Thursday, November 30, 2006

JAGA PEKSA I : PEMERHATIAN RINGKAS SEORANG PENGAWAS...

18 ulasan
Salam sahabat blog...

Ermm... hari ni ustazmuda nak berceloteh sikit berkaitan periksa. Maklumlah tahun ni ustazmuda mengawas periksa di dua buah sekolah berbeza. Berbeza suasana berbeza cerita. Berbeza juga peksanya. Hehe. SMK Triang SPM... dan SMK. Seri Bera PMR. Sahabat-sahabat di Daerah Bera pasti tak asing dengan 2 buah sekolah ni...

Oklah, kenapa ustazmuda cakap sekolah ni berbeza sungguh??? Ya!!! SMK Seri Bera kira sekolah terpilih, (elit) dalam daerah Bera ni dan hampir 100% calon PMR 2006 ni adalah Melayu kecuali seorang pelajar asli. SMK Triang pula, calon SPM seramai 205 dan hanya 14 orang sahaja calon Melayu Islam dan 20 orang calon India... selebihnya Cina. Tentu sekali berbezakan??? Berbeza cerita, berbeza budaya berbeza segalanya... Kantinpun Cina. Aiyyoo!!! mau makanpun susah maa...

Cuma satu persamaan antara calon PMR dan calon SPM di dua buah sekolah ni... tahu apa??? Erm... hampir 100% calon menjawap soalan Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu. Tak kiralah pelajar Melayu di sekolah terpilih ke... pelajar Cina atau pelajar India. Mereka tetap memilih Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu. Tahniah.

Tulisan ini, bukanlah artikel ilmiah. Ia hanyalah sekadar permerhatian ringkas sebagai seorang pengawas di dua buah sekolah yang berbeza melalui cara menjawap di kertas peperiksaan sahaja. Samplenya hanya calon-calon PMR dan SPM. Kajian tidak rasmi. Kebetulan juga semasa PMR, peperiksaan berjalan di dewan dan dapatlah ustazmuda round habis setiap pelajar. Manakala di SMK Triang ni peperiksaan dalam kelas. Dan kebetulan ustazmuda hanya runner semasa kertas Matematik dan Sains...

Tahu runner??? Bagi mereka di alam pendidikan pasti tahu. Biasanya pengawas peperiksaan ni lebih seorang dari bilik kelas yang disediakan. Kalau sekolah tersebut 8 kelas peperiksaan pengawas mesti lebih dari lapan mungkin 9 atau 10 orang. Jadi seorang atau dua sebagai runner yang bertugas jenguk setiap kelas dan mungkin menggantikan pengawas yang ada hal atau nak ke tandas... Kesempatan yang ada tu, ustazmuda buatlah pemerhatian calon. Jenguk setiap pelajar. Lihat bagaimana mereka manjawap... nak pastikan jawapan dalam BI atau BM. Kira semua kelaslah ustazmuda ronda... dari kelas A sampailah kelas yang last.

Kelas A di Smk Triang ni hanya dikuasai oleh pelajar Cina... (100%) Tak pastilah samada memang disusun begitu atau memang tiada pelajar Melayu atau India yang layak berada dalam kelas A... namun apa yang penting semua pelajar tak kira kelas A atau kelas last semuanya menjawab dan membaca soalan dalam Bahasa Melayu. Ustazmuda tak pasti samada kes ni sekadar kebetulan je atau memang fenomena yang sama di seluruh Malaysia. Kalau memang inilah keadaannya... berat!!! Harap, ia hanyalah kes terpencil, maklum ajelah sebuah daerah yang terpencil di Negeri Pahang... Bera. Kalau sebutpun ramai yang tak tahu. Yang mereka tahunya Tasik Bera je nun jauh dalam hutan. Lainlah dengan kawasan lain yang berabuk Bahasa Inggerisnya...

Lepas je siap peksa, ustazmuda ambik masa sikit sembang-sembang. Tanyalah camne ngan peksa, ok ke? senang ke? susah ke? Jawapan pastilah pelbagai... Dan tanya sekali kenapa tak jawab soalan dalam Bahasa Inggeris??? Macam-macam jawapan ada... tak yakinlah, memang tak pandailah, rasa tak selesalah... Skrip jawapan hampir sama antara Melayu Cina dan India... Buat letih pengawas-pengawas mengangkut soalan je. Hehe. Dahlah beratnya soalan dwibahasa tu... satu soalan sampai dekat 60 halaman. Berat wei nak angkut sampai tingkat 3. Erm... tapi takpe demi anak bangsa. Demi pencapaian cemerlang dalam Bahasa Inggeris... Kami bersedia.

