Saturday, May 09, 2009

CoReTaN HuJuNg MiNgGu...

1 ulasan
Salam sahabat blog...

Lama rasanya tak bercerita tentang hujung minggu... ekeke. Macamlah best sangat hujung minggu OK ni. Takde apapun bukan YB bukan adun bukan sesaper pun... Just citer untuk kepuasan diri sendiri je. huhu. Buat renungan di hari tua... Belum tua lagi ke OK??? Entah.

Oklah... hujung minggu kali ni bermula hari khamis lagi. Awalkan???Jumaat cuti hari pekerja dan khamis petang terus cabut ke Pekan... lama tak jenguk orang tua di sana. Lagipun ada meeting keluarga. Biasalah sesekali. Takde apa yang istimewa sepanjang jumaat... cuma malam tu meeting. Meeting tentang kenduri adik ipar. Insya Allah akan dilaksanakan dalam cuti sekolah nanti. Adik bongsu lelaki. Ada rezeki nanti OK layangkan sekeping kad di groups. ekekeke. Datang jangan tak datang tau...


Sabtu... kami sekeluarga ke Mersing. Ada misi. Kekekeke. Misi mustahak. Doakanlah moga misi kali ini berjaya. Misinya dirahsiakan terlebih dahulu... kebetulan malam tu YM dengan Torres Moderator Kelakar groups, terkejut juga bila dia kata sedang bercuti dengan keluarga di Rompin. Perghh terus set time konon nak jumpalah. ekekeke. Sepanjang perjalanan asyik dok sms je... kat mana dah??? Kat mana dah??? Jumpa di Restoran Nusantara. huhu... Sayang takde rezeki juga nak ditemukan. Biasa. Kita hanya merancang dia penentu segalanya. Abi sekeluarga menjamu selera di sana jam 4 petang... kira best jugalah makanan di situ. Betul2 citarasa Nusantara... dicadangkan mereka yang ke Endau... singgahlah di sana.

Ahad... tiada apa yang dilakukan. Cuma petangnya dalam jam 5.30 pergi ambik anak sedara. Anak abang yang belajar di Tahfiz Pekan. Tahfiz di bawah sultan... Free dan dapat RM50 lagi. ekeke. Betull2 terpilih untuk kesini. Hanya 20 orang sahaja pelajar. Pengambilan hanya dijalankan 3 tahun sekali sahaja. Hanya selepas satu kumpulan tamat barulah diambil kumpulan baru. Begitu. Petang tu ambik dia dan bawa jalan2 dan makan sate ekeke. Alhamdulillah anak sedara ni nampak semangat betul. Semasa menunggu satepun mulut kumat kamit menghafaz Quran. Semangat. Moga berjaya. Amin. Jam 7.00 hantar semula balik. Alhamdulillah kekenyangan. Pada sahabat yang pernah ke Pekan pasti tahu Tahfiz ni... tak jauh dari Murtabak Mengkasar, tepi lampu isyarat simpang ke istana.

Esoknya isnin... erm, kami pulang ke Bera semula. Dalam perjalanan bersms dengan TG Insaniyy kisahnya beliau ingin ke KL... sms punya sms konon nak berjumpa, tapi keadaan tidak mengizinkan. Moga anak beliau yang kedua berjaya menjejaki abang sulungnya yang telahpun berada di sana. Al -Azhar. Amin. Kata orang kemana tumpahnya kuah kalau tak kenasi. ekekeke.


... Alhamdulillah tanpa disangka, hari rabu OK menerima sms dari TG Insaninyy mengatakan beliau telah berada di Temerloh. Beliau pulang dari KL. Erm... masa tu OK dalam perjalanan pulang dari kerja. Terus balas SMS sila ke Bera... hanya 30km dari Temerloh. Ekeke Hanya tu, 30km macam dekat wakaka. Alhamdulillah akhirnya sampai juga beliau ke rumah OK... Syukur moga kehadirannya membawa seribu rahmat pada OK sekeluarga. Yalah... selama ni hanya berYM dan berbalas e.mail di groups sahaja. OK sempat posing dengan beliau... tapi yang empunya diri kata jangan dipublish di blog @ groups. Ekeke. Maaf. Perlu di hormati.

Oklah... dah panjang ni. Ni dah macam bukan catatan hujung minggu, tapi catatan sepanjang minggu. wakakakaka. Maaf.


Rasa hati : Gembira.

1 ulasan:

arsaili says:
4:29 PM

salam....padat sungguh aktiviti...apa pun selamat hari ibu buat ibu2 semua moga sentiasa di rahmati ALLAH