Dalam dua tiga hari ni mood untuk menulis sebenarnya kurang, dengan kertas-kertas pelajar yang belum diperiksa, dengan tugasan duduk tercangok menunggu pelajar SPM... kerja nampak mudah, duduk aje tanpa kerja tapi merimaskan... letih lesu longlai dan bila ummi menyebut-nyebut je pasal madu dalam kehidupan ( tak perlulah ustazmuda nyatakan kenapa ummi bercerita, biarlah rahsia antara kami ) selera untuk menulis mengembang kambali. Yalah, siapa tak sukakan madu hehe. Manis! tapi awas kurangkan manis dalam minuman banyakkan manis dalam tulisan. Hehe.
Oklah, takperlu untuk ustazmuda bermain kata... biarlah ustazmuda terus pada duduk cerita. Madu yang ustazmuda nak ceritakan ni atau orang sekarang istilahkan poligami... Dengan bahasa lebih mudah lagi berkahwin lebih dari satu. Jelas tak perlu bersuluh lagi. Kisah yang membuat Si Lelaki tersenyum girang Si Perempuan mencebik masam. Ya, dalam hidup kita sering berkongsi, kita gembira berkongsi, seronok untuk kongsikan sesuatu dengan sahabat... seronok berkongsi cerita, boleh berkongsi kereta, gembira berkongsi ideal, tapi awas!!! biarlah berpisah andai aku berkongsi dia dengan yang lain... Itulah hakikat yang terkeluar dari seorang isteri bila mukaddimah ini diperkatakan. Benar atau tidak... Anda punya jawapan???
Jawapan itu sekadar andaian umum ustazmuda. Maafkan ustazmuda andai jawapan itu tersasar... Andaian berdasarkan pengalaman, percakapan, cakap-cakap tentang hidup. Tak kurang juga dari pemerhatian dan pembacaan di kolum-kolum akhbar. Memang ustazmuda tidak pernah lepas peluang membaca rintihan dan luahan hati di akhbar terutama dalam ruangan Di Celah-Celah Kehidupan ( DCCK ) hari minggu... Menarik!!!
Ya, cerita tentang kehidupan memang menarik... membuat kita geram, marah, benci, menyampah, tertawa, meluat, rindu, dendam, sayang berkecamuk dalam hati... Itulah kehidupan. Adakala berteman tawa ria tak kurang berlinangan airmata. Mungkin kerana itu, sejak akhir-akhir ini terlalu banyak cerita realiti... cerita berpijak di bumi nyata ( Benarkah realiti??? Fikir sendirilah ) atau kerana berpijak di bumi nyatakah filem-filem P Ramlee masih diminati hingga ke hari ni??? ( Al Fatihah untuk Allahyarham ) Masih ingat dengan Ibu Mertuakua, Bujang Lapok, perbezaan darjat dalam ANtara Dua Darjat. Erm... mungkin skripnyapun masih kekal dalam ingatan.
Adakala timbul juga kepelikan pada ustazmuda, kenapa agaknya kadangkala kita terus melenting bila diuatarakan dengan persoalan poligami... membalas perbincangan pun tak nak. Dari seorang yang terbuka terus tertutup segalanya... Apakah ketetapan Allah itu terlalu zalim untuk sahabat yang bernama perempuan??? Apakah agama ini terlalu mendewakan si Lelaki??? Maha suci Allah dari sifat menzalimi hambaNya. Allah maha mengetahui pada setiap kejadianNya. Ya. Maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia mengatur segala sesuatu.
Bertambah lagi kepelikan bilamana poligami dimomokkan sebagai pembawa kepincangan masyarakat. Benarkah andaian tersebut??? Berapa ramai anak-anak terabai hasil dari perkahwinan seperti ini... Atau kita bercakap sesedap mulut???... hanya kerana prejudis terhadap hukum Allah ini. Kalau inilah kita... Istighfarlah. Berapa persen sangatlah perkahwinan seperti ini... tapi ini jugalah yang kita perhangatkan??? Inilah juga yang kita perdebatkan. Betapa banyak anak-anak yang terabai hasil dari perkahwinan biasa tidak pernah kita endahkan??? Tanyalah pada mat-mat rempit, minah-minah rempit, penagih dadah... benarkah kesemuanya dari keluarga yang berpoligami??? Tentu sekali tidak!!!...
Kepelikan lagi... bila ada yang membenarkan para suami bergelumang dengan dosa dari hidup berkongsi rasa. Itukah kita??? Hak mutlak kitakah seorang suami??? Ingat... segalanya hanyalah pimjaman dari Yang Maha Esa... cinta itu tidak mutlak. Sesungguhnya cinta yang mutlak hanyalah padaNya...