Apa yang ustazmuda bimbangkan satu je... yang dikejar tak dapat yang di kendong duk berceceran. Tu aje. Kalau dapat dua-dua alhamdulillah. Bimbangnya Bahasa Inggeris makin teruk... Sains matematik lagilah pulok. Ke gone sahabat??? Dapat satupun kira ok juga. Kalau dua-dua berterabur??? Beratlah jawabnya untuk anak bangsa kita. Atau mungkin mereka lebih selesa kerana mereka masih lagi punya pilihan bahasa untuk menjawab. Masih ada pilihan antara Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Biasalah kadangkala kita ni bila diberi pilihan kita akan memilih mana yang lebih selesa untuk kita. Tunggu dan lihat di 2008 produk pertama sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris..

Pemerhatian ini juga tidak boleh diambil kira sebagai kegagalan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita. Seperti yang ustazmuda katakan tadi, pemerhatian terlalu rambang dan terpencil. Cuma hati je rasa nak kongsikan dengan sahabat semua dan fikirkan??? Lagipun generasi 2006 bukanlah generasi yang betul-betul belajar 100% dalam Bahasa Inggeris. Insyaallah hasil sebenar akan dapat kita lihat pada 2008. Generasi pertama yang tidak lagi mengenal satu dua dan tiga... tetapi lebih tahu One Two Three dan Four... jangan One Two Ka Four dah??? hehe. Generasi yang akan mengadap soalan yang hanya dalam Bahasa Inggeris sahaja. Tiada lagi dwibahasa... Mampukah mereka memuntahkan jawapan yang setara???

18 ulasan:

sahrunizam abdul talib says:
9:41 PM

Hidup BAHASA MELAYU! Dah habis air liur cendekiawan berbicara tentang isu ini. Bermacam sidang, seminar, kongeras dan entah apa nama lagi memperkatakan tentang hal ini. Malang sekali penunggu kerusi empuk mungkin tidak punyai perasaan.

Tahniah, sesekali ustaz berbicara tentang isu bahasa meremangkan bulu roma saya.

Tahun depan kami didera bercakap bahasa Inggeris di hadapan pelajar. Bayangkan.............

ayu_mkay says:
10:45 AM

bahasa jiwa bangsa... ye ke? yelah gaknya tapi klu org melayu ckp omputih takkan jiwa dia keomputihan kotttt... takk... sekadar menyahut seruan...

apa pun salam perkenalan dr saya :)... mekasih sudi dtg ke 'umah' saya.. dtg lagi ekkkk.. kita kongsi dlm meluahkan & sembang2..

iEn says:
1:16 PM

selamat menjalani pengawasan yaa ustat :D

Anonymous says:
2:21 PM

Soal Bahasa..
Nak kongsi sedikit dengan semua.. kebetulan saya, masih ada adik di sekolah menengah insyaAllah akan menduduki SPM thn depan..
Pernah baru bulan lepad rancangan Selamat Pagi Malaysia memebicarakan soal pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris...kebetulan menonton rancangan tu dengan adik, saya bertanya "dik, adik setuju tak math tu di ajar dalam bahasa inggeris?"..nak tau apa jawapan adik saya? entahlah kak, rasanya kerajaan kita terlalau kaya. saya terdiam sebentar. kenapa dik? akak pernah tak tengok soalan exam adik? dalam fikiran saya, saya dah tau apa yang bakal dilafazkan oleh adaik kesayangan saya tu. kata adik lagi.."bukan ke pembaziran namanya kalau buat soalan dwibahasa. kalau sungguh nak ajar dalam bahasa inggeris, hah jgn buat dwibahasa buat bahasa inggeris je.itu baru merealisasikan impian sebenar kerajaan.ini tidak nak jugak buat dwibahasa bila org kata tak setuju, banayak betul alasan dan fakta yang kerajaan keluarkan.hakikatnya kak, kerajaan takut nanti orang melayu hilang kuota nak ke Universiti sbb tu buat soalan dwibahasa.kalau buat soalan sepenuhnya dalam bahasa inggeris,berapa kerat je kak yang score? akak setuju tak? saya hanya senyum. tapi jauh dalam lubuk fikiran yang terbatas ni saya akui apa yang adik saya cakap, sebab rata2 semua universiti memerlukan kredit matematik sebagai syart am kemasukan.jadi bersama kita fikirkan, usah kita takut pada bayang2 kita...kalau nak buat anjakan pradigma..jgn takut risiko..kalau takut risiko cari penyelesaian yang selamat dan aplikasikan.sekadar pandangan. wallahu'alam

