Lama juga OK tak usik blog kesayangan ni. Maklumlah sepanjang cuti persekolahan kali ini banyak sangat benda yang perlu diselesaikan. Itulah, inilah. Macam-macam. Apapun semuanya menyeronokkan. Dalam kesibukan tersebut sempat juga OK menyelinap sekejap ke Shah Alam untuk menyibuk di Muktamar Parti Islam SeMalaysia. ( فاس ) Sengaja OK letakkan ringkasan jawi bagi PAS. Yalah, ada sesetengah sahabat yang mempersoalkan kenapa PAS bukan PIS. Nah itulah jawapannya. ( فاس ) Jelas gitu???
Oklah... berbalik pada cerita tentang muktamar. Sebenarnya OK bukanlah terlibat secara langsungpun dalam muktamar tersebut. Kedatangan OKpun sekadar menyibuk sahaja. Dan ini juga adalah kedatangan OK untuk pertama kali ke muktamar tahunan PAS. Bermula jumaat petang 5 Jun hingga sabtu pagi 6 Jun sahaja. Sekejap. Dari dulu memang hajat untuk melihat sendiri apa yang dikatakan muktamar tersebut. Akhirnya hajat itu tercapai... Alhamdulillah. OK juga... tidak berniat untuk menyentuh dan membuat komentar tentang perjalanan muktamar secara langsung. Insya Allah kalau ada masa OK akan sentuh dalam posting lain. Posting kali ini sekadar perjalanan OK di muktamar sahaja. Bukan membuat komentar terhadap isu.
Paling penting juga sebenarnya... OK ingin bertemu sahabat2 lama yang pernah sekali dalam jamaah ini. Sahabat yang nun jauh dari Sandakan Sabah. Alhamdulillah akhirnya ketemu. OK respeks dengan kesungguhan sahabat ini. Antaranya Saudara Abdul Wahid yang juga bekas Naib Presiden Persatuan Pelajar UUM tahun??? Biarlah rahsia. Saudara Ahmad Supu... bekas aktivis pelajar semasa di UM bersama isteri dan anak2... Semoga pertemuan ini akan memberikan impak positif dalam hidup OK... yang akhir2 ini agak berjauahan dengan jamaah. Jauh sesangat.
... Selain dari bertemu beberapa orang sahabat lama, alhamdulillah sahabat2 baru juga abi temui di sini. Sahabat2 dari yahoogroups. Antaranya abang Islamil para_jum101 yang agak sibuk bertugas sdi unit keselamatan muktamar kali ini. Alhamdulillah dalam sibuk2 sempat juga abi ketuk belanja makan wakakaka. Terima kasih abang. Lain kali boleh belanja lagi. Ekeke. Tahniah juga pada abang dan semoga segala tugasan yang dijalankan dikira sebagai ibadah oleh Allah. Begitu juga OK berkesempatan bertemu dengan blogger terkenal kita... Saudara topeng perak yang kini telah membuka topengnya. Huhu. Unmasked. Kesana kemari tak lekang dengan kameranya. Perghhh... mujur gok ada saudara topeng ada jugalah kenangan abi di muktamar. Kalau tak... erm. OK manalah ada kamera.
Selain dari itu juga, OK berkesempatan bertemu dengan beberapa sahabat dulu2 semasa belajar. Antaranya ada yang menjadi perwakilan. Dan tak kurang yang telahpun menjadi YB. YB Mohd Noor Hamzah Bukit Payong... Jalankan amanah tersebut dengan baik ye. Juga beberapa orang sahabat yang telah mencuba nasib tapi belum berjaya menjadi YB antaranya Saudara Ridhuan Hashim dan adiknya Mohd Ali Hashim. Cuba lagi...
Bermula pada siang selepas jumaat OK sampai ke sana... sekadar meninjau2 beberapa gerai dan berkesempatan juga pekena beberapa makanan yang dijual. Alhamdulillah harga agak berpatutan. Malamnya lebih kurang jam 7.00 OK bergerak ke rumah topeng untuk mandi manda dan menunaikan solat. Selepas segela kewajipan diselesaikan OK datang semula... malamnya takde apa yang berlaku. Sekadar persembahan huburan Islam diselangselikan dengan santai bersama pimpinan PAS. Antara artis yang dijemput adalah Saudara Ringgo dari Arrow, Akil Hayy dan beberapa kumpulan nasyid yang sedang naik. Persembahan mereka pada OK agak menarik. Mantop!!! tahniah. Antara pimpinan PAS yang diundang sebagai selingan persembahan adalah DR Hassan Ali dan Ir Khalid Samad, Saudara Muhammad Sabu dan Dr Hatta. Sempat jugalah OK mendengar deklamasi sajak dari saudara Muhamad Sabu dan Dr Hatta. Malangnya time DR Hassan dan Ir Khalid Samad perut mula berkeroncong. OKpun apa lagi keluar landing di gerai. Melayan karenah perut di gerai unit amal Johor. Pekena nasi ayam. Sedap!!!
