Sahabat yang dikasihi...
Tak tahu di mana untuk dimulakan posting ustazmuda pada kali ini. Perasaan bercampur baur... gembira, terharu bercampur dalam hati ini. Terharu di atas kepercayaan yang diberikan oleh sahabat di atas perkongsian masalah dan kisah hidup kita. Gembira kerana perkongsian tersebut ada yang memberi impak positif dalam diri sahabat juga ustazmuda sendiri. Apapun ustazmuda panjatkan syukur padaNya tidak terhingga. Alhamdulillah dan Terima kasih...
Sahabat yang budiman...
Sebenarnya sejak posting ustazmuda " Isteri berdosa " yang menyebabkan sedikit polimek di yahoogroups respeks juga diweb tranungkite... bertalu-talu persoalan diajukan pada ustazmuda. Persoalan yang diajukan dimaya samada melalui YM atau e.mail direct kepada ustazmuda... Ustazmuda amat menghargainya. Ustazmuda sangkakan selepas sikap kurang berhemat dan lemahnya dalam menjaga amanah dari sahabat pasti kepercayaan pada ustazmuda akan hilang begitu sahaja tetapi sebaliknya. Syukur padaNya.
Sahabat yang mulia...
Diposting kali ini, ustazmuda memohon maaf andai posting-posting sebelum ini belum mampu untuk memberikan satu kupasan yang baik yang mampu memuaskan semua pihak. Insya Allah ustazmuda akan terus mencuba yang terbaik. Doakan. Namun sesuatu yang ingin ustazmuda kongsikan... Ustazmuda bukanlah orang yang setepatnya untuk berkongsi soal hukum hakam dalam Islam. Hakikatnya ustazmuda sendiri masih belajar dan terus belajar... Ustazmuda hanya berkongsi pandangan pendapat yang ustazmuda rasakan betul berdasarkan akal dan sedikit ilmu yang dikurniakan oleh Allah. Mungkin di sana ada jawapan-jawapan lain yang boleh dikongsikan bersama... Ustazmuda amat terbuka menerimanya. Sebarang perkongsian ilmu amat ustazmuda alu-alukan.
Secara jujurnya sahabat, ustazmuda lebih berminat untuk berkongsi masalah, mendengar dan berkongsi pandangan bukanlah dengan secara langsung menetapkan hukum pada sesuatu masalah. Menetapkan hukum pada satu-satu masalah adalah satu urusan yang amat besar... yang memerlukan penelitian amat teliti. Adakalanya perkongsian cerita mendengar dan menerima dengan terbuka juga akan mampu merawat hati kita... Begitu bukan???
Sahabat yang dirahmati Allah...
Untuk akhirnya di warkah pendek ini... sekali lagi ustazmuda ucapkan terima kasih tidak terhingga di atas kepercayaan yang diberikan pada ustazmuda. Pada sahabat yang masih menantikan jawapan dari ustazmuda terhadap permasalahan yang diutarakan... bersabarlah. Insyaallah akan ada kesempatan untuk ustazmuda cuba berkongsi rasa. Sesungguhnya menulis dan berkongsi rasa bukanlah sesuatu yang mudah... ia perlu lahir dari lubuk hati. Pada ustazmuda, menulis tanpa roh hasilnya mungkin tidak kemana dan hanya mendasari... Perkongsian demi perkongsian begini, menyedarkan ustazmuda betapa setiap dari kita akan diuji oleh Allah cuma masa dan waktunya sahaja yang menetukan...
Sahabatku...
Pada sahabat ustazmuda hulurkan salam ukhuwwah juga kemaafan atas kelemahan sikap ustazmuda samada semasa kita di YM atau yahoogroups... Semoga ikatan yang kita bina ini, adalah ikatan ukhuwah bersandarkan tali Allah kerana sesungguhnya hanya ikatan kerana Dia sahaja yang akan dikira sebagai ibadah di sana nanti... Amin
Buat akhirnya ustazmuda sertakan senikata lagi dibawah untuk kita hayati bersama...
Di bumi ini kita ditemukan
Satu arah satu perjuangan
Satu aqidah satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan.
Ukhwah fillah tidakkan musnah
Walaupun ombak
Walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai’ah.
Bertemu berpisah..
hanya keranaNya semata
Reda Allah kita cari
Moga2 kitakan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi.
Demikian manisnya mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuh di hati
An-Nur suci dari-Mu Rabbi.
Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Reda Allah dipohoni
Ukhwah fillah
Satu arah satu perjuangan
Satu aqidah satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan.
Ukhwah fillah tidakkan musnah
Walaupun ombak
Walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai’ah.
Bertemu berpisah..
hanya keranaNya semata
Reda Allah kita cari
Moga2 kitakan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi.
Demikian manisnya mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuh di hati
An-Nur suci dari-Mu Rabbi.
Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Reda Allah dipohoni
Ukhwah fillah
3 ulasan:
3:32 PM
Thanks to the blog owner. What a blog! nice idea.
3:35 PM
To the owner of this blog, how far youve come?You were a great blogger.
12:52 PM
salam,
lama tak ke sini. dah tukar wajah..
tertarik juga nak beri komen pasal isu isteri berdosa tu..tp tgh tak de mood plak nak utarakan pendpt :).
Post a Comment