Salam sahabat blog...
Sehari dua ni hangat bebenor ya berkaitan sambutan 100 hari pemerintahan Barisan Rakyat di Selangor. Di mana sambutan tersebut akan diadakan di Stadium Melawati dengan menyaksikan persembahan terhebat di abad ini menerusi dua ratu tanah air... Ratu Rock Si Ella dan Ratu Dangdut si Mas Idayu dengan gelek 350% nya huhu. Kenapa tidak disekalikan dengan Ratu Pop tanah air ya... kan lengkap tu??? Hajjah Dato Siti Norhaliza. Pasti gamat stadium dibuatnya kan kan kan...
Awal-awal lagi Si Roslan Aziz telah memberikan komen yang agak panas terhadap parti PAS yang memang agak keras pada hiburan yang tidak berkesudahan ini. Memberikan komen yang agak panas dengan mengatakan senget pada sesetengah golongan agama dalam PAS itu sendiri. Atau sebenarnya siapa yang senget??? Entah...
Hari ini di akhbar Berita Harian dua ratu di atas pula memberikan komen mereka... Ermmm. Antara lain berbunyi " tanpa kami mungkinkah gejala sosial akan sifar dan kami tahu apa yang kami lakukan, kami hanya menghibur di pentas sahaja... kami juga turut membantu mengatasi gejala sosial yang berlaku ". Begitu bunyinya.
Ustazmuda, tidak ingin memanjangkan komentar... cukuplah!!! kerana ia pasti tidak akan ada kesudahan. Cuma di kepala ustazmuda sering timbul satu persoalan dengan kerjaya Artis ini... khususnya mereka yang bergelar penyanyi dan penghibur. Kerjaya yang hanya berjalan selama 11 bulan sahaja setahun tidak seperti kerjaya lain yang akan legkap 12 bulan setahun. Kenapa begitu???
Kenapa bila sahaja masuk Bulan Ramadhan yang mulia akan timbul belbagai statement di kalangan artis kita... Saya ingin berehat dan menumpukan ibadah sepenuhnya demi menghormati bulan Ramadhan yang mulia??? Pelikkan??? Kalau benar kerjaya kita satu rezeki yang halal dan mulia kenapa perlu dihentikan hanya kerana menghormati Ramadhan??? Bukankah mencari rezeki juga satu dari perintah Allah. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Ramadhan sepatutnya selain berterusan mencari rezeki yang halal kita juga menumpukan sepenuhnya pada ibadah tanpa meninggalkan rutin harian kita??? Bukankah kerjaya kita juga satu ibadah??? Ustazmuda tidak hairan kalau seorang pencuri misalnya mengungkap " saya akan berhenti mencuri di Bulan Ramadhan demi meraikan kemuliannya"... pasti ustazmuda tidak hairan kerana mencuri itu sudah jelas-jelas haram di sisi Islam... atau mungkin seorang pelacur sendiri berehat demi menghormati bulan yang mulia. Begitu boleh???
Apa akan jadi agaknya kalau seorang guru berehat hanya kerana ingin menumpukan ibadah sepenuhnya di Ramadhan yang mulia??? atau seorang ingineer misalnya??? Mungkinkah perbandingan ini terlalu bias sifatnya??? Entah... kepada anda yang bergelar penyanyi mahupun penghibur. Anda mungkin punya jawapannya??? tanyakan pada hati sanubari anda. Atau sebenarnya anda memang mempunyai jawapannya...
... untuk akhirnya, kenapa pula kalimah hijrah digunakan untuk mereka yang meninggalkan dunia glamour ini??? Bukankah hijrah itu sendiri bermaksud " berpindah dari satu tahap yang kurang baik kepada tahap yang lebih baik... Entah. Mungkin sahabat punya pandangan sendiri!!!
Friday, June 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 ulasan:
12:26 PM
pas senget atau dia yg songsang..
12:28 PM
salaaam ustaz..
Adalah ana belajar sesuatu pada satu waktu dahulu..
PEKERJAAN SEBAGAI ARTIS ADALAH PEKERJAAN LEBIH SESUAI DISEBUT 'FITNAH'..
kalau seorangartis tu ditanya apa pekerjaannya, adalah lebih jelas dia jawab "kerja aku fitnah".
SEBAB: menyanyi atau berlakon atas perkara yg lagha lagi bohong.Kan ke fitnah tu..
Melainkan nyanyian atau lakonan yg membawa kepada taqwa dan kemantapan iman,yg sesuai dan tidak melampaui batas syarak.
Jangan risau, aku tau rumah dia kat mana..gengster keramat kunun..chet!
2:26 PM
a'kum;
saya setuju dgn penulisan ustaz muda ni. saya tgk zaman skg golongan artis ni berlagak mcm org alim yang cakap tak serupa bikin. mereka berani memutar belit hukum agama. sendiri mau ingat la
2:54 PM
salah satu wasilah untuk memesongkan akidah umat islam adalah melalui seks, skrin, sport, song,....
Jelas itu perancangan yahudi...
dunia hiburan dijadikan sebagai satu platform yang menjanjikan glamour dan mndatangkan keuntungan..
Dan di sekeliling kita...ramai insan speri " dia"...yang bercakap berdasarkan nafsu bukannya pertimbngan akal..."
2:09 PM
sungguh hati mereka sedang sakit, dan mereka mahu menyembunyikannya. Allah maha tahu di dlm hati semua manusia. Usah kita pula sekadar mengeji, berdoalah semoga saudara kita yg menjadi artis itu kembali. Jgn cepat melatah sbb manusia yg terburuk mampu menjadi yg terbaik dlm sekelip mata.
8:58 PM
salam...
Alhamdulillah...berkat doa semua sahabat2...sebagimana yang diminta oleh "saudara Khairi".....Dia..telah memohon maaf di atas kelancangannya....
3:51 PM
Siapa yang teruja nak jadi artisni @ personalitini.. maunyer idak baru 3tahun dalam industri dah boleh tukar rumah emak bapak kat kampung.. tak kembang hati orang tua tu..
Jadinyer payah nak menahan anak2 muda nak jadi artis ni sementelah lagi stesyen tv sekarangni berlumba2 nak cari artis baru....
Ya Allah!! selamatkanlah anak2ku..
Post a Comment