Salam sahabat blog...
Semalam
Tika sendiri
Memerhati
Aku didatangi seorang perempuan
Menjerit2 satu nama
Katanya...
Ini bahana
Hadiah dari jantan durjana
Aku merana
Jantan itu apa tahu
Hanya memberi padaku
Lihat perutku dunia
Akukah yang bersalah
Atau jantan itu
Yang hanya mahunya itu
Menghunus itu di situ
Satu demi satu
Tanpa malu
Arghhh aku perempuan bodoh
Bodoh kerana menyangka dia adikku
Bodoh kerana menyangka dia abangku
Bodoh kerana menyangka dia ayahku
Bodoh kerana menyangka dia pamanku
Sememangnya aku bodoh
Mengenali antara kasih dan nafsu
Dunia...
Tunjukkan aku seorang LELAKI
Lelaki yang bisa membimbingku
Lelaki yang bisa memeliharaku
Lelaki yang bisa membawaku
Ke daerah iman
Aku masih mencari
Lelaki yang sebenarnya LELAKI
Di penghujung dunia ini...
Sekian. Terima kasih...
Friday, October 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 ulasan:
7:27 PM
Haa... akhirnya kuar pun puisi yg menjadi kontroversi ni. hehehehe...
9:48 AM
ce wahhh... teruskan2, byk maksud tersirat bg yg mahu berfikir...
Post a Comment