AKMA says:
6:33 AM

Manusia tidak mungkin menguasai sesuatu tanpa paksaan. Itu fitrah manusia. AKMA mungkin mempunyai pandangan berbeza berhubung Bahasa Inggeris dalam pendidikan di Malaysia. AKMA mungkin menyonsang arus majoriti tetapi mengalami sendiri peritnya mendalami ilmu dalam bahasa asing mengajar AKMA akan pentingnya bahasa itu. Berusahalah anak Melayu!

khairul najmi yusof says:
4:25 PM

assalamualaikum.
nie komen seorang pelajar yang memang menghadapi proses P&P maths dan science dlm b.ingeris.
sebenarnya P&P dlm b.ingeris tu ada faedahnya. macam dulu b.ingeris sy memang teruk tapi sekarang alhamdullilah penguasaan b.ingeris sy makin bertambah baik bahkan sy juga mendapat keputasan yg cemerlang dalam b.melayu. ini satu pencapaian seorang pelajar sekolah luar bandar. lagi satu banyak perkataan dalam science dan maths dicedok dari b.ingeris jadi lebih elok P&P dlm b.ingeris. b.melayu tak menjadi masalah sebenarnya andai kata pelajar menguasai kedua-dua bahasa dengan baik. yg mnjadi masalah sebenarnya slanga b,melayu yg digunakan di rumah smpaikan kdg2 pelajar terbawa ketika memjawap soalan peperiksaan.
Untuk memansuhkan proses P&P maths dan science dlm b. ingeris adalah satu langkah yg terbukti sudah lewat kerana kita sudah melangkah ke hadapan tak guna untuk berpatah semula lagipun kerajaan sudah mengeluarkan banyak dana untuk buku teks, program kursus untuk guru-guru, komputer riba dan CD yg digunakan dlm proses P&p di dalam kelas.
langkah yg patutnya adalah pelajar dan guru berkerjasama dlm proses P&P untuk memastikan pelajar dan guru dapat manfaat dari kaedah ini.
Kpd sahrunizam (sy kira saudara bakal menjadi seorang pendidik dan pengajar) sebenarnya saudara tidak didera tetapi itu tanggungjawap saudara bila masuk ke dalam bidang perguruan ini.
=pandangan seorang pelajar kumpulan pertama yang mengunakan b.ingeris dlm proses P&P maths dan science=

Anonymous says:
7:06 PM

ustazzmuda, tumpang lalu...

Setuju dengan akma dan tak faham analogi putrajaya@putaralam.

Belajar M3 & Sc dlm BI tidak mengurangkan kepentingan BM. Kepujian BM dan Pend Agama/Moral masih menjadi syarat utk mendapat biasiswa JPA.

Fasih berkomunikasi BI dalam bidang sains dan matematik (nak senaraikan bidang spesifik terlalu banyak cukup beberapa contoh spt perubatan, IT, perniagaan) membolehkan anak Malaysia (baca Melayu) berani melangkah jauh ke dunia globalisasi - dari segi menambah kepakaran atau business venture.

Contoh mudah: Seorang doktor lepasan UKM awal 80an (menduduki SPM aliran Melayu) kekal sebagai general practitioner di bandar kecil - tidak berani menambah kepakaran kerana kurang fasih BI.

Malaysia tidak boleh berpuas hati dengan jaguh kampung sahaja, kita mesti menyediakan prasarana yang sesuai bagi generasi muda menghadapi dunia yang semakin mencabar.

Bunga Rampai says:
12:56 PM

Assalamu alaikum Ustazmuda,

Amat menghargai kunjungan Ustaz ke teratak sepi saya tempoh hari.

Sistem pendidikan kita sering berubah, mangsanya anak-anak juga.