Selesai melayan karenah perut sambil sembang2 dengan Topeng dan Abang Ismail... kami ke stadium semula. Dengarnya persembahan penutup akan diakhiri oleh Ustaz yang tengah hangat Akil Hayy... Sayang!!! Sampai je ke dewan. Dewan telahpun kosong. Huhu. Sabau jelah... Melepas tangkap lengtok kejap ngan Ustaz Akil Hayy. Adois. Terasa rugi plak wakakaka. Takpelah...
Malamnya... Topeng mempelawa kerumahnya. Tapi OK teringin untuk sekadar bermalam di Masjid Negeri. Alhamdulillah sampai di sana terdapat ramai juga sahabat2 dari pelosok negeri. OK landing berhampiran beberapa orang yang agak berumur. Kesemua mereka dari utara. Ada di antara mereka bekas guru, kakitangan kerajaan dan petani. Sembang punya sembang... tahulah abi mereka ni hard core PAS. Mereka sanggup walau kemana sahaja. Setiap kali muktamar mereka akan datang walaupun hanya sebagai pemerhati. Beruntungnya PAS... mempunyai ahli yang setia seperti ini.
Sempat juga OK sembang pasal pemilihan... meraka tidak mengundi. Mereka bukan perwakilan. Sekadar datang sebagai pemerhati. Namun mereka tidak kisah siapapun pemenang. Kalau Ustaz Nasharuddin Alhamdulillah. Kamipun masih pelukan mereka. Saudara Husampun takpe... segalanya punya kelebihan. Begitulah pandangan mereka. Alhamdulillah. Mereka yang di bawah memang jujur. Tidak punya apa-apa kepentingan politik, yang penting perjuangan, yang penting Islam didaulatkan. Begitu... Semoga pimpinan yang di atas sana juga jujur dalam perjuangan. Amin.
Sempat juga OK... bertanyakan pasal PRK Manek Urai. Dengan penuh semangat mereka serentak menjawab. Insya Allah kalau takde aral sampailah kami ke sana... Dan alhamdulillah kami telah sampai hampir kesemua kawasan yang telah di adakan PRK dari dulu lagi. Kami juga telah sampai ke Sanggang!!!... perghhh dalam hati OK. Kampongku itu. wakakaka. Oklah... tak mahu bercerita panjang. Namun sekali lagi OK katakan PAS beruntung mempunyai ahli yang sanggup berkorban harta, yang sanggup datang dari jauh semata untuk bersama dengan program jamaah tanpa memikirkan di mana mereka akan lena. Di tepi2 masjid jadi. Di balai2 sah jadi. Bahkan adakala hanya dalam kereta. Mereka tidak memerlukan hotel berbintang2. Cukuplah bintang dan bulan dilangit sebagai teman. PAS perlu menjaga mereka ini, bukan wang yang mereka cari...
... Esoknya, OK kembali ke Muktamar. Lebih kurang jam 9 pagi keputusan pemilihan diumumkan. Dan inilah saat yang ditunggu2 oleh sebahagan besar perwakilan tak kurang juga pemerhati. Mendebarkan!!! Alhamdulillah. Apapun keputusan terimalah dengan redho. Untuk negeri OK... sekurangnya mempunyai 3 wakil.
Naib Presiden : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Pemuda : Ustaz Nasharuddin Hassan
Ketua Muslimat : Ustazah Nuridah.
Ketua Pemuda : Ustaz Nasharuddin Hassan
Ketua Muslimat : Ustazah Nuridah.
Semoga dengan terpilihnya 3 wajah dari Pahang ini... akan memberikan sinar baru pada Parti Islam Semalaysia Pahang. Amin.
Menjelang jam 12 OK bergerak dari muktamar. Selamat tinggal dan jumpa lagi.
2 ulasan:
4:54 PM
Ustaz Muda..ingin saya bertanya. Zalimkah UMNO sebab tak tukar sdra. atau isteri ke Sarawak atau Sabah. APakah yg telah PAS buat sepanjang memerintah Selangor melainkan arak dan pusat judi makin bertambah? Apakah hukumnya mengkafirkan orang? Perpaduan dengan UMNO tak boleh tapi apa hukumnya bersama DAP yang jelas menentang tegaknya Negara Islam? Renung2kanlah...
Cikgu Muda
Selangor
9:27 PM
Zalim lagi kalau tak nak tegak hukum Islam... betul tak ustaz? Saper yang tak nak tu ye?
PAS perintah Selangor ??? PKR kan? cikgu..kalaupun PAS perintah satu tahun boleh banding ke dengan hampir 50 tahun BN perintah? Apa Cerita?
Hanya Allah yang layak mengkafirkan hambanya. Justeru isu ini hanya dimainpolitikkan agar PAS dibenci...Mengkafirkan orang ni adalah hujjah dari ayat Allah.Bukan dari mainan kata manusia sahaja..perbanyakkanlah membaca al-Quran beserta tafsirnya. Nescaya cikgu akan lebih faham...
Bersama dengan DAP hanya dalam barisan PKR bukan bermaksud setuju dengan semua dasarnya. Bergerak masih dalam kelompok sendiri.
Lain dengan UMNO,MIC, MCA yang sebaris bersama dasarnya sekali. Mereka berjuang bersama. Apa2 dasar dari MIC atau MCA... UMNO pun tenggelam beb....
Tak gitu ustaz?
Post a Comment