Saturday, December 09, 2006

JAGA PEKSA III : SELESAI...

3 ulasan
Salam sahabat blog...

Alhamdulillah hari ni dengan rasminya selesailah tugas dan tanggungjawab ustazmuda sebagai pengawas SPM untuk sesi 2006. Maka bermulalah tugas pemeriksa kertas pula... Satu tugas dan tanggungjawab yang tidak pernah lagi ustazmuda pohon. Kenapa??? Erm... Nak cek soalan peperiksaan akhir tahun atau ujian bulanan pelajarpun kadang berat rasa hati nikan pula nak tanda soalan Peperiksaan Awam begitu. Dengan mesyuaratnya, dengan datelinenya... Biarkanlah. Bukan ustazmuda orangnya...

Tamat sahaja kertas terakhir SPM 2006 pelbagai gelagat pelajar dapat disaksikan... Ada yang terus koyakkan slip peperiksaan... ada yang bertepuk tangan sesama sendiri dan ada yang terjerit-jerit kegembiraan menyambut hari kebebasan... Mungkin itulah lambang kemerdekaan sejati. Merdeka dari timbunan buku-buku. Merdeka dari kehidupan seorang pelajar. Dan pastinya telah masuk ke alam dewasa...

Terasa sedih di hati, bila sebahagian buku-buku, kertas terakhir terus dibiarkan berlambak... di kaki lima bilik peperiksaan. Seolah tidak ada nilai lagi pada mereka. Habis periksa habislah segalanya. Buku hanyalah satu alat untuk lulus dalam peperiksaan. Mungkin itulah definisi yang boleh diberi... Buku bukan lagi lambang ilmu. Bukan lagi nilai ilmu.

Mungkin juga kerana exam oriented yang ditekankan... Nilai ilmu dilihat pada longgokan A yang dibawa pulang dari sebuah peperiksaan. Seberapa banyak A yang dikumpulkan adalah lambang kejayaan seseorang. Semakin bertimbun A semakin tinggi nilai seorang pelajar. Itulah ukurannya. Ukuran ilmu pada timbunan A. B dan C tidak ada pihak yang menjeling. Ada ketika ibu bapa sendiri merasa malu bila anak mereka membawa pulang hanya longgokan beberapa B dan C... apatah lagi kiranya si anak hanya berjaya membawa longgokan E. Malang... Tidak seperti anak jiran sebelah yang berbakul A nya.

Argh panjang plak berceloteh tentang peperiksaan... Biarkan ajelah. Memang itulah yang diterapkan pada anak-anak kita, dan ustazmuda sendiripun mungkin juga terperangkap dalam sistem yang kita cipta sendiri. Mengharapkan A berbakul-bakul dari anakanda tercinta... Tanpa A anda tidak kemana. Itulah nilai sebuah A....

Oklah... dah panjang tentang peksa tu, bukan itu sangat nak diceritakanpun. Dengan berkhirnya peperiksaan SPM secara rasmi pada hari ini... maka berakhirlah tugasan rasmi sebagai pengawas dan bermulalah episod cuti persekolahan untuk ustazmuda... Dan Insyaallah hari ni juga akan pulang ke kampong untuk urusan kenduri kawin anak sedara. Anak sedarapun dah besar panjang. Ustazmuda dah ada cucupun... cucu sedara. Dah ada yang panggil aki. hehe. Aki Andak. Dah tua rupanya. Sedar tak sedar je.

Pada sahabat-sahabat yang melalui daerah Temerloh pada 10 Disember ini silalah ke teratak tua ustazmuda di kampong. Rumah mak seperti tertera di bawah...


Dan untuk anak sedara tercinta Siti Sapinah Binti Awang dan Bakal Suami Salleh Bin Haji Ishak... ustazmuda mendoakan kebahagiaan milik kalian berdua hingga ke sana...


... Dan Insyaallah. Andai ada izin dariNya akan ustazmuda akan titipkan pengalaman-pengalaman indah selama 7 tahun berumahtangga semoga dapat menjadi tauladan mahupuan sempadan buat kalian berdua.

Berakhir walimah anak sedara dan selepasnya ke jemput menantu. Insyaallah ustazmuda nak bercuti sikit. Lama dah rasanya tidak bercuti. Teringin rasanya bawa Umar dan ummi jalan-jalan. Andai ada izin Allah pada diri ustazmuda Ummi dan Umar Insyaallah ustazmuda ingin sekali ke utara semenanjung Penang Kedah dan Perlis... Doakan hajat di hati tecapai. Buat sahabat yang setia menunggu di sana ( siapa tu yerrrr - paham-paham jelah)... Insyaallah kita akan bertemu mungkin pada 18 - 22 Disember nanti. Amin.

... dan kemungkinan blog tercinta ini akan ustazmuda tinggalkan buat sementara waktu. Kesibukan urusan walimah anak sedara dan jalan-jalan cari apa yer di utara??? carilah apa saja... pasti akan membuat hati ini terusan merindu pada dunia maya.

... Pada sahabat yang sering berkomunikasi dan berinteraksi ustazmuda cukup berterima kasih atas sokongan kalian. Juga buat pengunjung blog ( macamlah ramai yang jenguk hehe)... semoga perkongsian cerita antara kita dapat menjalinkan ukhuwwah yang jujur benar keranaNya seterusnya tergolong dalam mereka yang mendapat lindungan Allah di hari tiada perlindungan " lelaki yang bertemu dan berpisah keranaNYa... Amin "

... Jumpa lagi di penghujung Disember tapi kalau ada kesempatan menyelit ke cyber akan cuba update secara kopi dan pasta... hehe minum kopi sambil pekena pastapun kadang best gak...

3 ulasan:

khairyn says:
9:19 PM

salam ustaz.

menjawab soalan ; baru 4 bulan di sini, ada lagi 3 tahun untuk meneruskan hidup di bumi asing ini.

Pagi tadi saya menghantar buku2 yang dipinjam ke khutub khanah. Di hadapan saya berdiri seorang lelaki tua sedang menguruskan peminjaman buku beliau. Mungkin berusia dlm 70an. Di hati saya terdetik, 'aku yang masih muda sudah mengeluh kerana terpaksa membaca buku yang bertimbun, tapi lelaki tua ni pula meminjam buku'.

Saya jadi kagum. Dia lelaki yang sudah tua, berjalan sudah perlahan tapi semangat belajar masih berkobar-kobar. Untuk pengetahuan, itu khutub khanah universiti saya, maka saya yakin dia memang seorang pelajar.

Anonymous says:
12:43 AM

Masa andak ambil MCE dulu lepas habis periksa simpan semua buku baik2 ingatkan nanti boleh buat rujukan dihari muka. Betui bendui pelajar dulu sekurang2nya andak la ingatkan semua ilmu yang dipelajari berguna sampai akhir hayat.
Punya minat pelajaran biology sampai baru2 ini kemas2 barang nak pindah rumah jumpa buku tebal tajuknys "Biology". Berapa kali dah pindah rumah buku biology ni masih dibawa. Nak tau ustad? andak ni pulak bekas jurutera ....kah kah kah

Anonymous says:
11:42 AM

saya pulak semua kertas exam saya simpan sampai penuh 2 kotak sebab saya tau nanti 1 hari saya guna jugak. lepas spm sebenarnya tak habis lagi belajar yang sebetulnya lagi banyak banda kena belajar.