Orang-orang kat atas sana, perlu juga periksa bahasa hati :)

Anonymous says:
5:19 PM

Erm...saya ternanti2 respon tuan rumah terhadap respon2 tetamu ni :))

khairul najmi yusof says:
6:29 PM

BUAT PUTRAJAYA,
SAYA TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK BAIK KERAJAAN MAHUPUN PEMBANGKANG. INI ADALAH SUARA SEORANG PELAJAR YANG MENGUNAKAN B.INGERIS DALAM MATEMATIK DAN SAINS.
TIDAK DINAFIKAN KEPUTUSAN BAGI KEDUA-DUA SUBJEK TERSEBUT PADA PMR TAHUN LEPAS MENURUN. KITA SEPATUTNYA PERLU LIHAT 10 AKAN DATANG SEWAKTU PARA PELAJAR KUMPULAN PERTAMA INI MENEMPUH ALAM PERKERJAAN.
SAYA MEBERIKAN PANDANGAN DARI PEMIKIRAN LOGIK SEORANG PELAJAR YANG MASIH BELAJAR DAN MASIH MENTAH. CUBA SAUDARA BAYANGKAN ANDAI KERAJAAN BERSETUJU UNTUK MEMANSUHKAN PENGUNAAN B.INGERIS UNTUK SUBJEK SAINS DAN MATEMATIK INI AKAN MEMAKSA SEMUA BUKU TEKS YANG DIKELUARKAN DALAM VERSI B.INGERIS AKAN DITUKAR DAN BUKU BARU AKAN DIOLAH. SEMUA TINDAKAN INI AKAN MEYEBABKAN KERAJAAN MENGELUARKAN DANA YANG BANYAK UNTUK TINDAKAN ITU. ALANGKAH BAGUS DANA ITU DIGUNAKAN UNTUK PERKARA LAIN MISALNYA MEMBANTU PELAJAR YANG MISKIN.
LAGI SATU PERKARA ANDAI PENGUNAAN B.INGGERIS DIMANSUHKAN INI BETUL-BETUL MEMPERLIHATKAN KAMI PELAJAR PERTAMA YANG MENGUNAKAN B.INGGERIS SEPERTI SEKUMPULAN TIKUS MAKMAL YANG HIDUPNYA DIGUNAKAN UNTUK UJIKAJI. LAGI SATU BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS TULEN(PURE SCIENCE) AKAN BELAJAR SATU SUBJEK IAITU EST(ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY) DALAM SUBJEK INI PELAJAR AKAN MENGUNAKAN PERKATAAN SAINTIFIK DARI SEMUA CABANG SAINS TULEN DI DALAM ESSAY MEREKA DENGAN MEMPELAJARI KETIGA-TIGA CABANG SAINS INI DI DALAM B.INGGERIS INI AKAN MEMUDAHKAN PELAJAR MENGGUNAKAN PERKATAAN ITU KERANA TELAH MEMPELAJARINYA.
DI SINI SEKLAI LAGI SAYA KATAKAN SAYA ADALAH PELAJAR BERUSIA 16 TAHUN BELJAR DALAM TINGKATAN 4 TAHUN INI DAN KUMPULAN PELAJAR PERTAMA YANG MENGGUNAKAN B.INGGERIS DALAM SAINS DAN MATEMATIK SEJAK TINGKATAN 1.

Anonymous says:
9:53 PM

Y. Bhg. Tuan Haji,

Tidak ada sesiapa pun orang yang waras membantah orang lain belajar bahasa asing samada Arab, Inggeris , Latin mahu pun Jawa.

Yang dipetikaikan kaedah pembelajaran. Saya ulang kaedah pembelajarannya.

Bak kata orang tua-tua, lain yang sakit lain yang dibebat.

Jika BI lemah, kaji cara / kaedah pembelajarannya. Betulkan mana-mana "skru" yang longgar bukannya dengan menambah beban pada anak-anak kita seawal 7 tahun.

Zalim. Kita membunuh semangat belajar mereka seawal umur itu. Bukankah mudah memahaminya dengan bahasa sendiri.

Kalau orang Melayu keadaan sosio ekonominya setara dengan masyrakat melayu di Shah Alam, Subang Jaya, Kelana Jaya tak apalah. Mak/ayah mampu hantar tuition.

Bagaimana budak Gua Musang, Jengka....sekadar mahu tahu asas Sains /maths pun mereka disekat, minat mereka dibunuh. Maka tetap mundurlah mereka.

Kalau Y. Bhg. Tuan Haji pernah ke Eropah terutamanya Belanda dan Sweeden tuan akan terkejut apabila mereka lebih fasih englishnya dari Briton sendiri.

