Wednesday, October 18, 2006

CERITA PUASA CERITA RAYA...

7 ulasan
Cerita puasa cerita raya... entah kenapa tetiba hati nak nak berceloteh tentang puasa dan raya pula selepas berceloteh tentang mati yang pasti... puas mengadap skrin ni dan mengetuk keyboard dan idea tetap tak datang walaupun kepala ligat memikir... maka terkeluarlah apa yang sahabat sedang belek ni.

Cerita puasa cerita raya... yang mana dulu nak cerita yer??? Nak cerita puasa tapi pandang kiri pandang kanan awal-awal lagi citer bab raya. Dua tiga bulan sebelum puasa dah sibuk menempah baju raya... ke sana kemari cari jenama kain terkini. Kononnya tempahan tak diterima nanti... entahlah.

Cerita puasa cerita raya... cerita puasa memang hebat. Ada yang bersungguh mencari berkat siang malam duduk beribadat mengadap tuhan dalam munajat moga termakbul segala hajat... Alhamdulillah kalau inilah kita.

Cerita puasa cerita raya... cerita puasa ada yang pelik. Apa yang peliknya... Pelik!!! puasa mengajar diri merasai keperitan hidup kesusahan mayarakat yang tak dapat makan seharian... yang tak kenal hidangan lazat-lazat... jauh sekali merasai nikmat berbuka di hotel mahupun rest house... lagi pelik ada majlis meraikan anak yatim ibu tunggal, tapi ibu tunggal anak yatim yang kena berbaris mengambil makanan, Sang Vip senang-senang makanan terhidang... Siapa yang diraikan??? Pelik-pelik.

Cerita puasa cerita raya... cerita makanan memang hebat. Terkeluar habis segala yang dihajat. Yang tak dapat dibulan lain wujud semula di Ramadhan ini. Carilah apa sahaja lompat tikam puteri mandi badak berenda semua ada. Penuh meja semua terhidang esok pagi pasti dibuang. Membazirnya kita. Patut Ramadhan boleh berjimat, tapi kita semua nak rembat....

Cerita puasa cerita raya... tak sah kalau tak sentuh jalanraya mahupun lebuhraya. Badan letih berebut-rebut nak balik raya. Banyaklah pula kemalangan jalanraya. Buat sahabat yang balik beraya tu hati-hatilah memandu. Rasa letih berhenti sebentar rehatkan badan. Jangan diikutkan perasaan dan jangan berlumba di jalanraya. Insya Allah rumah tak kemana... Mak Ayah setia menanti... Doa jangan lupa dipanjat pada ilahi selebihnya tawakkal kepada Allah. Apa yang berlaku anggaplah takdir ilahi terimalah seadanya setelah segala usaha diikuti.

Cerita puasa cerita raya... Cerita mercunpun hebat juga. Yang jadi mangsa anak-anak kita, yang kaya raya tak lain dari bangsa Dia. Terlantar di hospital berbulan-bulan hilang segala raya... Hantu rayapun takut nak jenguk hehe.

Cerita puasa cerita raya... Puasa dah nak ke penghujungnya rayapun akan menjelanglah tiba. Baginda bersabda 10 malam terakhir bebas dari api neraka dan satu malam adanya malam yang digelar Lailatul Qadar. Kita pula sibuk berjaga siang malam sungguh setia menambah koleksi kuih-muih raya. 10 jenis tak cukup banyak, di tambah lagi berganda dua. Erm.. Bebas ke kita dari azab api neraka... Entah.

Cerita puasa cerita raya... Orang Melayu hebat juga, dicipta malam bernama likur di 10 malam terakhir Ramadhan ini. Penuh bercahaya di sana-sini konon senang roh datuk nenek nak kembali. Bila ditegur pasal likur, buat tak endah terus berdengkur. Itulah...

Cerita puasa cerita raya... Sebulan dah nak habis kita berpuasa malam raya sangatlah gembira berkumpul segala sanak sedara berjamu dengan pelbagai juadah. Bila berkumpul bagai nak rak... tak sedar lagi apa dikata kadang aurat sendiripun dah tak terjaga. Ini peringatan buat diri, sahabat juga saudara aurat tidak mengenal siapa... Pupu poyang ipar duai kenalah jaga dia bukan mahram kita. Moga tidak letih aje kita berpuasa sebulan lamanya.

