Ustaz!!! Ya satu gelaran yang sinonim bagi melambangkan mereka yang kuat pegangan agamanya. Mereka yang khusus dalam bidang agama. Mereka yang berpakaian ala-ala arab berserban berjubah berjanggut berbaju raihan walaupun tidak sangat memahami agama juga dikenali sebagai ustaz. Kerja mereka, tidak lebih sebagai imam dalam solat, imam tahlil talkin orang mati rujukan dalam masalah nikah kawin dan persoalan remeh temeh dalam agama. Itulah sedikit persepsi orang Melayu kita terhadap gelaran tersebut. Andai persepsi ini salah tolong betulkan dan bukan ini pucuk perbincangan ustazmuda kali inipun.
Kenapa pula ustazmuda berceloteh pasal ustaz hari ni ??? Padahal ustazmudapun digolongkan dalam golongan ini walaupun ustaz yang masih muda dan baru nak start. Nak mengomen golongan sendiri ke ??? Nak kritik diri sendiri ke ??? atau apa... Entah. Semalam, kebetulan balik kampong ummi nun jauh di Pekan alhamdulillah seronok dapat berbuka 2 kali dan makan air tangan mak di kampong. Lama juga tak pekena masakan mak. Terima kasih mak, dan dalam perjalanan singgah sebentar solat di sebuah masjid di Kuantan. Sedang duduk-duduk melepak tepi masjid sementara menunggu ummi ( maklumlah orang perempuan ni kalau solat lama sikit ) sempatlah bertegur sapa dan berbual dengan beberapa jamaah di tepi masjid tu. Orang tempatan dan hampir kesemuanya dah berpencen. Adalah dalam empat lima orang.
Topik perbualan menarik... tentang ustaz. Seronok dan yang paling seronok bila mereka tak tahu dan tak menyangka yang orang yang diajak berbual sama ni juga seorang ustaz. Dapatlah ustazmuda korek sedikit sebanyak persepsi mereka tentang ustaz. Ok!!! Ustazmuda teruskan pada beberapa intipati perbualan mereka yang boleh di jadikan panduan buat mereka yag bergelar ustaz. Ustazmuda ringkaskan seperti dibawah...
Lelaki A : Ustaz ni kalau cakap selalu main ikut sedap je... Tak reti nak berlapik langsung. Seorang ustaz tu ada ke patut cakap macam ni “ Dah tua-tua dah pencen baru nak jenguk masjid.Mungkin sahabat juga pernah berada dalam situasi di atas??? Ya memang terlalu mudah menunding jari kepada mereka. Ustazmuda tidak bermaksud menyokong 100% apa yag diperkatakan juga tidak menolak sebarang kemungkinan. Sesungguhnya, benarlah kata-kata lelaki D, ustaz juga manusia biasa dan seribu kemungkinan akan berlaku selagi manusia bernama manusia.
Lelaki B : Sambil menyampuk betul tu… tak kurang yag membidas “ kalau ada jamuan baru nak jenguk masjid kalau tiada… haram.
Lelaki C : Ustaz ni kalau cakap memang pandai, tapi bab beramal hapah mentidak. ( bahasa orang Pahang ) Kadang-kadang mengalahkan kita lagi. Anak bini pun tak terjaga.
Lelaki D : Yang ni ok bercakap dan defend ustaz. Biasalah ustazpun manusia juga punya kelemahan, manusia ni memang macam tu tetap akan memberikan komen walau sebaik mana ustaz yang datang. Mudahnya begini… kita buat satu tanggapan kita ni pesakit dan ustaz itu doktor. Kalau zahir kita ni sakit, kita akan tetap setia mendengar kata doktor hatta kita sanggup sehingga dirobek-robek, dipotong-potong, di sambung-sambung wayar sana wayar sini di seluruh anggota bagi merawat penyakit kita. Begitulah ustaz, dalam usaha mengubat dan merawat masalah batin, pelbagai cara dan teknik yang digunakan hatta mungkin merobek sedikit jantung hati kita bagaikan seorang doktor yang sedang membedah pesakitnya. Panjang lebar bicaranya dengan nada yang begitu lembut…
Lelaki E : Lebih banyak tersenyum angguk dan geleng.
Ustazmuda teringat satu cerita tentang manusia dan ketidakpuasan hati... Maaf kerana ustazmuda terlupa siapa pemain wataknya, di zaman mana??? Apa yang penting bagi ustazmuda motif dari cerita. Andai sahabat yang ingat sila perbetulkan. Ustazmuda tinggalkan sahabat-sahabat dengan cerita ini...
