Thursday, December 07, 2006

CAKAP-CAKAP TENTANG USTAZ II

3 ulasan
Salam sahabat blog...

Tika pulang kampung beberapa minggu lepas, tiba-tiba seorang jiran menghulurkan satu borang pada ummi. Ustazmuda hanya pandang aje... borak-borak ustazmuda dengarlah sikit intinya. Borang semacam MLM juga tapi konsepnya lain. Berkonsepkan kutu rakyat. Modal tak banyak dalam RM60.00 sahaja... Kita masukkan ke akaun orang lain dengan ikhlas dan terus buat benda yang sama, sebarkan pada orang lain. Ala, kalau tak silap agak popular gak dalam internet ni. Kalau sahabat pengguna internet pasti maklum punyalah. Malas ustazmuda nak campur sangat.

Tetiba ummi paling belakang sambil cakap... " Ok ke ni bang???... Tak salah ke??? Ummi ni memang camtu sikap dia. Apa-apa hal pastu rujuk dengan ustazmuda. Terima kasih mi.
Ermmm... ustazmuda diam je tak tahu nak cakap apa sebab tak jelas sangat duduk keadaan sebenarnya.

Tengah dok perati borang tu akak jiranpun menyampuk... " Ala semua ustaz-ustaz kat sini join. Kalau salah takkan ustaz-ustaz tu nak join sama "

Ustazmuda senyum jelah... nak kata apa. Ustaz-ustaz kat situ memang ramai yang hebat-hebat. Ustazmuda ni sekadar ustaz yang masih muda mentah lagi. Apa sangatlah...

Cuma satu yang ustazmuda tak berapa seronok nak dengar. Sungguh! kurang seronok bagi ustazmuda bila akak jiran tu dengan mudah buat satu kenyataan. Satu statement... " Ala semua ustaz-ustaz kat sini join. Kalau salah takkan ustaz-ustaz tu nak join sama. " statemenat yang longgar, terlalu mudah dan mempergunakan tittle ustaz sebagai bahan pelaris. Ustazmuda pasti, sahabat-sahabatpun melalui situasi di atas.

Ustazmuda tak pasti samada memang itu satu kenyataan atau sekadar ayat pelaris... Cuma, pada ustazmuda kalaupun benar... terlalu mudah kita mebuat satu hukum. Pegangan kita terlalu rapuh, terlalu longgar seolah kita mencipta satu kaedah dalam agama tanpa mengkaji melalui ilmu. Kaedah yang sangat mudah... " Sekiranya ustaz berbuat, pastilah sesuatu perkara itu boleh. " Ya, itulah kaedah kita.

Kita berpegang pada apa yang ustaz berbuat. Kalau seseorang ustaz berbuat begitu... kira begitulah. Kalau ustaz berbuat begini... maka beginilah. Kalau ustaz menonton wayang... maka bolehlah kita... kalau ustaz ke konsert maka bolehlah juga kita ke sana... Sungguh mudah. Kita hanya sandarkan pada perbuatan mereka.

Satu yang kurang enak pada ustazmuda, kaedah ini hanya terpakai pada perkara mualamat seharian kita. Pada perkara kehidupan pergaulan dan perjalanan hidup. Perkara bisnes. Tak pula kita guna pakai kaedah ini dalam perkara ibadat khusus. Tak pula kita bandingkan diri kita dengan amalan ustaz-ustaz tersebut.

Kenapa bila ustaz-ustaz tak tinggal solat berjemaah di masjid kita tak pernah ambik peduli...
Kenapa bila ustaz-ustaz tak berminat dengan majlis-majlis hiburan yang melalaikan kita hanya mendiamkan diri...
Kenapa bila ustaz-ustaz bersama dalam majls ilmu kita tidak...
Kenapa dan kenapa...

Bahkan kadang terkeluar di mulut kita... " biasalah mereka ustaz... kami ni bukan ustazpun" seolah semua kewajipan itu hanya wajib di atas kepala mereka yang bergelar ustaz sahaja... tidak pada kita.

Ke masjid bukan urusan kita...
Ke surau tiada kaitan dengan kita...
Majlis ilmu tak sesuai kerana masih terlalu muda...

Satu pesanan buat diri dan sahabat-sahabat yang bergelar ustaz, jaga dan peliharalah diri agak tidak keterlaluan... kerana mereka di luar sana begitu mudah mengeluarkan hukum dari perilaku kita. Mereka di luar sana akan mengambil apa-apa sahaja yang sesuai dengan mereka walaupun mungkin tidak bertepatan dengan kehandak agama kita... semoga kita tidak menjadi bahan fitnah pada agama ini.

Fikirkan sebaik mungkin kesannya, apabila kita ingin memilih sesuatu... Pilihlah produk yang jelas tidak melanggar hukum. Pilihlah produk Islam... Daripada Insuran biarlah takaful. Biar sesuatu yang jelas. Kini kita telah punya banyak pilihan produk-produk berasaskan Islam. Daripada bank Konvensioanal kepada Bank Islam... Ya! kita bukan manusia sempurna bukan para nabi yang maksum. Cukuplah, sekadar mereka tidak mudah mempergunakan kita... Pilihlah yang jelas terpampang kehalalannya. Semoga kita tidak terpalit dengan fitnah terhadap agama ini. Amin.

Cukuplah!!! dengan apa yang berlaku pada High 5. Jelas kita dipergunakan. Terpampang wajah bukan lagi seorang ustaz tetapi bertaraf ulama terkenal di kedai-kedai runcit seolah menjadi model pada produk tersebut. Cukuplah. Mereka memang sentiasa mengambil kesempatan atas kelemahan kita...

Teringat satu kata-kata tak pastilah hadis atau siapa si pengucapnya. Berbunyi lebih kurang begini... "Apabila orang Alim berebut pada perkara Halal nescaya orang kebanyakan berebut pada perkara haram"

3 ulasan:

Anonymous says:
2:35 PM

ALLAHUAKHBAR! Tulisan yang bagus.


mr dhuat

AKMA says:
6:35 PM

ustaz...dari satu segi...apabila manusia masih berpaksikan gelaran 'ustaz' dalam sebarang tindakan bermakna masyarakat masih percaya dan menyanjung. alhamdulillah.

dari satu segi lain...ianya adalah sesuatu yang amat bahaya jika tidak disertai dengan kefahaman.

kerana bisa saja..taksub menyelubungi diri.

moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa menggali ilmu. insya-allah

Anonymous says:
2:28 PM

Biasalah ustaz ... org Melayu pepehal mestilah kene rujuk ustaz ... ini menunjukkan org Melayu masih lagi respect dengan golongan bergelar ustaz nih ...

Saya ader satu soalan la ustaz. Mungkin Ustaz boleh tulis dalam post yg akan datang ... tajuknya berbunyi ... "Antara org kaya yang bersyukur dan org miskin yang sabar, yang maner yg lebih baik?"

wasalam ...