Cerita puasa cerita raya... masuk sudah pagi raya. Sembahyang raya janganlah lupa. Lepas solat berziarahlah kita jangan duk melekat depan TV aje. Jaga diri, jaga aurat hulur salam biar bertempat jangan dihulur pada yang tidak berhak, bersentuhan itu larangan agama. Cukuplah kisah lepas-lepas... jangan diulang cerita lama moga berkatlah puasa dan raya kali ini.

Cerita puasa cerita raya... Cerita puasa mahupun raya bukan sebuah cerita dongengan. Jauh sekali cerita rekaan. Bukan juga adat kebiasaan tapi ibadat yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Bila dikata sebagai ibadat, wajiblah dijaga segala peraturan mahupun syarat. Barulah akan dapat segala rahmat hidup pula dilimpahi berkat. Jangan di campur ibadat dan adat jauh sekali dikongsi raya. Ingatlah sahabat mahupan saudara, raya hak milik kita sahaja. Bukan barang mainan suka-suka. Jangan dipermain perkara teras bimbang rosak segala amalan.

Cerita puasa cerita raya... Ya, Allah moga Ramadhan dan Syawal ini merupakan Ramadhan dan syawal yang terbaik untuk kami. Pimpinilah kami ke jalan mu... HambaMu terlalu lemah akan godaan dunia yang menghimpit. Amin.

7 ulasan:

Produk Halal Tanggungjawab Bersama says:
2:31 PM

Assalamualaikum wrbt...haha hebat pantun campur madah ni...ayat power tetapi berkesan...tahniah.

cerita puasa cerita raya merupakan gambaran dan pengajaran buat muslimin muslimat sekelian. Masuk raya tak bermakna kita bebas lakukan apa saja.

yang haram tetap haram yg halal masih halal. Kdg2 bila masuk raya, yg haram pun hentam saja. Muhrim bkn muhrim dok bersalaman, bantai tak kira sedara atau handai taulan.

hari raya menandakan kita telah berjaya mengharungi suka duka dlm berpuasa. Hari kemenangan...tp jgn pulak masa sambut hari kemenangan tu kita jadi lupa daratan dan hilang pertimbangan. Hari raya sepatutnya mendatangkan keinsafan dan bermulanya detik baru yg mana telah kita ciptakan dlm bulan Ramadhan utk menjd hamba yang soleh. Masuk raya jadi tholeh pulak....

parti, pesta sana sini...raya katakan..hantu raya pun tertekan...melihat umat manusia mengalahkan setan...berkepit sini sana mcm tadak iman...

harapnya Hari Raya ini kita mula menjd hambaNya yg bertaqwa ....bkn bertakua...

Imran al-Malizi says:
3:41 PM

assalamu'alaikum.

syukran ustaz muda kerana ziarah.
hehe.. artikel ni pun menarik jugak walaupun simple.

semoga kite terus berhubung..

akhukum fil-Islam,
imran al-malizi

khairul najmi yusof says:
9:26 PM

Asslamualaikum,
raya sekarang dah dipenuhi dengan hiburan2 yang kdg2 best kdg tak best lansung. dah takde makna nye raya sekarang.

sahrunizam abdul talib says:
5:52 AM

Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir batin buat ustaz sekeluarga. Terima kasih. kerana ustaz dan izin Allah saya mampu menulis di sini.Terima kasih daun keladi, duit raya hulur- hulurlah ke sini.

AKMA says:
11:55 AM

Salam Aidilfitri buat ustaz sekeluarga. Panjang umur insya-Allah tahun depan kita ketemu.

Idham

Anonymous says:
9:09 PM

Assalamualaikum....
gone pulok ustaz koi dah tak faham dunia zaman ni memang benarle kiamat sudah dekat. katanya nak sangat Islam. tapi apa yang Islam suruh kita buat. kita buat tak tau je.Hak tak suruh tulah kita buat sangat malah bangga. KATA NAK ISLAM koi rasa dalam Islam tak menghalalkan pergaulan bebas lelaki dan pompuan tapi macam yang ustaz kata tu lah dalam tv dan konsert tak adapun pihak yang kata nak Islam tu nak mencegahnya

Iman Mawaddah says:
2:17 PM

Salam aidilfitri dan salam ukhuwah..tahniah ustaz muda..semoga perjuangan terhadap agama yang kita cintai mendapat keberkatan dari Allah yang Maha Esa