Sunday, July 27, 2008

InDaHnYa KoMeN dAp...

1 ulasan
Salam sahabat blog...


Selamat berhujung minggu ya sahabat. Rutin biasa di hujung minggu ustazmuda adalah balik ke kampong menjenguk ayah bonda tercinta. Itulah cerita hujung minggu... ustazmuda juga, akan mengangkut empat lima naskhah akhbar untuk bacaan. Tak kiralah akhbar berhaluan kiri atau akhbar berhaluan kanan semuanya di kaut. Hari lain akhbar hanya akan di baca di kantin sekolah. Percuma. Hehe. Cukup hari minggu dengan empat lima naskah tersebut sahaja. Lengkap cerita seminggu.


Hampir kesemua akhbar yang ustazmuda beli... isu utama adalah muzakarah atau muqabalah antara UMNO dan PAS. Tiada isu lain... Awalnya ustazmuda tidak berminatpun untuk membuat sebarang komentar atas isu ini. Tidak!!! Entah kenapa macam tidak mampu menarik minat ustazmuda. Cuma bila terpandang satu komentar dari Timbalan Presiden Dap tentang muzakarah UMNO PAS ni ustazmuda tertarik untuk membuat sedikit ulasan. Sahabat boleh lihat ulasan penuh di halaman 3, akhbar harakah 1 - 15 Ogos bawah tajuk...
DAP : Muzakarah baik tapi mustahil PAS, UMNO bekerjasama... itu tajuk yang diberikan. Menarik??? Entah.


Ustazmuda bukan nak komen tentang tajuk yang diberi... cuma tertarik dengan beberapa petikan ulasan dari Timbalan Presiden Dap ni yang berbunyi...


" Orang-orang Cinapun jika ada masalah akan berunding secara aman walaupun dari pelbagai parti kerana ia merupakan amalan agama... dalam isu agama kita umpama di dalam satu kapal, jika anak-anak kapal bercakaran, maka kapal akan bergoncang, kalau ada masalah kita akan tenteramkan keadaan " Dr Tan Seng Giaw


Menarik bukan??? Ya pada ustazmuda amat menarik. Menariknya apabila orang Cina boleh berunding, bermuzakarah juga bermuqabalah dalam sesuatu isu. Letakkan dulu ideologi anda di sebelah datanglah untuk mendegar berbincang atau mungkin memberikan pandangan. Bukan untuk membuat satu keputusan, kerana keputusan dalam mana-mana jamaah atau badan politik seharusnya dibuat dalam satu mesyuarat melalui suara majoriti. Begitu bukan???


Teringat ustazmuda, semasa bertugas di sebuah sekolah Menengah yang pelajarnya adalah 80% adalah pelajar Cina, menariknya mereka boleh mengadakan kerjasama dengan badan politik bukan sahaja di kalangan pro kerajaan bahkan dari parti politik pembangkang walaupun sekolah itu merupakan sekolah kerajaan. Terpampang dalam laporan kewangan sumbangan dari DAP dan MCA dalam jumlah yang agak besar. Kenapa mereka boleh tetapi tidak pada kita??? Apa agaknya akan terjadi pada pengetua di sebuah sekolah kerajaan andai mereka menerima sumbangan samada kewangan mahupun bantuan tenaga dari kalangan pimpinan pembangkang??? Erm... tentu sahabat tahu akibatnya bukan??? Demi menjayakan pendidikan anak bangsa mereka bersatu tapi tidak untuk kita... Untuk pengetahuan sahabat, kini ustazmuda bertugas di sebuah daerah di Pahang yang telah 5 penggal dikuasai DAP... Tahukan???

Satu-satunya kempen yang dijayakan bersama oleh PAS, Keadilan & UMNO. Di mana???


Ustazmuda, tidak berminat untuk komen panjang lebar, muzakarah antara UMNO dan PAS kerana masing-masing punya pemikir yang hebat dalam menentukan halatuju. Cuma ustazmuda harapkan agar kita tidak terlalu berpolitik dalam segenap kehidupan, sesekali pisahkanlah ideologi politik itu... hulurkan apa sahaja bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa bertanya terlebih dahulu siapa anda??? PAS @ UMNO ??? Boleh???

1 ulasan:

teratai says:
1:25 PM

Assalamualaikum ustazmuda.

saya sgt menyokong pendapat bhw kdg kala kota perlu mengenepikan idoelogi politik msg2. bukankah mrk adalah pemimpin2 yg dipilih oleh rakyat. amanah itu adalah sgt besar. maka dahulukanla kepentingan rakyat terutama mrk yg benar2 memerlukan bantuan. terlalu ramai rakyat diluar ini yg memerlukan perhatian bukan shj dari pemimpin umno malah pas, pkr dan dap. trutamanya pemimpin2 islam ini. bersatulah. kenapa perlu jadi terlalu ego sehingga tidak mempedulikan ttg jerih payah rakyat yg sdg menanggung.

semoga perbincangan ant umno dan pas diberkati Allah dan dpt mencapai satu kata yg memberi manfaat kepada rakyat amnya dan umat islam khususnya.

sebagai rakyat malaysia, saya juga menyeru agar kita sama2lah berdoa smg perpaduan ttp terjalin.Wallahualam.