Salam sahabat blog...
Semalam ustazmuda ditegur oleh dua orang sahabat melalui YM ustazmuda. Katanya tertarik dengan beberapa artikel ustazmuda. Alhamdulillah. Syukur... kalau artikel ustazmuda dapat memberikan suntikan semangat dan motivasi. Dalam borak-borak ni banyak cerita yang timbul dan kebetulan pada keduanya isu yang sama. Cerita tentang kahwin.... cerita tentang restu... cerita tentang nafsu... Ingin bersama dia tapi halangan keluarga. Yang seorang dah kerja yang satu lagi masih belajar nun jauh di luar negara... Hubungan sudah terlalu rapat hingga tidak tertahan gelojak rasa. Namun... syukur padaNya kerana masih belum terlalu jauh terlanjur.
Rasanya dengan intro di atas mungkin sahabat telahpun paham duduk cerita. Terus terang aja... kisah ingin berumahtangga tapi halangan keluarga. Tiada restu ibubapa. Bukan kisah dongengan tapi cerita berzaman dengan pelbagai alasan. Mungkin juga cerita antara dua darjat... kalau takpun ibu mertuaku bak kata P. Ramlee.
Apa yang ustazmuda katakan ni, pasti akan menimbulkan polimek pandangan pro dan kontra setuju atau tidak. Apapun ustazmuda gembira kiranya artikel ini sekurangnya dapat membuka minda kita betapa bejatnya gejala di luar sana. Betapa kritikalnya anak muda kita tersepit antara menjaga iman dan kehendak nafsu bermaharajalela. Nafsu yang didorong sepenuhnya oleh massa. Massa yang disokong sepenuhnya oleh mereka yang bergelar penguasa.
Argh... Rasanya persoalan ini seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Mampu atau tidak berdasarkan kebijaksanaan kita berperanan. Bagaimana kita menarik rambut tersebut agar tepung itu tetap diam membisu tanpa serakan yang bisa menggoyahkan keadaan. Putus atau tidak berdasarkan cara kita menarik. Kitalah yang berperanan... ustazmuda paham perasaan anakmuda. Gelojak rasanya tidak terkawal. Bahananya menikam ke seluruh jiwa. Berat tanggungannya. Andai tersilap punah segala.
Ingin bersama... tapi tiada restu!!! Hanya kerana masih bergelar seorang pelajar. Hanya kerana masih belum bekerja. Bekerja dalam ertikata kepahaman kita, keluar pagi pulangnya malam dan hasil dituai di hujung bulan. Itulah kerja yang sinonim dengan kita. Berseluar slack berpakaian kemas bertali leher membimbit briefcase... selagi itu belum tercapai usah pikir pasal kahwin??? Keras bunyinya tegahan keluarga. Salahkah mereka??? Mana mungkin keluarga tidak ingin melihat anaknya bahagia bukan???
Pada sahabat yang dalam dilema seperti ini, cubalah sedaya mungkin, carilah pilihan yang terbaik. Mujahadahlah mendekatkan diri pada Allah... Ingat akan pesan baginda Rasul 'perbanyakkan berpuasa'. Sabda baginda sesuatu yang pasti. Pasti puasa akan melemahkan segala nafsu syahwat untuk bergerak bebas... Mungkin mengungkapnya terlalu mudah... pahit bagi sahabat menerimanya, namun yang pahit selalunya penawar mujarab. Belajarlah menerima sesutu ujian dengan redha dan penuh penyerahan pada Yang Esa. Insyaallah pasti akan dibantuNya.
Munajatlah padaNya siang dan malam... terbaik di pertiga malam. Pohonlah moga dilembutkan hati pada semua lantas dipermudahkan segala urusan. Jangan terlalu gelojoh dalam membuat keputusan... Ya, sahabat pernah perkatakan segala hanya kerana menyelamatkan diri dari terjerumus lebih jauh dalam sangkar noda dan dosa. Ingatlah sahabat akan apa yang diperkatakan baginda Rasul " Sesungguhnya Redha Allah pada keredhaan kedua ibubapa..." Maaf, kalau mungkin semalam dikala kita berbicara berdua... ustazmuda seolah mengiyakan pilihan terakhir sahabat untuk mengikatnya jauh dari keluarga atau apa yang kita katakan sebagai kawin lari... tapi hari ini berat sungguh hati ustazmuda mengiyakan. Mungkin itu bukan satu keputusan tepat sekadar menurut kata hati muda sahabat. Sungguh!!! hati terlalu berat walau sebagai pilihan terakhir. Usahakanlah agar peristiwa itu tidak akan berlaku. Usahakan...
