Monday, December 04, 2006

JAGA PEKSA II : CAKAP DENGAN PELAJAR...

6 ulasan
Salam sahabat blog...

Berikut petikan dialog ustazmuda dengan calon SPM berketurunan Cina dari kelas terkahir... Dialog berlaku selepas setengah jam peperiksaan.

Pelajar : Angkat tangan sambil bercakap... cikgu berapa lama lagi periksa?
Ustazmuda : Erm lama lagi. Masih ada 2 jam. Kenapa???

Pelajar : Boleh keluar ke ???
Ustazmuda : Sudah siap??? Sambil belek-belek kertas. Kosong hanya tertulis angka giliran dan no kad pengenalan...

Pelajar : Tak boleh jawab ma. Tak tahu apa mahu jawab maa.
Ustazmuda : Peraturan periksa boleh maa. Tapi peraturan sekolah kamu tidak benarkan... Tunggu lagi 2 jam. Trylah setakat boleh maa.

Pelajar: Aiyya. Memang tak boleh jawab maa... 2 jam ni saya boleh dapat 2 ribu maa.
Ustazmuda : Betul ka???

Pelajar : Betul punya maa... sambil buka dompet tunjukkan RM 50.00 yang berkeping-keping.
Ustazmuda : ( Terkejut beruk jugalah...) Apa kamu buat??? Bisnes apa???

Pelajar : Kalau saya cakappun cikgu tak mau punya.
Ustazmuda : Perempuan ke??? Judi ke...
Pelajar : Takde lah. Saya pakai hp je. Cuma kol. Satu tahun lagi saya target BMW terbaru...

Itu antara situasi di kelas terakhir yang hampir kesemunya pelajar berketurunan Cina. Hampir 90 % pelajar tidak menjawab langsung soalan dan menghabiskan masa dengan tidur di kelas peperiksaan.

Kenapa dengan dialog di atas ? Ada apa yang tak kena ke? Entah. Cuma terpikir dalam kepala ustazmuda satu perkara. Anak-anak berketurunan Cina boleh hidup walaupun dengan pelajaran yang tidak seberapa... Tanpa pengetahuan BI apalagi BM yang bagus. Boleh senang. Boleh mewah. Tak yah ceritalah mereka yang di kelas A sana nun.

Ke mana anak-anak kita yang berada nun di kelas terakhir sebaik selepas tamat SPM. Merempit... Melepak... atau mungkin ke serenti??? Kadangkala yang di kelas terbaikpun ke situ juga. Sedih.

Mungkin sahabat berkata... yalah!!! syurga mereka di sini. Dunialah tempat mereka. Mereka tidak pernah ambil tahu halal dan haram. Tak kenal larang atau suruh...

Syurga kitakah pula di sana??? atau kerugian untuk kita di dua dunia... Kalau itulah sikap kita. Merempit, merempat menagih selepas SPM ( bukan kesemua ). Layakkah kita untuk ke syurgaNya??? Lupakah kita pada halal haram atau kita sudah buta dengan larang dan suruh...

6 ulasan:

Kaklong Syikin says:
8:52 PM

salam,

hmm..selama ni kita duk banding2kan prestasi pelajar bkn melayu ngan pelajar melayu seolah2 pelajar melayu teruk sangat prestasi mrk..tp, bila baca entri ni, taulah, keadaan mrk pun lbh krg sama ngan pelajar melayu..cumanya, depa ni pelajaran terkebelakang pun tapi pandai cari duit..halal or haram tu satu hal lahkan..

anak2 melayu kita yg tertinggal pelajaran? tak dinafikan ada juga yg pandai cari duit terutama anak2 drp keluarga miskin yg ingin membantu keluarga mrk, cumanya kegiatan anak2 melayu yg tak senonoh tu lebih dihighlightkan berbanding ngan anak2 bangsa lain.

lagi satu, bangsa cina ni saya fikir mmg dah disematkan dlm jiwa mrk yang duit dan kekayaan adalah segala2nya, makanya kena berusaha sekuat mungkin utk kaya..

Anonymous says:
10:48 PM

Pd pandangan ana selaku anak seorg peniaga yg masih lagi x berjaya.. kadang kala anak melayu telah di asuh sejak azali (saje ayat kg) Makan gaji makan gaji (Memang X salah) Tapi jadi le mcm lening bgsa yg bergantung dgn bgsa lain (Baru lepas conference ni kat PWTC) Panas lagi Hee!! Hee!! Kije kerajaan hebat..walhal ana tengok bukan mengutuk..kebanyak org melayu kita (base on bgsalah) Kaya gaya lebih drpd segala2nya...Sbb ana kata mcm tu di antaranya adalah baru ni ada p kat MAHA 2006 80% (sekadar anggaran)yg datang melawat adalah org kita (melancong) sekadar memenuhi hari minggu..dgn basah kuyupnya kena hujan..Tapi bgsa cina datang mencari apakah peluang yg dpt diceburi di dlm perniagaan tersebut..Org kita "Waaah besarnya lembu tu kambing tu kambing ni.." Aci ubah atitute..jadi masyarakat pedagang..doa2 juga ikhtiar perlu bg kita org awam..Ni..semua di monopoli oleh org dia..kita just pengguna...ade sistem payungpun sekadar sorang je pegang payung tu yg lain kuyup !! Dia org diasuh "Kita tinggal di Tanah Melayu.. Kita senang kita gaji dia..kita susah kita kuli dia..fikir2kan..RMK dah mcm2 RMK tapi kepala semua atas angin je !!

