Jumpa lagi di coretan hujung minggu OK. Erm tiada apa yang menarikpun. Seperti rutin kebiasaan hujung minggu akan pulang ke kampong. Begitu jugalah dengan minggu ini... Huhu. Cumanya kebetulan minggu ini minggu persekolahan... OK dan keluarga hanya balik hari sahaja. Pagi dan pulang semula petang. Takda apa yang menarik sangat... cuma kali ni, leteran bonda masih setia singgah di telinga ini. Biasa. Rasa cam tak best kalau takde leretan bonda tanda sayang. Kenapa dileter??? huhu.
Mulanya OK berjanji untuk pulang petang sabtu... tapi kerana kepenatan persekolahan, tidak mampu menunaikan janji, dan silapnya OK tidak menelefon bonda memberitahu hal keadaan... apa lagi. Sampai je kerumah terus peluru hidup terkena batang hidung... " tak tahu ke mak risau, semalaman tak tidur memikirkan... janji nak balik petang, lain kali teleponlah kalau tak dapat..." begitulah.
Minggu ni juga seperti minggu lepas, berita sedih juga di kampong OK... berita kematian. Cuma ceritanya tidak sesedih dan setragis cerita minggu lepas. Kematian biasa seorang warga tua 60 an dan telah sakit lamapun... Al Fatihah. Pakwe Yusuf.
Cuma apa yang OK ingin kongsikan adalah... sebelum pulang OK singgah sebuah pondok untuk mengambil mak sedara, untuk sama-sama menziarahi kematian tersebut. OK ingin kongsikan pondok ini. Itu je... huhu.
Mak sedara ok di pondoknya.
Sempat lagi jerit kat jiran maklumkan kehadiran anak sedara tersayang wakakakaka.
Sempat lagi jerit kat jiran maklumkan kehadiran anak sedara tersayang wakakakaka.
Pondok Ad Diniah. Pondok ini terletak 3 km dari Bandar Temerloh, iaitu di Kampong Pengsenam, km3 Jalan Temerloh Triang.
Pada OK, pondok ini amat sesuai untuk ibu dan bapa yang keseorangan di kampong... OK tidak bermaksud menggalakkan sahabat menghantar ayah bonda ke sini... namun dari keseorangan di kampong atau ditinggalkan di rumah orang tua-tua adalah lebih baik dihantar ke sini. Setiap malamnya dipenuhi dengan solat berjamaah dan kuliah. Kelas-kelas mengajipun diadakan... Alhamdulillah.
Pondok-pondoknya juga walaupun rapat tapi kemas dan bersih. Kelihatan teratur. Ada yang lengkap dengan bilik air di dalamnya dan ada yang berkongsi bilik air. Ada sekitar 100 lebih pondok. Setiap pondok mempunyai nonya sendiri. Mak sedara Ok... tinggal di pondok bernombor 82. Tiada sebarang yuran khas dikenakan... cuma bayaran air sebanyak RM13 sebulan dan elektrik dibayar sendiri. Setiap rumah mempunyai meter elektrik.
Pondok tidak menyediakan makanan kesemua penghuni memasak sendiri. Berdasarkan cerita mak sedar OK... bantuan beras diberikan sebulan sekali. Alhamdulillah. Terdapat juga pasangan suami isteri yang menetap di sini. Penghuni paling jauh pula datangnya dari Selangor.
Begitulah serba sedikit tentang pondok tersebut. Mungkin pada sahabat2 yang berminat untuk memberikan sumbangan atau berkenalan dengan warga pondok bolehlah datang ke sini bila-bila masa... Sesekali bersembang dengan mereka OK merasa seronok sangat-sangat. Inya Allah bila masa lapang OK akan menziarahi lagi mak sedara OK dan kawan-kawannya...
0 ulasan:
Post a Comment