Ingat, usahlah kita bergembira dikala ada mereka yang menangis keciwa. Apatah lagi mereka yang pernah bersusah payah membawa kita kehulu ke hilir berbulan lamanya. Betapa berat tanggungan itu... tak mungkin untuk kita membalasnya walau dengan apa cara sekalipun... argh untuk mengeluarkan kita ke dunia inipun bagaikan satu peperangan dengan maut. Antara hidup dan mati. Ya, mereka terlalu kuat dan kita lahir ke dunia kerana kekuatan itu. Kekuatan yang hanya ada pada seorang yang bernama ibu.
Ingatlah, perkahwinan bukanlah kebahagiaan kita berdua... tetapi perkahwinan penyatuan dua keluarga. Kegembiraan bersama... Perkahwinan adalah kerana kehambaan padaNya, bukanlah sesuatu yang berasaskan nafsu semata. Ya, kita lari dari maksiat dan nafsu serakah yang haram pada kehambaan kepadaNya... maniskah kehambaan itu dengan melukakan mereka yang pernah memberikan kita sebuah kehidupan??? Maniskah...
Ya, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kalaupun pilihan itu berlaku juga... bersegeralah mengadap pada kedua... pohonlah keampunan pada mereka dan pohonlah restu keduanya. Pohonlah. Diam membisulah atas segala leterannya... kuncikan mulut dari mengatakan walau sepatah kata... sabar dan tabah dengan segala apa yang diperkatakan... akur akan kesilapan yang telah dilakukan. Insyaallah pasti mereka akan terbuka menerima kembali. Pasti... Tunjukkan sikap yang terbaik, sebagai anak yang masih mampu memberikan perkhidmatan terbaik walaupun telah menerima tanggungjawab yang besar... sebagai anak yang taat setia pada keluarganya. Sahabat mampu...
Pada sahabat yang punya anak muda remaja... ustazmuda ingin memberi pesanan, walaupun mungkin ustazmuda bukanlah orang yang tepat memberi pesanan kepada mereka yang lebih dulu makan garam dari ustazmuda. Pada mereka yang bergelar ibu dan bapa... zaman kita dan zaman mereka berbeza. Ya, untuk menyebut kalimah kahwin itu sendiripun kita malu. Bahkan untuk menemui seorang perempuan pun agak sukar. Anak-anak dara tika itu setia di dalam rumah. Mengenali suami hanya pada saat diijabkabulkan... Mungkin itu suasana kita. Tidak kini. Perubahan masa menjadikan budaya kita jauh berubah... anak-anak kita lepas bebas. Perempuan dan lelaki. Saling mengenali bercampur mesra... itulah realitinya.
Sesungguhnya pada ibubapa yang anaknya nun di luar sana... di negeri yang tidak pernah kenal sempadan lelaki dan perempuan. Di negeri yang sesiapapun tidak peduli dengan siapa anak kita tinggal... tidak ada yang menjeling kalaupun mereka bercampur tanpa sempadan. Yang ada hanya segenggam iman yang memisahkan antara hak dan batil... itulah kekuatanNya. Sewajarnya kita bersyukur tunduk dan gembira andai anak kita masih punya pegangan untuk hidup dalam suasana halal yang diredhai olehNya. Bantulah mereka dalam usaha menyelamatkan keimanan. Mogakan terselamat dari rencam dunia yang penuh kemaksiatan. Inginkah kita melihat mereka bergelumang dalam dosa dan noda yang tidak berkesudahan??? Pilihan di tangan kita... Insyaallah dengan ilmu yang ada mereka mampu untuk menunaikan tanggungjawab tersebut. Mereka mampu... yakinlah.
Ingatlah, diluar sana mereka boleh berbuat apa sahaja tanpa pengetahuan kita, mereka bebas sebebasnya, namun kerana sekelumit iman yang ada masih mampu untuk mereka pertahankan. Bangun dan bantulah mereka agar tidak rebah dalam pelukan dunia yang menghimpit. Bersyukurlah kerana punya anak yang masih tahu menilai kaca dan permata... Ya!!! mungkin kita mengharapkan sesuatu atas pelaburan yang telah kita keluarkan, atas kejayaan anak tercinta. Pada ustazmuda, kalau harapan itulah yang kita letakkan... sesuatu yang kita inginkan sebagai imbuhan dari satu amanah Allah. Kita perlu bermuhasabah... Ingatlah, membesar dan memberi ilmu pada anak-anak merupakan kewajipan dan amanah yang ditetapkan olehNya... Amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah di sana nanti. Cukuplah dengan hasil yang akan kita tuai di sana nanti.
Usah dirisaukan, pastinya... anak-anak yang terdidik dengan amanah ilmu akan sedar dengan sendiri kewajipan itu. Pastinya mereka akan kenang pengorbanan orang tua tanpa dipinta. Mereka membantu tanpa diminta... Pasrahlah pada ketentuanNya.
