Salam sahabat blog...
Ustaz... Sah ke solat camgitu??? Jerit sorang pelajar dalam kelas semalam... Solat camgitu guana plak? Ala macam orang Indon Arab Pakistan tu... pakai seluar baju biasa. Tudung biasa solat. Sah ke??? Awak rasa camne Nadia balas OK pada pelajar tersebut. Erm... saya tak tahulah sebab tu saya tanya ustaz. Ustaz ni... huhu.
Betul gokkan? Sebab tak tahulah Nadia bertanya. huhu. Kalau dah tahu takkan bertanya kan kan kan... ustaz ustaz. Tapi ingat, ada juga yang bertanya atas tujuan yang berlainan. Tidak semua yang bertanya itu semata2 untuk tahu dan paham. Tak kurang yang bertanya untuk menguji. Sejauhmana kefahaman. Begitu. Adakan???
Oklah... berbalik pada persoalan tadi. Sah atau tidak. Erm... Nadia dan pelajar2 semua. Ustaz nak tanya??? Ada ke dalam syarat sah solat @ rukun solat itu sendiri mesti memakai telekung berwarna putih macam orang2 Melayu bersolat. Ada ke???
Serentak mereka menjawab... takde ustaz. Jadi apa yang ada ??? Hanya Allah meletakkan syarat bersolat dengan menutup aurat. Itu sahaja... jawab pelajar serentak. Dah. Apa lagi, bukankah sudah terjawab persoalan Nadia... Nadia masih belum puas hati. Masih ingin kata pasti dari ustaz. Sah ya ustaz??? huhu... hanya anggukan sahaja. Tanda mengiyakan.
Ustaz cukup respeks dengan orang melayu respeks dengan ketelitiannya dalam solat. Hingga mereka menetapkan pakaian2 tertentu untuk solat. Ya satu perkara yang sangat bagus ada pada orang Melayu. Alhamdulillah. Cuma...
Adakala ketelitian ini sehingga menyusahkan. Sedang agama itu mudah flexsible. Bahkan yang lebih menyedihkan ketelitian itu juga membawa kepada kerosakan. Bukan tidak pernah kita dengar jawapan begini bila ditanyakan kenapa tak bersolat???
Ala ustaz... takde telekonglah. Ala ustaz seluar saya tak eloklah... Lagipun saya tak bawa kain pelikat. Huhu. Biasakan??? Seolah2 tanpa kain pelikat kita tidak boleh solat. Tanpa telekung berwarna putih kita juga tidak boleh bersolat... Begitu!!! Sedih. Sedang telekong dan kain pelikat tidak pernah menjadi syarat sah solat itu. Ia hanyalah tambahan di kalangan orang Melayu yang teliti ini!!! Malangnya ketelitian membawa kepada kesusahan dalam agama.
Tak kurang dikalangan kita yang kurang paham... kurang paham antara kotor dan anjis yang membawa tidak sah solat. Pakaian yang tertumpah air oren mahupun milo dikatakan kotor dan tidak boleh dibawa solat??? Erm... begitu sekali. Bukankah yang dikatakan kotor dalam Islam itu adalah najis. Najiskah milo dan oren itu!!!
Mungkin sebab itu juga ada di antara orang kita hanya menutup aurat semasa solat??? Selepas solat segalanya terbuka!!! Kerana mereka menetapkan begitu. Di luar solat cerita lain. Malang!!!
Beruntunglah orang yang sentiasa menutup aurat... anda boleh bersolat walau di mana sahaja!!! Mudah bukan???
Dah pergi solat... Dah masuk zohor ni. Jangan banyak tanya lagi. Huhu... Dengan berpakaian baju kurung macam kamu ni dah boleh bersolatpun!!! Go!!! ahaksssssssssssssssss.
Ingatlah Islam itu mudah dan jangan dipersulitkan. Yassir...
Thursday, September 03, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 ulasan:
11:16 PM
salam.....hehehe....benar tu ustaz tapi masyarakat menjadikannya susah, jika kita buat sesuatu diluar "normal" jenuh pulak nak jawap lepas tu...kenapalah pekara2 sebegini tidak diterapkan sedari awal bagai kita menerapkan nilai anjing dan babi kepada semua samada islam atau bukan islam? Dalam persoalan ini siapakah yang patut disalahkan?
fikir-fikirkan.....
Post a Comment