Anonymous says:
4:05 AM

Tertarik dengan ayat yg selalu diguna pakai...Dunia ini syurga mereka. Apakah Allah menjadikan dunia ini neraka bagi umat islam?
Apakah dengan hukuman halal dan haram itu menjadikan umat islam bagaikan dineraka semasa didunia ini. Bukankah hukum itu untuk kesejahteraan umat? Bukankah jika kita mendapat kesejahteraan bermakna kita mendapat neraka.Cuba kita bayangkan seorang kafir,dek kerana tiada hukum haram bagi mereka untuk berjudi,minum arak,menghisap dadah lalu mereka menjadi muflis dan menjual hartabenda dan akhirnya mati muda dibunuh dimerata pub, Adakah ini bermakna mereka mendapat syurga didunia?Adakah dengan meninggalkan larangan Allah dan mengerjakan suruh Allah akan membuat kita papa kedana serta tak mungkin kita akan menjadi kaya!Bukankah pemberian harta benda itu hak Allah? Tidak pernahkah ada orang islam inio yg mendapat duna bagaikan syurga dan akhirat jua mendapat syurga?
Terbaca satu kesah dizaman umar abd aziz (raja). Perihal seorang yahudi(kafir) yg berkerja sebagai seorang pembersih longkang. Lalu bertanya ia kepada umar,Umat islam berkata bahwa dunia ini syurga bagi kami, kenapa saya menjadi pencuci longkang dan tuan menjadi pemerintah yg dihormati? Berkata umar, Jika engkau bandingkan bertapa siksanya keadaan dineraka nanti,memang selayaknya dalam keadaan engkau begini pun engkau akan berkata memang ini adalah syurga! Maka janganlah ayat ini menjadi alasan bagi umat untuk tidak boleh maju dan kaya raya serta merasa kenikmatan dunia.Dan jangan pula terselit dihati bahawa umat islam tidak boleh senang kerana adanya hukum larang dan perintah Allah. Dgn berfahaman tersebut menggambarkan bahawa Allah itu zalim dan menyanyangi sikafir. Harus dingat,perintah dan larang Allah itu sebagai tanda kasih Allah atas umatnya bukan sebagai penghalang untuk umat meraih kekayaan,kesenangan didunia ini. Sekadar beringat. zamri

Kaklong Syikin says:
11:55 AM

salam,

pada saya, dunia bukan neraka buat umat Islam, tapi semua perkara yg dibuat itu adalah berlandaskan pada hukum syara' dan tak boleh melanggarnya.

contohnya, kita nak kaya boleh mcm sahabat rasulullah (saya lupa namanya tp yg pasti bukan Saidina Abu bakar atau Saidina Umar) ada yg kaya raya n bisnessman lagi tapi mrk buat bisnes halal.

dan cara utk jadi kaya dalam ISlam tak bolehlah ngan perniagaan yg jelas haram spt arak, dadah, melacurkan perempuan, judi dsb..

so, nak jadi kaya yg diredhai ALlah, kena ceburi bisnes yg halal menurut hukum syara'.siap bayar zakat perniagaan lagi.(kita perlu muslim jutawan utk bantu muslim yang lain). dapatlah kita syurga dunia tu (hidup penuh kemewahan tp dlm keredhaan Allah, ini yg saya fahamlah)

dan bgi mrk yg tak kuat asas akidahnya akan merasa terbeban ngan peraturan hukum syara'mcm tak blh rasuah, tak boleh ambil untung keterlaluan, mesti kena bayar zakat perniagaan jika sampai kadar kena bayar zakat dll, tu yg depa rasa mcm tertekan; itu tak boleh, ini tak boleh..

berbanding yg kuat asas akidahnya akan keesaan Allah, mrk takkan rasa terbeban, sebaliknya mrk rasa ok aje. mereka tau mereka hanyalah hamba ALLAH, bukan Tuan ALlah, no hal lah..bahkan hati lebih tenang..

kalau kita ikut suruhan Allah, spt berniaga cara halal siap ngan bayar zakat perniagaan lagi, insyaAllah, kita kaya dlm keredhaan Allah, tp, kalau kita berniaga barang2 haram atau kita buat bisnes halal tapi tak bayar zakat perniagaan pula, kita kaya dlm kemurkaan Allah..siaplah azab Allah di akhirat nanti. simplekan.