P/s : Pada sahabat yang ustazmuda maksudkan... kemaafan ustazmuda pohonkan andai warkah ini mengguris hati kalian... moga ukhuwwah yang bertaut akan terus berkembang mekar. Amin.
Saturday, December 02, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 ulasan:
10:26 PM
Salaam Ustazmuda! Berjauhan dari keluarga dperantauan d mana sekelilingnya tidak endah akan halal haraam adalah sesuatu yang amat mencabar! teman pernah merasai ketika belajar d luar negara. yang kurang iman, memilih bersama persis suami isteri. tak kira bersama yang islaam atau pun yang bukan seaqeedah.
hanya kawan-kawan menjadi pemerhati. bila dtegur (dengan baik), melenting. yang sedihnya bila dlapur pada orang tua d tanah air, kita pula dsergah - jaga tepi kain org! penaja pula tidak banyak membantu - melarang pelajar bernikah (kahwinnya dah ramai dah!).
dunia!
dperantauan.com
7:40 AM
a'kum w.b.t
saya baca artikel ni sekali imbas je so kalau salah komen tu minta maaf la ye...
ya..memang bila nak kahwin ibubapa akan kata..
a)abiskan belajar dulu
b)cari keturunan yang baik (lebih kepada kena sama keturunan, darjat mau sama la beb, bukannya sebab agama)
saya kalau part a tu mmg saya sokong 100 %...betul..abiskan belajar dulu (tapi kalau dah jodoh kawen je la)..sebab bila kahwin ni konsestrasi kita kan terganggu..mana nak jaga bini la, sumai la..ermm susah tu
tapi kalau part keturunan nie ermmm
minta maaf la kalau sapa terasa..selalu jadi kat keluarga yang claim diri tu datang dari nasab Rasulullah s.a.w...kalau tak dtg dari keturunan tu haa siap la terutama perempuan..jgn harap dapat kawen dengan jejaka idaman (walaupun jejaka idaman tu ada akhlak yang baik)...
tapi segelintir je la yang buat perangai camtu....
sekarang dah tak ramai perangai camtu...parents dah tak kisah sgt pasal keturunan nie..yang penting pegangan agama yang..ikut Quran dan Sunnah betul²..cukup..sebab bila pegang dua² tu..insyaAllah..hidup terjamin...
cuma yang tak dpt kahwin dengan orang pilihan...nak buat mcm mana...taatlah kepada ibubapa...syurga menanti anda...
buat ibubapa jgn la terlalu mementing darjat, harta, keturunan..Rasulullah pernah berkata walaupun seseorang datang dari keluarganya tapi kalau amal ibadat tak mencukupi jgn harap dapat masuk syurga kerana semata-mata datang dari keturunan...so kepada yang pentingkan sgt keturunan jangan dok ek sgt...
p/s sekarang ni ramai ibubapa dah bukak minda...dah x pentingkan benda tu suma sgt dah..yang penting anak mereka selamat dunia dan akhirat..
8:03 PM
salam,
suka ngan entri ni.
saya rasa, sahabat tersebut kena berterus terang ngan famili yg keadaan hubungan mereka amat 'kritikal' bimbang akan terlanjur.mana tau kot2 parents sahabat ni blh berubah fikiran..
ramai kawan2 saya kahwin semasa belajar, hatta dpt anak pun ada, masa final exam ada yg dtg exam dlm keadaan berpantang lagi..tp itu tak menghalang mereka menjadi antara pelajar yg terbaik. bahkan setakat yg saya ingat, tak seorang pun kawan2 sekuliah saya yg berkahwin dan beranak pinak masa belajar ni KANTOI bab pelajaran.
mereka ni (suami isteri) support each other, bahkan dpt sokongan moral drp keluarga.
justeru, sahabat ust. tadi mesti menyakinkan parentsnya utk membenarkan dia berkahwin. jika tidak, anggaplah ia satu ujian menguji cinta kalian. kalau dah jodoh tu kata orang, takkan kemana..bertemu juga.
perkahwinan ni bkn setakat utk menghalalkan yg haram, tapi lebih drp itu..bukan takat menerima diri pasangan, tapi lebih drp itu.
paling penting buatlah ISTIKHARAH..adakah perkahwinan itu pilihan terbaik sekarang...
lagi satu, kalau dah terlalu kerap berjumpa, tu yg tak mustahil nafsu menggelodak jiwa apatah lagi kalau dah biasa bersentuhan, wlwpun hanya jari jemari..
