Dikesempatan ini OK sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri yang akan muncul beberapa hari sahaja lagi.
Sebagai peringatan buat diri dan semua sahabat khususnya ahli respeks group OK menyeru pada semua agar kita menyambut Aidil Fitri sebagaimana layaknya. Perlu diingat Aidil Fitri adalah Ibadah... Aidil Fitri bukanlah adat semata. Ibadah perlulah dilakukan secara Ibadah. Bukan secara adat.
Ingatlah... Aidil Fitri adalah anugerah Allah. Bukan semata2 sesuka hati kita sahaja menyambutnya kerana kita berpuasa selama 30 hari. Aidil Fitri adalah anugerahNya... satu Ibadah yang wajib dilakukan. Bahkan kita diharamkan berpuasa pada hari tersebut olehNya... Bergembirlah selayaknya sebagai seorang muslim. Berhari rayalah secara berhemah... jauhilah dari perkara2 yang membatalkan ibadah tersebut... perghhh ada ke perkara membatalkan Aidil Fitri... ekekeke.
Dah macam puasa plak ada batal ada sah huhu. Apapun batal di sana OK maksudkan kita perlulah menjauhi perkara-perkara yang mencemarkan kemuliaan syawal itu. Bagaimana pencemaran ibadah berlaku... pastinya sahabat sendiri tahu!!!
Aidil Fitri kita berbeza dengan sambutan2 perayaan lain...
Aidil Fitri kita adalah hari membesarkan Allah dengan takbir dan tahmid...
Aidil Fitri kita hari untuk bermaafan dan menjalin semula silaturrahim...
Aidil Fitri kita bukan hari untuk berhibur yang melampau batasan
Aidil Fitri kita bukanlah percampuran dan kebebasan tanpa sempadan
Aidil Fitri kita bukanlah menghulurkan salam tanpa mengenal batasan mahram
Sambutlah Aidil Fitri selayaknya sebagai Ibadah kepada Allah. Amin
Buat akhirnya OK sekeluarga ummi dan umar faruqi... memohon jutaan kemaafan dari semua sahabat samada dari facebook mahupun dari respeks group. Walaupun kita mungkin tidak pernah bersua tetapi ikatan ukhuwwah antara kata amat manis untuk OK kenangkan sampai bila... Sebarang kesilapan dalam mengontrol respeks group khususnya, sekali lagi OK memohon ampun maaf.
Selamat Aidil Fitri kepada semua. Hati2 dijalanraya semoga kita semua selamat pergi dan balik. Semoga kita semua akan bertamu lagi di halaman respeks group.
" Syawal itu Indah andai Ramadhan kita najah "
Sekian. Terima kasih.
Abi, ummi dan umar faruqi
29 Ramadhan 1430H
29 Ramadhan 1430H
1 ulasan:
1:48 PM
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..
'taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
Post a Comment