Semalam ustazmuda termanggu sebentar dengan komen salah seorang pengunjung blog ustazmuda atas posting bertajuk kawan... Begini bunyinya.
amirahsyuhada said...
Sahabat adalah definisi yang terlalu berat dan hebat
Terima kasih pada saudari Amirah atas komen tersebut. Entah kenapa dalam banyak-banyak komen di blog ustazmuda, komen saudari yang benar-benar menarik minat ustazmuda untuk memperkatakannya, walau sebelum ini hati meronta-ronta untuk menulis dan mengulas komen paling banyak diposting bertajuk Aduhai Shaberyyy, ...begitulah, kita hanya merancang tapi Allah jua penentu segalanya. Lupakan komen tersebut. Biarkan...
Mungkin benar apa kata Amirah kalimah " sahabat " terlalu berat dan hebat untuk diungkapkan pada seseorang. Benar kita mungkin punya beribu kawan tetapi setiap mereka yang rapat dengan kita itu tidak semestinya bergelar sahabat bukan??? Dewasa ini kenalan datang dan pergi... kenalan datang dari internet, teman cyber, kawan online, rakan sekerja dan ada yang terusan jadi kawan offline. Begitu mudahnya mencari kawan di zaman serba canggih ini. Namun sahabatkah mereka??? Pada ustazmuda di mana sahabat dikenali bukan persoalan utamapun... offline mahupun online yang penting persahabatan itu ikhlas kerana Allah. Adakala sahabat online kekal menjadi sahabat di alam nyata dan berpanjangan, adakala dia datang dan pergi berlalu begitu sahaja.
Ustazmuda sendiri mungkin tidak punya sahabat... maaf ya kepada mereka yang menganggap diri ustazmuda sebagai sahabat hehe. Bukan bermaksud ustazmuda tidak sudi menerima sahabat sebagai sebahagian dari kenalan dalam hidup ustazmuda cuma tingkatnya mungkin belum sampai ke tahap itu. Dulu, wah cam nostalgia plak rasanya hehe... ustazmuda pernah menganggap seseorang sebagai sahabat. Ya, sahabat teman bercerita mencurah rasa di kala duka ...adois jiwangnya. Segalanya kami cuba bekongsi. Kisah suka mahupun duka, namun dek kerana sikap ustazmuda yang mungkin keterlaluan sebagai sahabat, akhirnya persahabatan itu berkecai... Ya, ustazmuda sedar agak keterlaluan dan mengakui kesilapan itu. Dia memaafkannya namun kemaafan adalah kemaafan, hati yang terguris tidak mungkin kembali mekar seperti biasa. Begitulah... kini kami hanya kawan. Huhu.
Melafazkan maaf dan memaafkan adalah sesuatu yang berbeza, mudah melafazkan maaf, namun menerima kembali perhubungan seperti sediakala adalah sesuatu yang lain. Sedang Baginda Rasul sendiri sukar untuk menerima Wahsyi si pembunuh Syaidina Hamzah Abdul Mutalib walau nabi memaafkannya setelah Wahsyi memeluk Islam. Seingat ustazmuda, nabi pernah memalingkah wajah dari melihat Wahsyi... kerana peritnya rasa untuk menerima apa yang telah Wahsyi lakukan pada Syaidina Hamzah di Medan Badar. Ya memaafkan dan menerima kembali seadanya adalah sesuatu yang berbeza setelah hati dilukai... Kita mungkin mampu memaafkan tetapi belum tentu kita sanggup menjalinkan hubungan seperti sediakala. Itulah manusia.
Teringat kata orang tua-tua, seseorang bukanlah sahabat kita, selagi kita masih belum pernah tidur bersama. Huhu. Jangan paham lain no. Tidur bersama dengan maksud sahabat pernah tidur di rumahnya dan dia pernah tidur di rumah kita. Itu kata orang tua... Kalau sekadar kenalnya hanya begitu sahaja, itu belum dinamakan sahabat lagi. Itu difinisi orang tua-tua kita dulukala... sahabat, mestilah mereka yang pernah bertandang dan mengenali keluarga masing-masing. Begitu. Apa plak anjuran agama tentang sahabat... erm di sana beberapa peringatan dari Baginda Rasul tentang sahabat antaranya...
" Sebaik-baik sahabat adalah apabila dia mengingati Allah, dia akan meolong kamu, dan apabila kamu lupa dia akan mengingatkan kamu "
" Seseorang atas agama kawannyanya, maka lihatlah kepada siapa dia berkawan "
Itu antara pesanan baginda tentang sahabat... Tak perlu untuk ustazmuda ulas panjang. Rasanya sahabat-sahabat boleh memahami. Sahabat yang baik apabila kita lalai dengan kebesaran Allah pasti dia akan mengingatkan kita. Itulah sahabat sebenarnya... Nilaikan siapa sahabat anda??? Juga nilaikan diri anda sebagai sahabat??? Boleh!!!
Jujurnya, ustazmuda amat mengharapkan moga Allah mempertemukan ustazmuda dengan seseorang yang bergelar sahabat, yang sanggup berkongsi rasa mahupun cerita di kala susah dan senang. Ingin sekali ustazmuda agar tergolong di kalangan mereka yang diberi lindungan oleh Allah di hari tidak ada lindungan padanya iaitu :
Sahabat yang datang pada kita kerana Allah, tanpa apa-apa tersurat mahupun tersirat di hati yang tidak terungkap. Segalanya kerana Allah. Menziarahi kita hanya kerana benar-benar merindui seorang sahabat... bukan unuk tujuan yang lain. Indah bukan??? Terlalu ideakah untuk mendapatkan seseorang yang bergelar sahabat di penghujung dunia ini??? Mungkinkah???... Entah.
2 ulasan:
9:15 AM
salam ustaz..
tersentuh sikit hati saya bila baca mengenai"sahabat" nih.
memenag betul.. susah utk mencari "sahabat".....
dan begitu susah juga tuk memaafkan
sahabat yang pernah sama2 bersusah senang an kita suatu masa dulu..
terkadang org tidak tahu nak menilai sahabat tu camne...
10:36 PM
salam.. apa khabar..
Post a Comment