sefaham saya, dunia adalah syurga bagi orang2 kafir sebab mrk tak terikat ngan hukum hakam agama dan boleh buat apa sahaja mrk suka tetapi mrk juga terikat ngan peraturan dunia nikan..dan akibat mrk tidak beriman dgn Allah, maka di akhirat, tpt mereka adalah di neraka. ini janji ALlh dalam Quran.

bagi org kafir ni, since mrk tak de hukum hakam yg mengikat, makanya pada kebijaksanaan mrklah untuk menentukan corak kehidupan mrk sendiri, untuk berjaya atau ketinggalan.

dan jika mreka memilih untuk berjudi,minum arak,menghisap dadah lalu mereka menjadi muflis dan menjual hartabenda dan akhirnya mati muda dibunuh dimerata pub, itu adalah pilihan mrk, menikmati sekejap nikmat duniawi dan mati dngn cara hina begitu. itu adalah pilihan mrk. mrk boleh pilih jalan lebih baik drp itu.

rasanya ramai aje bisnesman bukan islam yg berjaya selain drp bisnes yg tak betul ni, dan ternyata mrk kaya, bahagia di dunia ini. tp di akhirat, mreka derita sbb mrk KURANG SATU AJE: TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH.

krn matlamat ALLAH CIPTA MANUSIA (BERBANGSA2 NI) adalah untuk MENYEMBAH dan BERIMAN KEPADANYA dengan menurut segala PERINTAH DAN LARANGANNYA DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN..so, DUNIA ni DIA bagi kita duduk untuk kita tadbir sebaiknya..TETAPI, dengan syarat ikut segala PERATURANNYA..

tu sebab DIA bagi Quran sbg asas utk hidup kat dunia ni (dlm quran ada citer sains, pertanian, geografi, sejarah, pentadbiran politik, undang2, dll..tinggal baca n laksanakan aje),

then DIA pilih lelaki utk dilantik jadi RASUL, membantu manusia ke jalan benar sbg petunjuk jalan dgn berpandukan QUran, bahkan seluruh perbuatan Rasul, kata2 Rasul yg terpelihara drp maksiat dan dosa adalah jadi ikutan yang baik

bila Rasul meninggal, sedangkan manusia masih wujud dan masalah masyarakat makin berkembang, itu perlunya ulama yang mahir dalm Quran n Hadith utk membantu menyelesaikan permasalahan ummah drp semua aspek..(masalah akhir zmn ni, ulama diperlekehkan..bagi pendapat utk kebaikan tapi ditempelak.camner tu???)

So, nak bahagia hidup di dunia ni or nak dpt syurga dunia ni, ikut segala peraturan yg digariskan dlm Islam..dan bahagia ni akan berlarutan hinggalah dlm syurga akhirat.

tp, nak bahagia ngan cara menyalahi peraturan ISlam, terserah pada individu tersebut, tetapi, di akhirat dia hadapilah akibatnya. jangan kata Allah zalim dan tak bagi warning awal2..Dia dah sebut jelas dlm Quran..

Kalau kita baca Al-Quran dan sebaiknya baca terjemahannya (sbb kita tak pandai bahasa arab), kita akan nampak Allah dah jelas terangkan semuanya dlm Alquran, tinggal nak ikut atau tak, nak ikut atau nak bangkang..kita ikut, kita bahagia dunia akhirat. kita tak ikut, kita boleh bahagia di dunia tapi kita derita di akhirat..senang aje.

Seandainya kita pilih utk hidup miskin di dunia dngn cara hidup qanaah (memadai apa yang ada) terserahlah, sbb kat akhirat nanti tak banyak sangat soal jawab tang harta yg kita ada dan kita simpan tu..

sbb di akhirat, org kaya raya ni lamalah sikit soal jawabnya mahkamah ALlah..nak tau halal haramnya rete yg dia dapat n kumpulkan tu
(sbnrnya Allah mmg tau segala perbuatan kita, tapi nak tunjukkan pada hambaNya betapa segala perbuatan kita ni walau sebesar zarah akan dibongkarkan kat akhirat, hatta korek hidung tu pun dlm pengetahuan Allahkan..).

tu sebabnya nak kaya ni kena betul2 pastikan rete kita ni terhasil menurut hukum syara' dan bayar zakat perniagaan bila sampai kadar nilai kena bayar tu. insyaAllah, selamatlah kita kat akhirat..(kata orang, syurga dunia dpt, syurga akhirat pun dpt)

itulah pandangan saya yg tak berapa berilmu ni. wallahu 'alam.

Anonymous says:
12:30 PM

Value sistem yang diterapkan dan diguna pakai oleh pemuda melayu telah salah atau disalah ertikan..

Kemalasan menyebabkan kemunduran, putus asa dan ingin hidup selesa

Produk Halal Tanggungjawab Bersama says:
2:36 PM

Salam...

"Jika kamu mahu dunia, berusahalah seolah-olah kamu akan hidup selamanya, jika kamu mahu akhirat, berusahalah seolah-olah kamu akan mati esoknya, dan jika kamu mahu kedua-duanya dunia dan akhirat, berusahalah untuk kedua-duanya".- Maksud hadis Nabi Muhammad S.A.W.