Friday, June 19, 2009

ApA PeRaSaAn AnDa...

1 ulasan
Salam sahabat blog...

Posting OK kali ini tidak bermaksud apa2... sekadar ingin berkongsi rasa. Berkongsi perasaan dengan sahabat semua. Rasanya ramai yang tahu respeks_group adalah yahoogroups dibawah kelolaan OK... Kalau tak tahu Insya Allah dengan keluarnya posting ini, dengan sendiri termaklumlah. Ekekeke...

Dalam melayan karenah ahli groups... OK, memang tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang... Pohon dimaafkan. Hakikatnya respeks_group bukan sebuah groups politik sebagaimana telah ditekankan oleh OK beberapa kali. Namun apakan daya pilihan dan minat ahli ke arah itu... perlu diraikan sekadarnya.

Namun hari ini sedikit terkejut bila OK menerima offline YM mesej yang berbunyi lebih kurang " Semoga segala kerja anda dalam menegakkan yang salah akan dimurkai oleh Allah " Begitulah lebih kurang bunyinya. OK tahu dan paham beliau merupakan salah seorang warga respeks.



... Apa yang dapat OK perkatakan adalah terima kasih atas ingatan dari sahabat tersebut. Terima kasih sangat. Adakala peringatan seperti ini amat diperlukan di kala kita dalam kekeliruan. Namun sesuatu yang kurang enak datangnya tiba2 tanpa cuba mengenali dan memahami terlebih dahulu. Menjelaskan di mana kekhilafan yang berlaku untuk sama2 perbetulkan. Datangnya begitu sahaja pergi dan menghilang. Aduh. Sedih dan keciwa.

Pada semua sahabat... sebarang kesalahan dan kesilapan dalam mengendalikan blog mahupun groups OK pohon jutaan kemaafan. Pada Allah yang maha berkuasa atas tiap sesuatu... OK pohonkan semoga terus tetap terpelihara di atas jalanNya dan Istiqamah padanya. Tegurilah dan kenalilah... terimalah huluran persahabatan dari OK buat semua warga respeks. Respeks diwujudkan demi sebuah persahabatan... dan silaturrahim kerana Allah. Amin

1 ulasan:

Juhana Jiha says:
3:56 PM

:)manusia ni dijadikan dalam berbagai tahap kategori. Berbagai peringkat serta berbagai tahap pencapaian akalnya. Tak semstinya apa yang mereka fikir itu betul dan tak semestinya apa yang kita buat itu tepat. Fitrah manusia yakni mereka tidak akan pernah puas dengan apa yang ada... :) oleh itu hanya satu petunjuk yang betul... iaitu jalan kepada yang ESA. Biar apapun yang orang lain fikir. Kerana hanya DIA tahu akan keihklasan kita dan hala tuju diri kita. Abaikan yang lain2 kerana manusia akan sering mencari kesalahan orang lain, tanpa mengkaji kelemahan diri sendiri. Walau apapun manusia tidak akan pernah sempurna dan pasti kita sendiri pernah melakukan kesalahan tanpa kita sedari. W.A