaan sedang berpuasa selagi mana
tidak sampai ke tenggorokan." (Hadis Riwayat al-Bukhari secara muallaq
(4/154 - Fathul Bari), dimaushulkan (disambungkan/ disebutkan sanadnya)
oleh Ibnu Abi Syaibah (3/47), al-Baihaqi (4/261) melalui dua jalan.
Hadis ini hasan, lihat "Taqliqut Taqliq" (3/151-152))


8. Bercelak dan menitiskan ubat mata dan lainnya

Semua perkara tersebut tidaklah termasuk ke dalam perkara-perkara yang
boleh membatalkan puasa, sama ada rasanya dapat dirasai sehingga ke
tenggorokan atau tidak, inilah yang dikuatkan oleh Syaikhul Islam Ibnu
Taimiyah di dalam risalahnya yang bermanfaat "Haqiqatus Shiyam" serta
muridnya Ibnul Qoyyim di dalam kitabnya "Zaadul Ma'ad". Imam al-Bukhari
berkata di dalam kitab "Shahihnya", Anas bin Malik, Hasan al-Bashri dan
Ibrahim an-Nakhai memandang tidak mengapa bagi yang berpuasa."



9. Menyiramkan air dingin ke atas kepalanya dan mandi

Imam al-Bukhari menyatakan di dalam kitab Shahihnya "Bab Mandinya Orang
Yang Berpuasa" bahawa, "Ibnu Umar pernah membasahi (membasahi dengan
air, untuk mendinginkan badannya kerana haus ketika puasa) bajunya
kemudian dia memakainya ketika dalam keadaan berpuasa." Asy-Sya'bi juga
pernah memasuki ke bilik mandi dalam keadaan sedang berpuasa. Al-Hasan
berkata: "Tidak mengapa berkumur-kumur dan mendinginkan badan dalam
keadaan sedang berpuasa."

Dalam suatu riwayat disebutkan,

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah menyiramkan air ke
kepalanya dalam keadaan sedang berpuasa kerana dahaga atau kepanasan
yang mengeringkan." (Hadis Riwayat Abu Dawud (2365), Ahmad (5/376, 380,
408, 430). Sanadnya sahih)

Sebarang kesilapan sila maklumkan pada ustazmuda. Maklumlah
ustazmuda
hanya kopi dan pasta sahaja hehe.

TERIMA KASIH.

0 ulasan: