Salah sahabat blog...
Tadi semasa minum-minum di kantin sekolah tercapai akhbar Utusan Malaysia... dan kebetulan plak tajuk yang agak hangat dan sentiasa hangat di pasaran mungkin jauh lebih hangat dari soal harga minyak... Silap-silap panasnya boleh membakar.... Huhu. Oklah. Tertarik dengan komen Ustazah Mashitah tentang poligami yang hangat baru-baru ni... Lelaki berkahwin 4 dengan persetujuan semua isterinya... Semua kenalkan Ustazah Mashitah Timbalan Menteri di Jab. Perdana Menteri sekarang ni dan terdengar juga desas desusnya mungkin antara calon Timbalan atau ketua wnaita UMNo huhu. Hangat tu... Tahniah ustazah.
Memetik kata-kata ustazah " poligami bukanlah untuk tujuan berbangga, dan dipertontonkan kepada orang ramai " begitu bunyinya... Erm, pada ustazmuda, lelaki tersebut bukanlah berbangga sangatpun dengan apa yang telah dilakukan olehnya. Cuma di sini apabila perlakuannya dihidu oleh massa begitulah jadinya. Sesuatu yang pada massa adalah luar biasa pastinya menjadi buruan. Kalau perlakuan biasa pastinya tidak mempunya nilai berita. Secara jujur ustazmuda hormat dan tabik spring pada mereka yang mampu berlaku adil dan seterusnya mengamalkan poligami menepati apa yang telah diamalkan oleh baginda SAW. Rasanya, sanjungan harus diberikan kepada beliau kerana berpoligami secara jujur, berani dan mengikuti apa yang ditetapkan oleh hukum samada hukum ketetapan agama juga undang-undang ciptaan manusia hari ini....
Bayangkan apa terjadi, andai beliau menggunakan saluran yang tidak betul... berkahwin di negara jiran misalnya??? pasti akan berpanjangan ceritanya. Kebetulan dua tiga hari yang lepas... ustazmuda ada berYM dengan seseorang yang mengadu berkahwin secara senyap di negara jiran. Perkahwinan sebagai isteri kedua... dan sekarang beliau telah mengandung anak sulung mereka. Perkahwinan mereka telahpun didaftarkan di sini cuma masalahnya si suami tidak ada keberanian dan kekuatan sebagai lelaki berpoligami. Masih berselindung dari isteri pertamanya dan akhirnya isteri kedua ini mula makan hati... Siapa harus dipersalahkan??? Masih mencuri-curi kerumah isteri keduanya... Seolah mereka bukan pasangan yang sah!!! Begitukah yang kita mahu??? Kadang-kadang ustazmuda menjadi pelik, betapa sesetangah di antara kita membenarkan suami punya wanita lain asalkan jangan berkahwin!!! waliya zubillah.
Untuk anda yang bernama suami... Segalanya pada anda, gunakanlah apa jua jalan yang terbaik sekiranya anda ingin mengamalkan sunnah yang satu ini. Kebijaksanaan anda menjadi nakhoda pada sebuah kapal, pasti kapal anda tidak akan hancur dipertengahan jalan walau bagaimana hebatnya gelombang yang mendatang. Anda harus punya kekuatan sebagai seorang nakhoda. Andai anda yang lemah apa lagi yang mampu dilakukan oleh anak-anak kapal anda.
Maafkan ustazmuda ya, wahai yang bergelar wanita... anda memang tidak akan berpuas hati walau bagaimana bentuk poligamipun dilakukan oleh suami anda. Begitu bukan??? Berpoligami secara sah juga pasti akan mengundang keributan pada anda, apa lagi berpoligami secara sulit!!! Entahlah. Sukar sangatkah untuk seorang wanita menerima sesuatu yang telah dietapkan oleh Allah??? Kalau seorang ustazahpun begitu!!! apa lagi yang boleh dibuat oleh mereka yang tidak punya apa-apa. Huhu.
