Wednesday, September 06, 2006

NISFU SYAABAN

6 ulasan
Salam sahabat blog...

Alhamdulillah. Sedar tak sedar dah nak masuk ramadhan. Dah separuh bulan Syaaban kita lalui... Insya Allah malam ni Nisfu Syaaban. Nisfu... yang dalam bahasa arabnya... Separuh. Teringat ustazmuda kat bintang filem lama kita Ahmad Nisfu... hehe Ahmad separuh. Ahmad Al-Bab... Bab maknanya pintu... Ahmad pintu. Begitulah pengaruh bahasa arab dalam kehidupan orang Melayu Islam satu ketika dulu... dan sesungguhnya orang Melayu tidak pernah asing dari Islam satu ketika dulu, tapi kini...

Bukan inipun yang ustazmuda nak perkatakan... Nak cerita tentang nisfu Syaaban sebenarnya. Dua tiga hari ni ustazmuda dapat beberapa e.mail mengatakan amalan Nisfu Saaban adalah amalan bidaah yang bertentangan dengan Islam. Ermmm... sebagaimana ustazmuda katakan, ustazmuda bukanlah banyak ilmupun, nak berdalil dan hujjahpun rasanya belum mampu. Tapi ustazmuda sangat tidak bersetuju dengan pandangan seperti itu. Sungguh!!! ustazmuda tak setuju secara peribadi. Lagipun bidaah ni, ada dua... bidaah hasanah dan bidaah dolalah...

Dah jelas terang rasanya tak perlu bersuluhpun... amalan ni memang dah diperturunkan dan diterima sebagai amalan agama sejak berzaman lagi. Tak perlu rasanya nak dipertikaikan. Uztazmuda rasa, kalau nak dipertikaikan terlalu banyak benda yang perlu dipertikaikan... Benda yang jelas terang salah dan bertentangan dengan hukum Allah. Hari-hari kita di sogokkan dengan dengan benda yang salah yang rasanya lebih karut khurafat dan bidaah lagi... dan kadangkala kita dah terimapun sebagai perkara biasa... yang seolah tidak ada salah silappun dalam hidup kita.

Kita sedikit sebanyak dah terima dan menerima perlakuan bebas lelaki dan perempuan... kita dah boleh terima anak-anak lelaki dan perempuan kita bertepuk tampar... tanpa segan silu, kita dah terima dan menerima berjabat tangan lelaki dan perempuan bahkan dah sampai sanggup berlaga pipi lagi... kita juga ( sesetengah keadaan) tersenyum dan bangga terima dan menerima hubungan terlarang perzinaan dan perempuan simpanan tetapi kita mencebik pada poligami yang dihalalkan oleh Allah. Entah kenapa juga, kita lebih menerima tali leher dari serban Rasulallah... Serban yang jelas dipakai oleh baginda rasul... serban yang adanya dalil dan hujjah yang menggalakkan sipemakainya... tetapi sunnah dari barat juga yang kita amalkan. Inilah sikap kita...

Suatu ketika dulu, ustazmuda masih ingat lagi, masa kecik-kecik dulu... ustazmuda malu sangat kalau menonton TV terutama hindustan dengan mak dan ayah... Malunya bila ada adegan berbaur sex, walaupun hindustan tu bukan sex sangatpun... tapi malu nak tengok, kadang-kadang ustazmuda larikan diri... tapi hari ini kita tanpa malu dan segan... bahkan ada keluarga yang menonton filem-filem lucah seisi keluarga. Nauzubillah.

Begitulah tahap keterbukaan kita... Kita sedikit demi sedikit menerima sesuatu yang dulunya kita rasakan salah... tapi hari ini kita rasakan betul... Dan perkara yang betul kita mula rasakan salah. Betapa kelirunya kita.
Berbalik pada Nisfu Syaaban tadi, sekurangnya program-program seperti ini akan mendekatkan diri kita semua dengan rumah Allah. Rumah Allah yang kita hanya bertandang jarang-jarang sekali... Yang hanya kita naiki atau singgahi bila keperluan mendesak... yang kita hanya singgahi sekadar melepaskan hajat dalam perjalanan jauh. Bukan hanya bertandang semasa adanya majlis akad nikah, majlis gotong royong dan perayaan sahaja... Semoga ia menjadi titik tolak ke arah memakmurkan rumah Allah...

Jom ke masjid...

6 ulasan:

Aicha says:
4:05 PM

salam.just nak komen skit pasal apa yang ustaz katakan.tu la masalahnya di malaysia.benda yang jelas haram kita tak elakkan.benda yang jelas wajib kita tak buat.tp bila ada amalan2 macam sambutan nisfu sya'baan ni semua pun buat.yang wajib tak buat,yang kononnya sunat ni terkejar2 nak buat.tu la yang menambah2kan lagi kebidaatannya.

satu lagi,kan hukum fiqh,kalau amalan ibadah khusus,jika tiada dalil untuk melakukannya,maka hukumnya haram.n pasal amalan nisfu sya'baan ni takde dalil yang jelas atau sahih.so...?

kalau ada apa2 keraguan lagi,saya ada terjumpa satu blog yang ada tulisan yang agak mendalam tentang perkara ni.Wallahu a'lam.

p.s.:kalau ada jumpa dalil yang sahih atau hasan (dalam sahih bukhari,muslim,sunan abi dawud dan al-muwatta' tak ada) tentang bolehnya melakukan amalan2 ni,harap bleh share.jazakallah.

Aicha says:
4:07 PM

eh,lupa nak sertakan blog address

http://amarrazali.blogspirit.com/

Ezan says:
9:01 AM

posting yang sangat berguna. terima kasih ustaz.

abiumar says:
9:51 AM

Assalamualaikum...

Sama-sama... Itulah harapan ustazmuda. Moga bermanfaat untuk semua.

Tq

aNIe says:
3:24 PM

Assalamualaikum Ustazmuda...terima kasih kerana singgah ke blog kak lady...Dan terima kasih kerana berkongsi apa yang boleh kita kongsi untuk manafaat dan kesejahteraan umat islam...

Moga usaha ustazmuda berterusan...

abuhanis says:
1:14 PM

salam.

maaf saudara, saya jd segan bila suadara membiasakan panggilan diri dgn ust muda, ustaz.. satu panggilan yg cukup hebat. org yg perlu menjaga amanah agama dengan seadil-adilnya.so perkara yg cuba dikomentar itu telah diperelisihkan begitu lama. kadang2 kita terpukau dgn angin 'tinggi' kita.

saudara menamakan diri sebagai ustaz kemudian mengatakan tidak begitu pandai ttg agama, nasihat saya kalau tak pandai jgn komen.

dr hassan hitu pernah menyebut 'islam satu agama yg selalu dimangsakan' sapa saja boleh buat komentar.

bila bercakap agama bukan masanya nak 'cakap lapik'. anda kena sebaik mungkin untuk membuat komentar ilmiah, berdasarkan kpd dalil al-quran dan sunnah.

adakah saudara beranggapan kebenaran itu hanya ada pada seorang!!!

fikir-fikirkanlah..apakah kerja islam kita sekadar perkara yg furu. saya setuju kalau itu salah satu dpdnya. tapi kalau hanya sekadar itu amat malang..saudara.

saya kira saudara fakih dalam agama kenapa tidak mahu menyeru kpd ketulinan agama..

membawa sesuatu yg mengelirukan dalam agama satu 'jenayah'.