Pasti Si Lelaki tersenyum tika membaca artkel ini... ustazmuda tidak juga bersama sahabat lelaki. Tidak. Cuma ustazmuda sekadar mengingatkan, agar jangan sampai kita mempersenda Hukum dan Ketetapan Allah. Itu sahaja. Untuk sahabat yang bernama lelaki... ya, sahabat boleh tersenyum lebar. Boleh... Senyumlah sepuasnya kerana kita punya hak tersebut. Cuma ingatlah!!! betapa banyak hak yang kita ambik, sebenarnya lebih banyak lagi Hak yang menunggu untuk ditunaikan... Tertunaikah kita??? Satu hak kita ambik mungkin 10 hak menunggu kita...
Ya... hak pada yang baru, keluarga baru, anak-anak yang baru. Seimbangkah kita??? Mampukah kita menyingkap sebuah keadilan laksana Baginda Rasul melaksanakannya... bertindak seimbang tanpa bahu tidak menyenget ke kanan atau ke kiri. Tetap tegap dan utuh berdiri diatas jalanNya. Kalau ya jawapan sahabat... teruskan. Niat dan tekad itu tidak pernah bersalahan. Cuma perlaksanaannya menjadi igauan... Jangan sampai mati tertiarap didua persimpangan dah le. Hehe.
Sahabat... Sesungguhnya!!! jangan jadikan diri kita fitnah pada agama ini. Agama ini terlalu suci. Amat suci untuk dikotori oleh kita yang bersifat lemah. Lakukanlah yang terbaik. Ingat... Setiap fitnah pada agama ini, kerana kita... pasti akan di soal oleh Allah di sana nanti. Tika itu jawapan bukan lagi dari kepetahan bicara sang mulut tetapi akan berbicaralah setiap anggota tubuh badan di hadapan Rabbul Izzati.
Rasanya sudah terlalu panjang ustazmuda menulis. Biarlah ustazmuda akhiri dengan Firman Allah : Surah An Nisa' Ayat 3'. Firman Allah :
فانكحوا ما طاب لكم من النساء مثنى وثلاث وربع فان خفتم ألا تعدلوا فواحدة
Maksudnya : Maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat kemudian jika kamu takut tidak akan dapat belaku adil maka kahwinlah seorang sahaja.
11 ulasan:
4:24 PM
sekadar berkongsi pendapat sahaja
saya minat dengan kata - kata seorang teman saya..
"si isteri haruslah taat kepada si suami sebagaimana rakyat taat kepada ulul amri..selagi mana si suami tidak menyuruh si isteri melakukan maksiat dan yang paling penting tidak menyuruh kita membuat benda - benda syirik dah khurafat...taatlah."
saya tidak pandai dlm undang - undang keluarga Islam tapi kalau jika dalam soal poligami ini si isteri harus berlapang dada dan si suami tu jgn la tak berlaku adil plak yee..
p/s boleh la ckp saya tak kahwin lagi hehe...
11:22 PM
kenapa bila cakap soal adil ni hanya tuding pada laki saja ya?
perempuan pulak camne? contohnya bini 1 anak 2, bini 2 anak 5..so, bajet tu kena lebih untuk bini anak 5..tp mampukah diorg?
hidup keadilan!
dan kpd lelaki..madu itu mmg indah..jgn zalimi islam dengan zalimnya kita (orang islam) pada orang lain.
7:38 AM
Sebagai muslim hukum poligami memang dah tercatat di dalam al-Quran, setiap muslim wajib taat.
Muslim juga menentang konsep monogami dalam ajaran selain dari Islam.
Persoalan yang menjadi isu dan polemik ialah kemapuan dan keadilan.
"... jika kamu takut tidak akan dapat belaku adil maka kahwinlah seorang sahaja".
Ini yang jadi isu dalam masyarakat, bila kahwin baru, yang lama diabaikan.
Zaman Rasulullah SAW, orang berpoligami kerana apa?
Di akhir zaman orang berpoligami kerana apa?
wassallam...
3:58 PM
zaman rasulullah,org poligami sebab nk tolong wanita.ade wanita yg menjanda sebab mati semasa perang.ade yg kesian yg kat wantia tu dok soragn2 takde sape nk jaga.
zaman sekarang,byk yg aku dgr,org poligami sebb bini first dah bosan.nie byk jadi kat kawan2 aku.satu lagi,psl nafsu laki.dah puas ratah ayam sekor,nk rase plak yg baru..huhuhu
4:57 PM
Salam utk semua.