Cukup dulu untuk kali ini... pastinya sekejap lagi ustazmuda akan dihujani dengan peluru-peluru dari sahabat bernama wanita huhu. Ustazmuda Redho... kerana kadangkala memang kebenaran itu sesuatu yang amat pahit untuk dihadam...
Friday, June 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 ulasan:
6:33 PM
Salam
Mulanya sebagai kunjungan balas di atas kunjungan usatzmuda ke blog saya baru2 ini. Tak sempat nak menjenguk sampailah ke hari ini. Tak sangka terkena dgn isu yg amat menarik. Saya tak nak lontarkan peluru sebaliknya sbg satu peringatan utk semua sama ada lelaki bernama suami atau wanita bernama isteri.
Jika lelaki merasakan keinginan utk berkahwin lagi adalah fitrah, samalah juga dgn kaum wanita yg memang fitrahnya enggan berkongsi suami. Jika diimbau sejarah para nabi dan rasul, isteri2 mereka juga punya rasa yg sama, sukar menerima hadirnya wanita lain di sisi suami. Baca semula kisah Siti Sarah yg melakukan pelbagai cara untuk menanam benci di hati Nabi Ibrahim agar dia dilepaskan slps kehadiran Siti Sarah.
Isteri2 Rasulullah SAW juga cemburu sesama mereka sdgkan Rasulullah SAW adalah suami yg paling sempurna. Jika mereka isteri2 insan terpilih berasa demikian, bagaimana dgn wanita akhir zaman kini yg berusaha mengekalkan keimanan kpd Ilahi ditambah pula dgn sikap suami yg rata2nya menimbulkan mslh di dalam poligami??
Jika lelaki tidak berbangga beristeri ramai, wanita juga bukan tamakkan kasih suami sebaliknya bimbang jika diri tersisih slps ada yg baru sbbnya rata2nya itukah penyudahnya.
Hrpn saya, kaum lelaki yg ada hasrat utk berpoligami dan sdg berpoligami, mampu mengubah statistik keruntuhan rumahtangga akibat poligami yg ada kini. Julangkan tak dpt ribuan pun, ratusan kes rumahtangga poligami yg bahagia, insyaAllah mata dan minda kaum wanita akan lebih terbuka.
Maaf sbb panjang pulak komennya :)
8:09 PM
ermmm...no komen la abi...sb sy blom kawin lg..lalalaa
9:32 PM
aih...ana kalau bab poligami x penah lagi...ade rase gok...tapi confirm la x mampu...x pe lah...x yah cr masalah...tp klu ade jodoh,x kan nak buat bodoh kan?tapi jangan la smpi diper"bodoh"kan(oleh setan iblis)pulak kita ni...
hehehe...
9:30 AM
salam ustaz muda,
hmm bila sebut poligami macam2 reaksi timbul, terutama bagi lelaki yg mmg minat topik ni.
heran betul ada segelintir media tu suka sangat paparkan topik ni. macam poligami ni benda wajib pula dalam islam, walhal yg wajib dlm islam ialah suami mesti jalankan tanggungjawab sebgai suami, ayah wajib jlnkan tanggungjwb sebagi ayah. tanggungjwb memasing sgtlah banyak, hingga ada tokoh agama (ramai tu) yg tak sanggup berpoligami kerana bimbang tak mampu dan diheret oleh tanggungan-tanggungan mereka di akhirat kelak. kalau difikirkan, kita nak tanggung diri kita sendiripun dah tak larat.
wanita ke2, 3, 4 yg dikahwini tu pula yang muda-muda, kiranya kalau tak berpoligami pun masih ada peluang kahwin dgn lelaki bujang lain. tak fahamlah saya, apa yg sunahnya jika begini, sebab kalau diikutkan sunah rasulullah baginda mengahwini wanita yang kematian suami, yang dah berumur, yang memang perlukan perhatian atau bantuan.