Bahasa ibunda tetap disanjung, menu dalam bahasa mereka, papan kenyataan. Cuba bandingkan dengan negara kita, rasa seolah berada di UK lebih teruk macam di Hongkong pulak.

Y.Bhg. Tuan Hj cuba bayangkan Sweeden dengan penduduk 8 juta boleh menghasilkan produk terkenal seluruh dunia VOLVO, ERICSON, IKEA sedangkan India dengan penduduk 700 juta tiada satu pun produk terkenal.

Soalan saya mengapa??

Orang Sweeden berkarya di dalam bahasa sendiri. Minda mereka tidak tertawan di dalam perangkap Bahasa Inggeris.

Sedangkan India minda mereka tertawan maka mereka berfikir secara Inggeris. Minda inovasi mereka tertutup.

Jadi kesimpulannya : Masyarakat maju, inovasi, kreatif hanya lahir dengan menggunakan bahasa sendiri.

Masih sangsi, Y. Bhg. tuan Haji senaraikan semua brand terkenal kemudian lihat negara mana/ bahasa apa mereka pakai.

Selamat mencuba!

Anonymous says:
11:21 PM

Pengalaman saya belajar sains dalam bahasa melayu.. cikgu sekolah saya tak pernah menerangkan apa erti sekunder & primer semasa menerangkan tentang warna... bila dah pandai bahasa Inggeris barule tahu primer tu maknanya primary, sekunder maknanya secondary..

Pengalaman belajar programming kat UTM.. langsung tak paham bila baca buku melayu.. lagi mengusutkan contohnya... istilah 'diumpukkan' (assigned) dll.. last sekali beli buku inggeris tulisan prof uni malaya, dapat skor A.

Saya tak sokong ajar math & sains dlm bi, tapi saya juga menggesa agar istilah inggeris dikekalkan di samping istilah melayu untuk memberi lebih kefahaman.

Sepupu saya nak ke jepun buat engineering, kena belajar math dalam bahasa jepun, walaupun dia skor masa spm.

sepupu wife saya cikgu bahasa inggeris tapi pening kepala ajar bebudak subjek english for sains & technology (bukan pelajar je pening)

Kawan saya cikgu bahasa inggeris kantoi masternya (bidang it) yang diajar dlm bahasa inggeris.

Bahasa hanyalah alat utk mendapatkan ilmu. Tak kira dengan apa bahasa, ilmu itu akan dapat digali kalau kita menguasai bahasa.

Ulama islam silam terpaksa mempelajari bahasa yunani utk menterjemah buku-buku ke dalam bahasa arab.

Tingkatkan mutu pembelajaran bahasa inggeris tetapi jangan gadaikan nasib pelajar.

Anonymous says:
10:36 AM

Pengajaran sci dan maths dlm english adalah rancangan jangka masa panjang.

Kalau kita x nak bangsa kita tercicir dalam pembangunan and dalam teknologi, kita mesti kuasai bahasa english. BM sekarang hanya digunakan kat gomen ofis, tu jer. Cuba masuk swasta, boleh tergelak tgk anak melayu yg baru keluar U tergagap2 ckp english. Padahal Cina and India, senang jer kuasai bahasa english and at the same time, mereka juga fasih berbahasa cina dan tamil.

So belajar maths and sci dlm eglish x semestinye kita x martabatkan bahasa melayu. Lagi banyak bahasa yang kita kuasai, lagi bagus. Simple as that.

Masalah pertama kat sini ialah kebanyakan guru x berkebolehan mengajar dlm English, bersifat -ve dan tidak memberi galakan kepada students untuk belajar english.

Saya masa baru masuk U, terkebil2 sebab semua buku rujukan dlm bahasa english, lecture pun dlm bahasa english, exam dlm bahasa english. Kan senang kalau penguasaan diberi sejak sekolah rendah lagi?

Sampai bile kita nak terbuai dgn mimpi indah yg kita boleh capai semuanya dlm BM sahaja?

Wake up and face the realiti....

Maaf kalau ada pihak tersinggung.

khairul najmi yusof says:
1:33 PM

MY 2 CENT WORTH SAYA SOKONG PENDAPAT SAUDARA. INI SEMUA ADALAH PELABURAN JANGKA MASA SEBAGAI CONTOH PADA TAHUN INI KITA MEMBELI SEBIDANG TANAH DENGAN HARGA RM10,000 TETAPI DALAM JANGKA MASA 10 TAHUN TANAH ITU AKAN MELAMBUNG BERLIBAT KALI GANDA DARI HARGA SEBENAR DAN INI YANG DILIHAT OLEH PIHAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

Anonymous says:
10:07 AM

Saya ni bukan pandai bagi komen pun saje je lebih nak bertanya je.... kot2 kat luar sana ada pelajar lulusan jepun....mungkin boleh menjawab atau betulkan persoalan saya ni..

