Salam sahabat blog...
Erm.. sempena hari ibu ni, banyak sungguh abi menerima e.mail dan sms berkaitan ibu (macamlah abi ni ibu ekekeke), tapi takpe sekurangnya akan mengingatkan abi tentang pengorbanan ibu. Terima kasih ibu. Bila dah banyak sangat terima ni... rasa teringin plak nak buat puisi sendiri. ekekeke.
Oklah... puisi ni abi tujukan khas buat2 anak-anak yang telah lama tidak kembali mendengar celoteh dan leteran ibu. Sesungguhnya celoteh dan leteran merekalah yang menyebabkan kita berada di sini hari ini. Pulang dan kembalilah sebelum ibu sahabat pergi tak kembali.
Hayatilah...
Puisi sepi untuk perempuan tua
Puisi ini
aku namakan puisi sepi untuk perempuan tua
kerana aku mengenang cerita dia
yang sering bertandang kerumah kita
dengan pelbagai cerita
Puisi ini
aku namakan puisi sepi untuk perempuan tua
kerana kisah dia
adalah antara kisah2 derhaka
yang wujud di maya pada
Puisi ini
aku namakan puisi sepi untuk perempuan tua
kerana aku terkenang luahannya
tiap hadirnya di teratakku
kisah anaknya yang berbelas
yang punya wajah yang ayu
yang punya gaji beribu
yang punya harta dan rumah batu
yang didiami pontianak dan hantu
Puisi ini
aku namakan puisi sepi untuk perempuan tua
kerana ceritanya...
anak ku di sana sini dan situ
berkereta besar lagi bergelar
dipuji dipuja seluruh akhbar
menjadi ikutan desa dan bandar
Puisi ini
aku namakan puisi sepi untuk perempuan tua
kerana deritanya menunggu dan menanti
di setiap petang dan pagi
berteman sepi
tiada yang kembali
Puisi ini
aku namakan puisi sepi untuk perempuan tua
kerana kisahnya yang hiba
yang tetap setia
menunggu anak-anaknya
yang tak kunjung tiba
hingga jasadnya tiada...
... Maaflah abi hentam je. Apapun abi ucapkan selamat hari ibu pada semua yang bergelar ibu. Tak kiralah apa jenis ibupun. Ibu kandung, ibu mertua, ibu angkat, ibu tiri, ibu pertiwi... huhu. Cuma satu je abi benci sangat2. Moga ibu ini akan insaf dan kembali ke jalan yang lurus. Nak tahu ibu apa??? erm. Ibu ayam. Wakakaka.
Rasa hati : Sepi
Wednesday, October 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 ulasan:
3:32 PM
waa...ada bakat ustaz ni..bleh ganti sasterawan negara ni.
Di sebalik kisah perempuan tua terselit seribu rahsia yg terbuku dlm sekeping hati yg lara...
Di sebalik kisah perempuan tua tersembunyi seribu harapan.. anak yg dulu dikandung menjadi teman. mengiringi sisa-sisa kehidupan..
Di sebalik kisah perempuan tua... terpalit seribu kekecewaan yg nyata takkan diambil perhatian kerana si ibu yg tua dianggap beban...
Di sebalik kisah perempuan tua bukan sekadar untuk tatapan tapi jadikanlah sebagai pedoman.. disebalik coretan "Ustaz" pasti ada pengajaran...
Post a Comment