pada dasarnya semua wanita ingin berkahwin kerana ingin mencari kebahagiaan, inginkan perlindungan, bimbingan, kasih sayang dari lelaki yg bergelar suami. jika suami ada ciri-ciri bertanggungjawab, ciri-ciri agama, adil, rasanya masih ada wanita yg sanggup berpoligami, dan kalaulah calon madu itu boleh dibuat kawan atau adik beradik. tapi apa yg terjadi ialah, lelaki yg berkahwin kerana.. tuntutan nafsu, kononnya jika tak kahwin akan berlaku maksiat... nak selamatkan wanita, tapi, adakah anda betul2 penyelamat tapi penyemak (semakkan masalah)..
bagi kaum wanita, berhati-hatilah, nasib anda tidak sebaik kaum lelaki, sebab, org tua-tua ada mengatakan 'wanita akan bahagia jika perkahwinannya bahagia, tapi, bagi lelaki, lelaki masih boleh bahagia walaupun perkahwinan tidak bahagia'. tak perlu panik jika masih belum berkahwin, jangan pula nanti menyesal kerana perkahwinan anda mendatangkan masalah kerana anda tidak banyak jalan utk selesaikan masalah jika sudah bergelar isteri..
huih.. sori ustaz..sesekali kasik scud utk kaum adam hehe
6:04 PM
Salam,
Mmg org lelaki suka mendabik dada dgn hak istimewa yg Allah kurniakan kpd kaum Adam, tapi tidak ramai yg mahu ambil tahu sejarah pogami, mengapa ia dibenarkan dan adakah ia mengikut sunnah Rasulullah... Jika sibuk menyeberang sempadan semata2 utk berpoligami, mmg terang lagi nyata dah tak payah suluh yg tujuan dia berpoligami adalah semata-mata kerana NAFSU. Kalau niatpun sudah salah, maka porak peranadalah hidupnya... (Sendiri mau ingat, ya).
Alangkah bagusnya jika kaum Adam tumpukan lebih perhatian pd apa yg dlm genggaman, peliharalah ahli keluargamu daripada api neraka, sudahkah penuh dada dengan ilmu? Ada jugak suami yg tak tahu apa itu mandi wiladah ... HAMPEH!!! (Sila rujuk artikel "Tazkirah: Nafkah Batin - bukan hanya keperluan seks" di blog saya.
Jgn sampai yg dikejar tak dpt, dikendong pulak berciciran...
10:13 PM
....iman mau kuat. ...niat mau betul. amal mesti ikhlas LILLAHI TA'ALA.
Tepuk dada tanya selera. ukur baju dibadan sendiri.
...kecian anak orang? tak kecian ker anak sendiri....
hehehe!!!
"BELUM CUBA BELUM TAHU"
... TAKUT??? tak yah cobalaaaa.
6:32 PM
Assalamualaikum;
saya mmg setuju 100% seperti apa yg puan suzana tuliskan itu. saya mmg cuba memahami keindahan berpoligami tetapi contoh2 sekeliling memberi gambaran yang sebaliknya. rumahtangga porak peranda,anak2 yg ramai itu terabai dan tidak mendapat kasih sayang serta perhatian yang sewajarnya daripada seorang ayah ( kerana si ayah sibuk kawin) dan bermacam2 lagi masalah. saya ingin mengambil contoh seperti baru2 ini lelaki yang berkahwin 4. beliau menyatakan mengamalkan sejenis senaman,dimana setelah mengamalkan senaman tersebut katanya seorang isteri pun tak cukup,dan beliau juga target hendak 40 org anak dimana skg ini beliau telah mempunya 25 org anak. nampak sangat beliau kahwin kerana nafsu semata. w/pun mampu dari segi material, tetapi mampu kah beliau mempunya anak2 yg berkualiti? saya rasa beliau tidak pernah menjaga sendiri anak2nya yg seramai 25 org itu. cuba la jaga sendiri, mesti serik nak tambah anak lagi.betapa payahnya nak membesarkan anak2 pada zaman penuh cabaran ini. saya amat berdoa moga anak2nya menjadi org yg berjaya dunia dan akhirat. maaf panjang pula celoteh saya. terima kasih
Post a Comment