Sepanjang pengetahuan saya yang singkat ni, Orang Jepun terkedepan dalam penguasaan teknologi...
Namun begitu, Orang Jepun ni masih sangat berbangga dengan bahasa ibunda mereka.... mereka tak kisahpun (segelintirnya) tak tau berbahasa Inggeris tapi boleh maju jugak....kadang-kadang tengok kalau keluar tv diaorang berucap (ada penterjemah) yang dilantik....

Macamana yer.... apakah dengan menguasai bahasa Omputih saja kita boleh maju...?

Anonymous says:
9:41 AM

Star >> Terima kasih atas sokongan saudara.

Putrajaya >> Saya hormati pandangan saudara. Namun setiap orang ada pandangan masing2. Kita tidak boleh hanya mengupas sesuatu isu hanya dari satu sudut sahaja. Kalau ramai pelajar tercicir dalam pnp dlm BI, kita kena mengkaji di mana silap sistem ini dan perbaiki apa yang betul, bukan terus membatalkan sistem tersebut.

Ummufaruqi: Memang jepun mengagungkan bahasa ibunda mereka, tapi itu adalah keadaan 10 thn yang lampau, sebagai bekas pekerja syarikat Jepun, jelas bahawa Jepun kini cuba melepaskan diri mereka dari barrier bahasa mereka, kerana mereka mendapati mereka tidak competitive dlm pasaran antarabangsa, terutamanye apabila mereka melabur di negara lain.


Apa2 yang kita komplen disini, tidak akan membuatkan kerajaan mengubah sistem, kan lebih baik kalau masa yang ada digunakan untuk mendidik anak bangsa untuk menyediakan mereka di masa hadapan?


Saya tidah arif agama, Kita semua baca Al_Quran dalam bahasa Arab kan? Kenapa tak baca dalam bahasa Melayu? Kan itu bahasa Ibunda kita? Sebab kita tahu maksud yang terjemah dari Arab ke Melayu akan lari. Dan pahala yang kita dapat dgnmembaca dlm bahasa Arab lagi baik, lagi afdal.

Perkara yang sama juga dalam bidang Technology, hanya mereka yang betul bergelumang dengan karier mereka dalam bidang teknologi akan memahami masalah penterjemahan bahasa Inggeris ke bahasa MElayu ini. Fakta yang nak disampaikan, tak tercapai sebab kekurang istilah dalam BM. Nak gunakan istilah pinjaman? bukankah hakikatnya, istilah pinjaman itu pun dari bahasa Asing?

Jadi, saya akui, mereka yang tidak terlibat secara langsung dlm bidang teknolgi , agak sukar bagi mereka untuk menerima cadangan kerajaan ini, sebab mereka hanya memandang isu ini dari satu sudut sahaja, iaitu peratus kelulusan budak melayu dlm peperiksaan, dan saya tidak salahman mereke, sebab memnag sistem pendidikan kita exam oriented, bukan nak mendidik tapi nak score semua A. And banggakan diri kalau keluar muka dlm paper kalau dpt straights A. It is very sad indeed!.

Wassalam.

Anonymous says:
5:50 PM

"PENDIDIKAN" ADALAH SATU PELABURAN YANG TIADA RUGINYA. MELALUI PENDIDIKAN KITA DAPAT MERDEKA. SAYA CUMA MEMETIK KATA-KATA PIHAK BRITISH KETIKA MEREKA HENDAK MEMULAKAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYA :BERILAH MEREKA ILMU DAN BIARKAN MEREKA MENJADI LEBIH DARIPADA IBUBAPA MEREKA TETAPI JANGAN BAGI LEBIH KERENA MEREKA AKAN MEMBERONTAK"(MAAF KALAU PETIKAN INI TIDAK BETUL)

Anonymous says:
8:50 PM

assalamualaikum sahabat uztaz muda
mmg la..lain sek lain la.. ragam tapi setiap ragam atau perkara yang dilakukan mesti mmpunyai peribadi yang tersendiri he..he,macam ustaz muda juga???