Hari ni OK teringin untuk berkongsi cerita tentang hujung minggu. Huhu... Dah nak masuk hujung minggu semula baru ada kesempatan nak update. BZ memanjang. Ngalahkan YB. Gitu seh!!!
Oklah... hujung minggu bermula jumaat lagi. Lepas sekolah adalah permulaan cuti. Cuti kali ni dua minggu. Erm... best gok tu kan kan kan???
Lepas jumaat tu OK terus balik ke Pekan. Maklumlah ahad tersebut OK kena mengikuti rombongan kawin adik ipar. Alhamdulillah akhirnya selamat ke semua adik beradik ummi berpasangan. Bertemu jodoh. Alhamdulillah jodoh yang bongsu ni paling dekat. Ala... dalam 10km je lebih kurang. Huhu. Kira menantu terdekatlah ni. Tercapai hajat maka dan ayah nak lihat anak bongsunya bermenantukan orang dekat. Lagipun pilihan mak dan ayah ni. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu pada Ayah Chu Ahmad Kamil Yunus. Tahniah. Selamat melangkah ke dunia baru.
Alhamdulillah. Bersama ini OK kongsikan beberapa keping gambar... Gambar pengantin. Maaf pengantin tidak membenarkan di expose.... huhu.


.jpg)
.jpg)
Sebelum tu pada hari sabtu.. OK sempat bertemu dengan seorang sahabat dari respeks_group Lebai Zali... ekeke. Jauh tu datang dari Seremban semata2 untuk mencandat sotong di Perairan Kuala Pahang. Sempat juga OK bersemuka dan berkenalan dengan geng candat beliau. Kesemuanya mesra2 belaka... Teringin OK ikut serta, maklumlah OKpun belum pernah mencandat ni huhu. Apakan daya esoknya kena ikut rombongan kawin. Tak bolehlah naik ikut serta. OK just temankan sarapan pagi bersama sebelum rombongan candat turun ke laut. Tengok jelah gambar-gambar di bawah. Malaslah nak celoteh panjang2 huhu.
OK... pun balas sms. Dah di mana tu??? erm... Lebai Zali jawab kami lagi 10km nak ke Muadzam. Huhu. Adois melepas OK ikan segar2 dari laut. Takde rezeki nak buat gonekan??? Rugi rugi...
Ok... itu sahaja hujung minggu ini. Best gokkan kalau respeks_group buat trip camnikankan kan??? Camne Lebai Zali... boleh handlekan!!! Jumpa ante di Muktamar. Sebagaimana janji kita. Wakakaka sempat lagi promote PAS plak daaaaaaaaaa. Hua hua hua. Insya allah.
... Insya Allah semua dijemput ke majlis kesyukuran pihak kami pada 13 Jun 2009 ini. Datang jangan tak datang. Kad jemputah sila lihat posting di atas...
Terima kasih
0 ulasan:
Post a Comment