Di zaman dahulu terdapat seorang ayah dan anak sedang membonceng seekor keldai... ( kalau zaman sekarang ni kira naik honda cuplah tu hehe ) kedua-duanya duduk di atas keldai tersebut dan melalui sekumpulan manusia... terdengarlah bisik-bisik kumpulan manusia tersebut. Alangkah zalimnya kedua beranak tersebut kerana mendera si keldai yang kecil tersebut. Lantas bapanya turun dan meninggalkan si anak keseorangan di atas keldai tersebut. Si bapa mengheret keldai dan si anak menunggang di atas.
Setiba mereka di kumpulan manusia di persimpangan yang lain, masih terdengar bisikan... Alangkah tidak patutnya si anak mendera si bapa mengheretnya yang senang lenang di atas keldai tersebut… Lantas si anak terjun dari keldai, dan bersama-sama bapanya mengheret keldai. Mereka meneruskan perjalanan...
Seperti biasa, setiba mereka di persimpangan lain yang juga dipenuhi dengan orang ramai, mereka masih terdengar bisikan mengatakan... alangkah bodohnya kedua beranak tersebut kerana mengheret keldai sedangkan sepatutnya mereka bersenang lenang di atas keldai.
Artikel ini hanya sekadar membuat sahabat-sahabat merenung sejenak... tidak ada niat di hati untuk mengusik mana-mana pihak mahupun rakan seangkatan yang bergelar ustaz. Untuk sahabat-sahabat yang bergelar ustaz tak kiralah ustazmuda ke, ustazveteran ke, ustazsenior ke, ustazjunior ke, abangustaz ke, adikustaz ke, brotherustaz ke, sisterustaz ke mahupun anda seorang protaz ataupun ustazah... tapi maaf!!! Sister In Islam tak masuk dalam senarai yer...
Teruskan usaha perjuangan dan dakwah sahabat di medan sahabat berada. Sesungguhnya perjuangan ini tidak ada titik noktahnya... Ketahuilah, Islam bukan terletak di medan tertentu. Islam bukan terletak di masjid, Islam bukan terletak di surau, Islam bukan terletak di musolla... tetapi kitakan temui Islam di mana-mana hatta di padang bola sekalipun, mahupun dalam dunia hiburan, moga dengan ini akan terpancar keindahan Islam.
... Dan lelaki E di atas adalah ustazmuda. Apalah yag ada pada seorang yang masih bergelar ustazmuda.
2 ulasan:
3:22 PM
Assalamualaikum wrbt abg...
posting kali ni sgt menarik..psl ustaz. Adik pun terkena gak ni..haha
btul tu bang..ustaz ni manusia biasa jgk..dan manusia ni tak terlepas dr dosa dan kesalahan..bkn maksum.
sdgkan pemimpin besar seperti Tuan Guru Nik Aziz pun terkena tempias maki hamun dan tempelak, sedangkan beliau seorang yang cukup dikenali sebagai ulama' yang unggul di Malaysia dan nusantara. Jadi kepada mereka2 yang suka tohmah menohmah ustaz2 ni tanpa usul periksa, tolong hentikan...tak semua ustaz begitu, mmg ada ustaz syaitaniah, dan ada ustaz insaniah...apa pun, lihat dulu sikap seseorang ustaz sebelum mengadilinya.
Ana pun macam abg ana juga, Ustaz Muda, tapi kami memang benar-benar ingin menegakkan yang ma'ruf dan nahyu munkar. InsyaAllah...
Abg...tahniah..topik ni menarik...lain kali cerita tentang ulama' pulak ye...ada jgk yang maki ulamak...apa kes???
hehe...ok...sekian dulu komen adik...jumpa lain kali ye...
teruskan perjuangan jihad melalui tinta..Allahuakbar!!!
11:33 PM
salam...
trbaca tranungkite pastu trnampak artikel ni...
sy tak mengiyakan atau menidakkan tapi apa yg org2 ckp tu ada betulnya.
trdpt ustaz yg menganggap agama hak eksklusif dia shj, walaupon dia tidak kata begitu ttp cara dia mengkritik(kdg2 kutukan dan tomahan diikuti oleh gelak tawa hadirin)org lain semacam itulah maksudnya.
tomahan serta kritikan pd sy ada bezanya. jd ini adalah satu cabaran kpd ustaz2 di malaysia.
Post a Comment