... dan sebenarnya bukanlah sebuah kemerdekaan yang sebenar, selagimana undang-undang Allah masih belum ditegakkan. Kemerdekaan yang hanya menukarkan wajah pemerintah dari mereka yang berkulit putih kepada kita yang sawo matang. Hanya itu sahaja... Kepala, otak dan pemikiran masih sama. Pemikiran barat yang telah tertanam jauh di kepala bahkan kadangkala pemikiran itu lebih dahsyat dari pemikiran barat itu sendiri.
Sesungguhnya!!! Pasti kita akan melihat dan terus melihat perebutan seperti ini akan berlaku antara kita dan mereka. Antara Iman dan Kuffur tanpa penyelesaian kemenangan kepada kita. Cukupkah kita hanya sekadar berdoa...
BERSAMA ABANG DAN BAPA TERCINTA
Antara Natrah dan Misbah... segalanya berkemungkinan. Mungkin hari ini keluarga Sajjad dibuli oleh Barat dan mereka yang bersekongkol dengannya... tidak mustahil esok atau lusa mereka yang berada di sekeliling kita pula... Tanpa keberanian untuk mengubah mahupun berubah kita akan terus terperangkap dalam kemelut yang sama.
Kepada sahabat yang punya cita-cita untuk hidup bersama mereka yang tidak seakidah. Fikirkan kemampuan sahabat untuk membimbing mereka. Fikirkan anak-anak yang bakal mewarisi kehidupan kita. Fikirkan... segalanya di tangan sahabat!!! Jangan biarkan pisang berbuah untuk kesekian kalinya...
Gambar : Mingguan Malaysia ( 03 Disember 2006 )
7 ulasan:
1:10 AM
Salam,
sedih dan sebak.
tapi mungkin ada hikmahnya.
moga adik Misbah berjaya mengekalkan keislamannya.
yap..doa senjata mukmin, terutama utk kita yg jauh dan tidak ebrdaya untuk membantunya secara dekat.apatah lagi tiada kuasa di tangan (kuasa undang2 dan politik) untuk membantunya. Paling penting mendoakan moga imannya utuh.
Mendoakan juga agar ibunya tidak mengubah cara hidup anaknya selama ini.
2:22 PM
salamun alaikum....geram sungguh geram...undang2 kafir laknatullah...teguhkan iman kita...walau terpaksa berperang asalkan aqidah kita tetap utuh dan teguh kepada Allah...ALLAHUAKBAR!!!!
2:25 PM
salamun alaikum....geram sungguh geram...undang2 kafir laknatullah...teguhkan iman kita...walau terpaksa berperang asalkan aqidah kita tetap utuh dan teguh kepada Allah...ALLAHUAKBAR!!!!
!!
8:07 AM
salam.
melompat saya ni (dari satu blog ke satu blog).
Alhamdulillah Misbah masih lagi di bawah penjagaan ayahnya di Lahore sementara menunggu kes di dengar di mahkamah tinggi. Apabila ditemu bual, Misbah memang menangis dan marah kerana dia tidak mahu tinggal dgn ibunya dan 'partner' ibunya di Scotland. Agak meluas juga liputan kes Misbah di Scotland. Mungkin juga kerana ada 400 kes seumpama kes Misbah kala ini yang belum usai. Dan juga mungkin kerana perebutan di antara mengekalkan agama Islam atau melangkah masuk ke 'free-thinker' (mereka di sini tidak mempercayai agama).
Soalan saya, mengapa ini terjadi? Apabila ayah (muslim) gagal menarik isteri kepada agama yang satu ini, masa depan anak2 yang menjadi mangsa. Ah! jawapan sudah terserlah. Saya mendoakan semoga keimanan Misbah tetap utuh tidak kira di bawah penjagaan siapa sekali pun.
3:32 PM
Bagi siapa nak kahwin dgn muallaf:Sila Berjaga2, didiklah isteri/suami supaya dia cinta kpd Allah dan Islam. Kalo tidak, tunggulah cerita yg sama akan berulang lagi dan lagi dan lagi dan lagi....
Nikah krn agamanya bukan kecantikannya....
3:34 PM
Bagi siapa nak kahwin dgn muallaf:Sila berjaga2, didiklah isteri atau suami supaya dia benar kenal & cinta kpd Allah dan Islam.
Kalo tidak, tunggulah cerita yg sama akan berulang lagi dan lagi dan lagi dan lagi....
Tertawan & nikah krn agamanya bukan kecantikannya....
12:44 PM
kita nak kata apa..umat islam memang disulami kekecewaan selepas satu kekecewaan..
Post a Comment