Tuesday, May 22, 2007

BELAJAR TENTANG TAKDIR...

7 ulasan
Salam sahabat blog...

Erm lama betul ustazmuda tak sentuh laman ustazmuda ni... Dah bersawang naik lumutpun hehe. Hati merindu ingin kembali menulis tapi apakan daya... chewah macam best je!!! Nak mulakan di manapun rasa kaku je tangan ni. Kaku namun harap tak sampai membeku langsung terpaku. Huhu. Apalah punya bahasa...

Oklah... semalam, oppssss bukan semalamlah dua tiga malam atau mungkin bermalam-malam yang lepas terdetik ustazmuda pada ummi " Mi, akhirnya kita akur juga dengan mereka ya? Akhirnya kesini juga kita... " ummi senyum... sambil bibir comelnya berbisik " ala bang kita tak pernah akur pada sesiapapun bang... kita hanya berjalan atas suratan takdir dariNya..."

Erm. Takdir. Ya. Takdir lafaz keramat punya seribu makna atau terlalu sukarkah untuk memahami!!! Dua tiga bulan lepas terlalu berat hati ini menerima. Menerima satu arahan atau mungkin satu keputusan dari yang bergelar manusia. Benarkah hakikatnya arahan itu dari seorang manusia atau mereka juga menjalankan satu ketetapan Yang Maha Esa... Hati menjadi keliru. Kenapa aku??? Kenapa aku??? Kenapa??? Kenapa tidak dia...

Ya. Betapa sukarnya hati ini untuk tunduk dan penuh redha dengan atur hidup perjalanan dariNya... Terlalu sukar. Ya, terlalu sukar bila takdir yang berlaku itu tidak pernah kita rancangkan!!! Tidakpernahpun kita jangkakann!!! Tidak sedikitpun terlintas di fikiran yang bernama manusia seperti aku... Tidak!!! Arghhh bagaimana agaknya, andai takdir hidup itu sesuatu yang menyenangkan??? Andaikan tetiba mendapat sebiji kereta mewah sebagai hadiah tanpa di duga??? Mungkinkah hati ini mengatakan tidak!!!!!!! Oh tidak lantas membisikkan... Kenapa aku??? Kenapa aku??? Bukan dia... Dia lebih berhak. Oh!!! Tidak!!! Pasti hati akan berdetik penuh kesyukuran dengan takdir itu... Alhamdulillah.

Arghh belajar tentang takdir rupanya suatu yang amat sukar??? Sukar menerima pabila ia pahit untuk di hadam... Duhai hati. Belajarlah menerimanya. Itulah ketentuan darinya. Senyum dan redhalah akan apa yang berlaku.

Beruntungnya seorang muslim itu...

7 ulasan:

Anonymous says:
8:48 PM

Takdir.... satu perkataan yang cukup berat untuk menerima apatah lagi untuk menghadapi hari hari seterusnya. Sekiranya direnung, difikirkan, diperhatikan, diteliti, ditafsir, seribu macam persoalan timbul yang tiada termampu dijawab oleh akal.

sahrunizam abdul talib says:
11:08 PM

salam um,

gembira sebab sifu yang mengajar saya tentang dunia blog telah keluar dari 'gua pertapaan'.

sebenarnya saya sering ke sini tapi... hari ini saya benar-benar gembira.

usah bersembunyi lagi sifu!

Butaseni@Wan Raja says:
3:10 PM

salam ustaz,
saya belajar benda baru dalam blog ni.
salam

Butaseni@Wan Raja says:
4:27 PM

salam ustaz,
saya ni jahil sikit,
saya suka baca bab bab agama ni,tapi saya tak berani nak komen,takut salah.
jadi saya belajar.
trima kasih lawat blog saya balik tadi.
salam

suriani says:
10:43 PM

Saya redha juga ketentuanNya!
Teruskan menulis wahai UM

Butaseni@Wan Raja says:
12:20 PM

salam ustaz..
keman menghilang,takde ape2 nak tambahkan lagi ilmu untuk kami ke ustaz.
hehehe cuma bertanya khabar.:)
salam

Abah Mui'zz says:
4:49 PM

Bercakap ttg takdir Ustaz, sama juga macam bercakap soal jodoh. Bukan senang untuk difahami, apatah lagi untuk diterima, lebih-lebih lagi jika bukan itu yang hati kita harapkan.

Sebab itulah ramai dari kita, asyik dengan berkalau. Kalaulah ini, kalaulah itu. Bukan sebab tak boleh terima takdir dan ketentuan Allah, tapi sebab kita ini manusia, yang seringkali lupa dan alpa pada hukum dan rahmat Tuhan.

Moga dengan iman dihati, kita akan tetap menjadi manusia beruntung...