Hari ni OK nak berceloteh sikit tentang sikap kita. Sikap sebahagian besar dari kita. Ye ke??? Entah. Kalau bukan sikap kita maaflah. Mungkin hanya sikap OK dan orang2 di sekitar OK sahaja kot. Ekekeke. Maaf.
Sikap macamana tu ya??? OKla langsung aja... Sikap sesetengah di antara kita dalam satu2 majlis. Sikap kurangnya menghormati sahabat
Sikap bercerita atau mungkin bermesyuarat sendiri di belakang. Mungkin sahabat pernah mengalami situasi begini bukan??? OK sendiri memang biasa melaluinya. Masuk sahaja bilik mesyuarat... setengah jam pertama mungkin tumpuan diberikan. Masuk setengah jam kedua banyaklah mesyuarat2 kecil diadakan. Kiri dan kanan kita. Bila diajukan persoalan mulalah terpinga2. Begitu??? Adakan??? Akhirnya OK sendiripun tak tahu nak masuk mesyuarat mana. Wakakakaka... Pilihan terlalu banyak. Adoisssss.
Sebagai seorang pendidik... kita sering memarahi pelajar kita apabila mereka bersembang bersama kawan di kelas. Rasa macam terbakar perasaan kita bukan??? tetapi mengapa apabila dalam mesyuarat atau taklimat kita pula menjadi seperti pelajar tersebut tanpa mengendahkan perasaan sahabat yang sedang memberi penerangan, atau mungkin juga bos kita sendiri. Adilkah kita???
Itu satu di antara sikap kita.

Arggghhh mungkin OK mengharapkan sesuatu yang terlalu idea hehe. Sedang OK sendiripun tidaklah seidea manapun. Kadangkala OKpun terlibat dengan sikap seperti ini. Huhu... Cuma OK mengharapkan kita sama-sama muhasabah diri dan memberikan perhatian pada yang sepatutnya. Amin.
Rasa hati : Bosan...
0 ulasan:
Post a Comment