Erm hari ni, seperti biasa... seperti hari-hari berlalu sembangnya masih sama, masih isu yang diperbincangkan di Ikim.fm hehe. Yalah, dah rutin pagi ustazmuda ni dalam kereta ke tempat kerja duk dengar ikim.fm jadi sembangan di sinipun banyak dipengaruhi dengan apa yang ustazmuda dengar disekitar hidup ustazmuda. Mungkin apa yang ustazmuda sembangkan tidak menarik minat sahabat. Ustazmuda pohon maaf...

Cuma satu yang sering ustazmuda fikirkan... Peruntukan demi peruntukan yang dianugerahkan oleh kerajaan untuk pengangkutan awam ni ustazmuda rasa hanya tertumpu ke kota-kota besar sahaja... Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, kuala Lumpur, bagaimana dengan kami yang berada di hujung dunia ni??? Di Bera Pahang ni. Adois. Untuk mendapatkan bas perlu menunggu sejam dua barulah muncul. Orang KL bolehlah... takde bas boleh naik komuter, LRT dan monorel macam-macam ada... bagaimana dengan kami??? Lebih-lebih lagi yang bertugas di pedalaman ni... di kawasan-kawasan felda. Dahlah perumahan yang disediakan tak cukup, untuk mendapatkan rumah sewa erm bukanlah satu perkara yang senang. Mana ada rumah felda yang nak disewakan, kalau adapun hanyalah rumah-rumah lama yang telah ditinggalkan. Adois sedihnya.

Tak tahulah kot, mungkin di bandar-bandar utama dah banyak perubahan. Mungkin di Johor baru, Penang, Ipoh, Kota Kinabalu Kuching dah amat memuaskan kot... tapi kami di Pantai Timur ni camne??? Haruskah kami tetap begini... haruskah???
2 ulasan:
9:06 AM
salam ustaz,
macammana nak menggunakan pengangkutan awam, tempat kerjanya bukan menggunakan 1 bas sahaja + dengan budak2 kecik lagi yang nak diangkut. Oh ya, ustaz dengar/tengok berita semalam? elaun bagi penjawat A,B dan C naik lagi..adoi..dalam dok berjimat cermat ni, boleh pulak elaun diorang naik ye...
9:39 AM
kat p timur jalan xjem..xper xguna bus segala bagai.....kat KL ni...susah..mmg kene guna..utk jimatkan kos hidup yg tinggi..
Post a Comment