jgnlah sampai kahwin lari..saya dah tgk banyak perkahwinan tanpa redha ibubapa ni, susah nak bahagia melainkan mendapat restu mereka kemudiannya. Ingatlah Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. apatah lagi ni melibatkan jodoh..
pada sahabat2 berkenaan, mohonlah banyak2 dgn ALLAH, minta DIA tunjukkan, jika benar pasangna kita itu JODOH yg TERBAIK untuk kita (sebb tgh cinta semua indah), minta ALLAH bukakan hati ORANG TUA kalian utk membenarkan perkahwinan kalian berlaku dngn redha mreka 100%, tetapi, jika ia lbh kpd keburukan, mintalah ALLAH tunjukkan kepada sahabat2..ALLAh tu maha MEndengar..insyaALLAH. tapi, bukan doa sekali dua..sebaliknya hari2 sehingga ALLAh tunjukkan jawapannya..
11:05 PM
Salam.
Sebuah entri yang cukup menyentuh hati.. Jangan pinta pada manusia pintalah pada Allah, Kalau nak minta restu orang tua, minta dulu petunjuk dari Allah, ISthikharah..adakah jalan yang bakal dipilih itu jalan yang betul, Andai itulah jalan yang ditakdirkan usah khuatir... Sesungguhnya semua hati kita dalam genggaman Allah. Rayulah pada Allah,mintalah pada Allah, yang menjadi masalah antara kita ni, dah suka sama suka, terus ke ibu bapa, Sepatutnya bila timbul rasa 'sayang atau cinta atau apa sahaja yang seumpamanya, direct to Allah lepas tu refer tu mak ayah...andai mak ayah setuju baru approach hantar pinangan..susah kalau mulakan soal perasaan tanpa merancang untuk mencari redhaNya..Sebab ramai anak muda kecundang imannya, bila nafsu menguasai dan ilmu melayang entah ke mana....sekadar pandangan
1:04 AM
assalamualaikum, saya berminat nak beri sedikit soalan berhubung pengajian formal yang dijadikan alasan ibubapa untuk menangguhkan keinginan anak untuk berkawin.
1) tak terfikirkah ibubapa tentang apa yg disebut ustaz muda?
2) mestikah 'kerja' menurut kefahaman ibubapa itu perlu selepas tamat BA serta berbentuk makan gaji (tetap) , barulah anak dikira 'layak' berumah tangga?
3) wahai ibubapa, kalau pengajian dijadikan alasan menganggu tumpuan jika berkahwin, berapa ramaikah graduan MA dan PHD di Malaysia yang memperolehi MA & PHD mereka dalam keadaan masih bujang sedangkan pengajian peringkat tersebut lebih rumit dan teliti?
setakat ini sahaja dulu, jumpa lagi..
2:07 AM
assalamualaikum ustaz muda..
bru join dlm blog ustaz nie..,dapat dr blog Zam_Phg. suka baca kisah2 dlm blog ustaz..
2:09 AM
assalamualaikum ustaz muda..
bru join dlm blog ustaz nie..,dapat dr blog Zam_Phg. suka baca kisah2 dlm blog ustaz
3:44 PM
bila belajar kata org, abihkan pelajaran dulu. bila kerja, kata org kumpul harta dulu.
d dubai ada seorg jutawan yg usahakan sekolah sendiri. by 17 tahun, grad. anak murid jadi jurutera. jadi accountant. dan boleh kahwin dah!
kata dia (saeed lootah - pengasas dubai islamic bank): sistem pendidikan dan pola kehidupan hari ini sengaja melewatkan orang dari berkeluarga. bila tamat degree dah umuq dalam linkungan 20 an. pas tu buat Masters. pas tu baru nak kerja. nak stabil. yang pompuan dah jadi andartu. yang laki baik berpeleseran. penyakit sosial pun mula. and the circle goes round!
zaman dulu, sahabat umuq 17 tahun seperti Usama dah boleh pimpin sahabat besar seperti Abu Bakar r.a.! dah boleh berpikir dan ambil tanggungjawab global.
la ni, yang umuq 17 tahun? Merempit!
dperantauan.com
11:14 PM
salam ustazmuda! i do hv a same prob.. different nya..i am alrdy grad and hv good work..same wif my bf..runsing jgak memikirkan masalah parent tak setuju nih..kalo ikut dari segi kewangan both of us lebih dari mampu..dihati memang bimbang kdg2 perlakuan kami terlebih2..memang tkt terlanjur..masalah sekarang adalah ibu bapa saya..ibu bapa di piihak lelaki dah bersetuju..dorang pun dah takde apa dendam kat hati..saya tak reti la nak berbincang..baru bukak mulut pun mak saya dah cakap anak derhaka..boleh tak bagi tau saya cara yang terbaik untuk berbincang dengan ibu bapa saya..
Post a Comment