berbicara soal poligami mengingatkan saya kepada beberapa pengalaman. namun biarlah pengalaman itu menjadi rahsia hidup saya.seringkali pandangan saya di pertikai hanya kerana belum berumah tangga. wahai muslimah sekalian, Allah tidak pernah membebankan hambanya justeru
kita adalah apa yang kita fikirkan. kalau kita fikrkan poligami itu sengsara maka sengsaralah ia. yang menjadi ketakutan kepada para muslimah adalah pengalaman2 yang sering kita dengar dan lihat pada hari ini. tak dinafikan memang banyak poligamai yang gagal. tapi kenapa kita melihat kepada contoh yang di berikan oleh manusia biasa. wahai muslimah contoh terbaik utk kita adalah Muhammad SAW bukankan itu antara tujuan didatangkan seorang Nabi kepada kita? indahnya poligami itu dapat di nikmati dengan manisnya iman. kalau tak dapat merasa iman sendiri maka segalanya adalah sengsara.mungkin susah nak faham tapi fikirkan. kepada muslimin sekalian kalau memilih sunnah nabi sebagai jalan. Syabas tapi jangan bab poligami sahaja tetapi bermula dengan mendirikan rumahtangga yang pertama itu didiklah isteri bentuklah rumahtangga dari sekecil2 perkara mengikut sunnah nabi dari cara makan sehingga cara melayan isteri. selepas itu lihatlah isteri mana yang akan men idakkan poligami? hati yang terdidik dengan sunnah akan merelakan sunnah itu di tegakkan walaupun hatinya luka dan snegsara...kerana yang kita cari bukan cinta dan bahagia dari suami di dunia tapi cinta dari nabi saw dan syafaat baginda. untuk apalah cinta dari suami walau suami itu setia tapi laluan bahtera itu sudah tersasar. lebih baik sengsara di sini tidak DISANA tapi bukan mudah untuk mendidik hati mencintai yang DISANA.
bersamalah kita didik hati ini. kerana manusia tiada yang sempurna. selagi bergelar anak penuhi t/jwb sebagai anak dan sesudah menjadi isteri lengkapi tanggungjwab sebagai sayap kanan seorang mujahid yang mencari syahid. pada suami2 gighlah berusaha menjadi suami cemerlang dunia akhirat dan ingtlah selagi tanggungjawab sebagai anak terkapai-kapai usah mencari bahan (POLIGAMI) kelak ada yang terabai.
seoarang lelaki setelah berkahwin tanggungjawabnya bukan setkat isteri juga ibubapa dan ibubapa mertuanya...besar tanggungjawab tu...tepuk dada tanya iman.dan cukup smuanya?
wallahu'alam
12:34 AM
salam,
tertarik ngan isu ni..hehe, dah lama saya nak highlight dlm blog saya..nantilah bila bersedia n berkesempatan.
tp, satu ajelah saya nak sarankan, kalau bab solat 5 waktu yg ALLAH WAJIBKAN tu pun "semput" nak sempurnakan 5 waktu tu..better not praktis poligami, sbb amalan peribadi pun tak tertanggung penuh. bukannya apa, nak kurangkan beban kat akhirat nanti.poligami ni bukan takat kawal satu kapal dah, tapi 2 atau 3 atau 4 kapal.
6:52 AM
minat jugak...opss jangan salah faham, dengan isu ni
11:15 AM
madu, bermadu, poligami....
marah, suka, benci, menyampah... ntahlah. lain orang lain penerimaannya.. lain orang lain juga penilaiannya...
pd saya... andai suami 'benar2 mampu' zahir & batin... dan 'yakin' kedua2 keluarga tidak tercicir dunia & akhirat... kenapa mesti di halang... biarlah...
pd saya juga.. jgnlah di persoalkan soal keadilan.. krn tidak akan ada manusia jgn adil dlm dunia hari ini.. tak kira laki ke perempuan..
sekadar pandangan ikhlas dr saya... andai ada yg terasa.. saya mohon maaf zahir & batin
4:53 PM
bercakap dari pemerhatian....dikalangan sanak saudara saya..(yang jauh2)...ada hidup berpoligami...tinggal sekali bersama-sama madunya...satu kezutan yang saya rasakan masa mula2 saya melihat situasi ini...sebelum ini sekadar membaca diruangan2 majalah sahaja..tapi satu rahsianya yang saya rasa menjadi peneraju kebahagian meraka adalah kepandaian si suami...semasa kami makan..si suami tidak makan bersama malah akan makan bersama-sama isteri2nya..itu saya rasa kunci bagi kebahagiaan mereka..sekadar pemerhatian//
3:15 PM
isu poligami. Hmmm..benar, si suami tersenyum girang, si isteri berdarah di dalam. Bukan ingin menentang hukum Tuhan, tapi bila mana si suami mengatakan, tak tahan la masa si Isteri CUTI, dan sebab itu nak kahwin lagi. Jadi kat sini apakah perlu dibenarkan si suami berkahwin lagi. Sedangkan si suami tak menerima ketentuan Ilahi?
4:16 PM
salam bukan muah bermadu...memng benar ianya manis bagi lelaki tp pahit bagi wanita...chnya saya sebagai isteri ke3 sumi mmg tak pernah adil pada sy...menzalimi sy jauh sekali nak berterus-terang dgn isteri2nya...padahal dia pernah berjanji dahulu sebelum menikahi saya...sy minta izin lepaskan saya,buat apa dizalaimi saya tapi dia enggan apa doasa saya?lepaskn saya jika dia rasa isterinya adalah segalanya2 jgn disakiti dan dizalimi saya lagi...moga Allh memberi balasan padanya...ameen
Post a Comment