Monday, September 04, 2006

TIGA TA

0 ulasan
Salam sahabat blog...

Malam tadi ustazmuda sempat tengok Halaqah di TV 9... Alhamdulillah ok perbincangannya. Tajuknya Nabi Yusof... Menarik, dengan 2 orang ahli panel. Seorang ustazah dan seorang lagi Imam Besar Masjid Negara... ustazmuda tak ingat sangat nama... dan memang ustazmuda akui ini kelemahan ustazmuda sukar sangat nak ingat nama-nama orang ni, melainkan yang memang popular betul...

Ustazmuda tertarik dengan ulasan berkataitan 3 ta... apa tu yer. Inilah godaan di dunia ni. Tak kira siapapun pasti tidak akan selamat dari 3 godaan di dunia ni... melainkan mereka yang betul-betul beriman dengan Allah SWT.

Ta yang pertama : WANITA :

Nabi Yusuf sendiri digoda oleh seorang wanita iaitu Zulaikha... Alhamdulilah Nabi Yusof selamat dari godaan tersebut... hingga beliau berkata melalui mafhum firman ALLAH : Sesungguhnya penjara lebih baik untukku... dan dia memilih penjara. Itulah hakikat keimanan seorang nabi... Tak kira siapapun kita pasti akan terkena dengan godaan wanita ini... lebih-lebih lagi mereka yang bergelar pemimpim atau ahli perniagaan... kadang-kadang ia seperti permainan dalam dunia mereka...
Betapa ramai pembesar-pembesar dunia tersungkur kerana wanita... tak perlu ustazmuda sebutkan... skandal-skandal tersebut tentu sahabat tahu sendirikan ???

Kalaulah kitalah agaknya dalam keadaan seperti itu...
Apa tidakan kita??? Sungguh!!! ustazmuda lemah iman untuk menghadapai godaan seperti ini...

Ta yang kedua : TAHTA

Tahta adalah kuasa!!! Tahta adalah segalanya... kadang-kadang manusia sanggup untuk berbunuhan hanya kerana kuasa... hanya kerana tahta... hanya untuk mendapatkan pengaruh... Lihat di sekeliling kita... pandang kiri pandang kanan jelas samua nya di depan mata... untuk mendapatkan Tahta manusia sanggup berbuat apa saja... Hatta nabi kita Baginda SAW sendiri ditawarkan kuasa oleh Kaum Kafir Quraisy saandainya Nabi SAW sanggup untuk meninggalkan agama suci ini... sanggup untuk menghentikan usaha dakwah baginda... juga sekiranya sanggup bersekongkol dengan kaum Kafir Quraisy... begitulah betapa hebatnya ujian yang di lalui oleh bginda Rasul... Batapa besarnya godaan tahta...

Ta yang ketiga : HARTA

Siapa tak mahu hartakan ??? Pastinya kalau diberikan segunung emas manusia tidak akan puas... manusia mahu dua gunung emas... Itulah kita manusia tidak pernah merasa puas... tidak pernah cukup... berapapun gaji kita... pasti tidak akan cukup... Pelik!!! Kadangkala mereka yang beduit gajinya berpuluh ribu tapi masih melakukan rasuah... gajinya mencecah ratus ribu masih pecah amanah... Argh itulah penagnan harta... Hanya hati yang tunduk kepada Allah dan bersifat Qanaah sahaja yang mampu mengawal perasaan ketamakan dan haloba harta dunia...

Betapapun kita di dunia ini... Beringatlah sesungguhnya apa-apa yang kita terima, apa-apa yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah pimjaman belaka... Sedarlah dan insaflah ia pasti di tarik balik pada bila-bila masa sahaja oleh Yang Maha Kuasa... dan sedarlah pada setiap harta yang ada pada kita adanya hak orang lain... hak mereka yang lebih memerlukan... hak mereka yang teraniaya... hak mereka yang lemah dan tertindas dan yang penting Hak Allah. Tunaikan...

Berdoalah moga kita semua akan selamat dari godaan ketiga-tiga Ta ini. Amin Yarabbul Alamin.

0 ulasan: