Saturday, May 30, 2009

DaH SeDeKaD RuPaNyA...

1 ulasan
Salam sahabat blog...

Rasanya baru je semalam abi kenali dia... dan kami bersama, tapi rupa2nya cukup sedekad sudah. Erm... masa begitu cepat berlalu. Alhamdulillah kini kami masih bersama. Doakan kami agar kami akan kekal bersama hingga ke hujung nyawa. Amin.

Kalau tahun lepas abi... kongsikan 10 rangkap pantun sebagai tanda kasih abi pada ummi... rasanya tahun ini lebih elok abi kongsikan rasa hati abi pada ummi dalam bentuk puisi. Maaflah andai puisi ni tah apa apa... huhu. Maklumlah masih belajar.

Buat ummi... untuk kesekian kalinya, abi ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi hidup dengan abi, kerana sudi menerima abi seadanya... abi tahu dan sedar abi bukanlah insan terbaik untuk ummi tapi abi berjanji Insya Allah akan abi cuba untuk menjadi insan terbaik. Maafkan abi andai wujud sesuatu yang tidak menyenangkan antara kita.Terima kasih sayang...

Buat anakanda tercinta... Umar Faruqi, sesungguhnya tiada perkataan untuk abi gambarkan kesyukuran dan kegembiraan abi atas kelahiran anakanda dalam kehidupan abi. Abi sedar abi bukanlah ayah yang terbaik untuk umar... tetapi Insya Allah akan abi lunaskan amanah ini sebaiknya. Sesungguhnya abi amat menyayangi kalian berdua... Sayang.


Sedekad lalu
Di saat pertama kali bersamamu
Kau tersipu malu
Dengan lafaz itu
Kalu milikku
Dalam dakapan syahdu

Kini
Sedekad berlalu
Kau dan aku bersatu
Kurasa...
Waktu itu
Bagai baru berlalu
Hangat pelukanmu
Masih bergetar didadaku

Esok
Pasti kitakan lalui
Walau seribu liku
Walau badai mendesah
Walau gelombang memecah
Namun
Kita tetapkan redah
Tak mungkin berpisah
Itulah sumpah
Demi sebuah amanah


... Pada sahabat doakan kebahagiaan kami. Amin.

Sekian. Terima kasih.

30 May 2009
Pekan Pahang.

1 ulasan:

Mohd Sabar & Rafieah says:
12:45 PM

Semoga Allah merahmati dan tetap melindungi kalian sekeluarga dalam redhaNya