Erm... rupanya belum habis lagi soal Ustaz Akil dan isterinya Maiza. Erm... Bukanlah OK berminat sangat dengan kisah beliau sebenarnya... Namun ada beberapa perkara yang menarik perhatian OK... nak tahu apa. Sebelum itu sila baca di sini... Akil Maiza.
Dah baca? Apa yang menarik sangat... Akil masih mengambil tahu tentang Maiza. Pelik??? Salahkah Akil bersikap begitu... Pada OK di sini kesilapan orang kita memahami apa itu Iddah. Mungkin sesetengah diantara kita menganggap apabila berlaku pencarian. Apabila talaq dilafazkan... maka terhenti di situlah hubungan mereka. Begitu??? Mudahkan!!!
Kalau begitu apa ertinya nafkah iddah??? Apakah hak suami pada isteri semasa iddah. Begitu sahaja... Tamat. Sedang tuntutan dan hak iddah anda mahukan sehingga beribu2 malahan hingga berjuta... tetapi hak dan kewajipan sebagai isteri anda abaikan!!! Kenapa Allah wujudkan iddah. Tempoh bersenggang suami isteri. Tempoh bertenang... tempoh berfikir. Dan di saat iddah itu, suami masih mempunyai hak2 ke atas isteri begitu juga si isteri masih perlu akur dan taat pada sang suami. Dan suami mestilah memberikan nafkah selayaknya. Kerana ia masih di bawah tanggungjawab anda sehingga selesai iddah!!!
Hari ini, bila berlaku sahaja pencerian... bila jatuh sahaja talak. Bermakna perpisahan. Kamu ke sana aku ke sini. Benci sebenci2nya... seolah2 tidak ada langsung kebaikan pada perkahwinan terdahulu. Begitu bukan!!! Sebenarnya tidak salah untuk mereka bersama dalam satu rumah semasa iddah. Hanya dilarang dalam satu bilik sahaja... Mereka masih boleh bersama dalam menjaga anak. Mereka bukanlah orang yang benar2 asing.
Bahkan ada di kalangan ulamak... yang menganggap seandainya berlaku persetubuhan pada masa iddah itu... Ia boleh dianggap sebagai rujuk. Itulah pendapat sesetengah ulamak.
Untuk itu... adalah tepat Akil menegur segala perilaku Maiza di masa ini. Kerana... Maiza masih lagi punya hubungan dengan beliau kalaupun tidak seperti dahulu.
Sekadar pandangan. Pahon diperbetulkan.
0 ulasan:
Post a Comment