Salam sahabat lama...
Lama benar tidak menulis di weblog ustazmuda... terasa rindu dihati namun apakan daya terlalu banyak kekangan... cewah kekangan kononnya. Huhu. Oklah... terasa kelainan benar rasa hati bila nak memulakan semula menulis di blog kesayangan ustazmuda ni... tak tahu entah kenapa, dan tak tahu juga dimana hendak dimulakan... Syahdu. waaaaaaaaaaa
Ermmm... dari blog ke groups. Gitu boleh??? Pasrah... Kenapa dari blog ke groups??? Ermmm hati lantas terbuka untuk menulis lantaran beberapa minggu lepas ustazmuda menerima satu sms dari seorang sahabat. Bunyinya... " tahniah tulisan ustazmuda telah keluar dalam sinar harian 31/Mac/2008 dalam ruangan dari blog ke blog... " terkasima sebentar... lalu terus mengeledah sinar harian lepas... terjumpa dan alhamdulillah benarlah kata sahabat... Tajuk cakap tentang berkat telah keluar di ruangan tersebut. Terima kasih sinar... Semoga dirimu terus menyinar...
... dan semalam, sewaktu bersembang dengan sahabat yang bersama ke kursus di Kuantan... bersembanglah pasal blog... satu kejutan lagi untuk ustazmuda, wa kejutan saja huhu. Macam best je ustazmuda ni... Apa katanya, " ustaz, tulisan ustaz telah keluar di Wasilah... tapi ditukar tajuknya... " begitulah bunyi lebih kurang... terkejut beruk sekali lagi, mungkin lebih hebat dari beruk2 kejutannya... Betul ke ni, ustazmuda menyampuk... Ya betul... nanti ana cuba cari kalau masih ada... memang isinya sebiji... Artikel tersebut telah keluar sebelum PRU13 dulu... Insya allah ana akan cuba dapatkan nanti. Ingatkan memang ante yang hantar... sebab diletakkan di situ sebagai PENULIS KHAS. Oh... camtu. Bukan!!! Ana tak pernah hantar artikel ana ke wasilah... Oh tidak!!!!!!!!!!!!!
Ustazmuda kena dapatkan akhbar wasilah ni... betul ke apa yang sahabat ustazmuda perkatakan ini??? Benar-benar ustazmuda menjadi keliru... Kenapa begitu oh WASILAH!!!!! Apa dosaku padamu... huhu. Kalau benar bagai dikata... sesuatu perlu ustazmuda lakukan. Tolong... Dan inilah tajuk yang dikatakan telah keluar di WASILAH... Wallahu aklam.
Ala... camne ni yer??? Tajuk lain cerita lain. Hehe. Oklah kembali kepada tajuk... dari Blog ke Groups... Pada sahabat yang merindui tulisan ustazmuda... huhu ala camlah ada yang merindui, perasan sungguh. Tapi takpe... ada beberapa sahabat yang jumlahnya tak sampaipun sebelah tangan sering bertanya, bila lagi blog tu nak dihiasi??? Takkan nak dibiarkan berkulat je kan??? Ermmm... pada sahabat yang bertanya, Insya Allah ustazmuda akan cuba dan terus mencuba mengungkap sesuatu, moga ada kebaikan padanya, untuk kita kongsikan bersama. Amin.
Kenapa groups??? Groups juga sedikit sebanyak telah mengalihkan rasa untuk menulis dan mengungkap di blog kesayangan ustazmuda... Groups ReSpeKs juga antara yahoogroups kesayangan ustazmuda yang kini juga menuntut komitmen ustazmuda... Masa dan tenaga. Sebagai owner dan moderator kepada yahoogroups tersebut... ustazmuda perlu bersikap adil... Adil pada diri dan adil pada semua sahabat groups mahupun blog.
Kepada sahabat... terima kasih atas keprihatinan sahabat terhadap yahoogroups mahupun blog ustazmuda yang telah tersadai hampir setahun... Doakan pada ustazmuda agar terus mampu memberikan sesuatu untuk berkongsi rasa, mahupun cerita dalam melayari kehidupan yang sebentar cuma di maya ini. Terima kasih sayang.........
Thursday, May 08, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 ulasan:
1:04 PM
Salam...tahniah buat ustazmuda kerana kembali menghidupkan blog ustazmuda.harap hari ini dan seterusnya dapat disalurkan info-info berkaitan untuk tatapan para pengakses blog dan jangan lupa untuk dipanjangkan artikel-artikel akan datang ke groups kesayangan...salam.
2:15 PM
Ustaz..untuk mengaktifkan semula msjbox ustaz..bayaran RM 10 SETAHUN bukan SEBULAN, RM 10 SETAHUN dikenakan dan bayaran boleh di buat ke akaun msjbox admin-junaidi Musa 5122-0480-3726-akaun maybank dan 011-8006-1405-527 akaun bank CIMB atau 141-8002-0013-349 Bank ISlam..bila dah buat bayaran..sila isikan traksasi bayaran Ustaz dalam akaun msjbox yang ustaz daftarkan sebelum ini..baguslah kalau ustaz masih mahu menggunakan dan menyokong produk buatan Malaysia lebih-lebih lagi produk ini buatan orang sebangsa dan seagama dengan kita...
Post a Comment