Monday, July 07, 2008

SaLaH pAhAm TeNtAnG iDdAH...

1 ulasan
Salam sahabat blog...


Alhamdulillah kita selamat berhujung minggu selama 2 hari. Seperti biasalah tu kan??? Hehe. Mungkin banyak yang kita alami dalam tempoh dua hari nikan? Maklumlah dalam iklim politik dan ekonomi tak menentu ni. Adois... banyak sembang-sembang kosong yang agak mengerikan. Tapi takpelah... Moga semuanya cepat berakahir. Gitu boleh??? ustazmuda sendiri, seperti biasalah... hujung minggu adalah masa untuk menziarahi ayahbonda tercinta di kampong. Itulah rutin hujung minggu kami. Sahabat bagaimana???


Erm... kali ni ustazmuda ingin sembangkan masalah wanita ketika berlakunya penceraian. Maklumlah minggu lepas di kelas hangat juga tajuk ini diperbincangkan walaupun di kelas yang agak corot. Alhamdulillah sekurangnya ada semangat untuk pelajar ustazmuda mendalami ilmu Allah. Moga-moga mereka akan amalkan dalam kehidupan harian mereka. Amin.


Iddah atau ada ketikanya kita jumpa ia ditulis dengan edah... adalah perkataan yang sama. Perkataan yang memberi maksud tempoh. Mungkin kalau dalam istilah modennya kita boleh katakan sebagai tempoh bertenang. Hehe. Tempoh iddah adalah berlainan berdasarkan status isteri yang diceraikan... Namun kebanyakan tempoh iddah ialah tiga kali suci. Cuma mungkin terdapat perbezaan tempoh iddah bagi isteri yang diceraikan ketika sedang hamil. Iddah mereka ialah dengan lahirnya bayi yang dikandung. Di sana juga wujudnya keadaan dimana isteri yang diceraikan tidak mempunyai iddah. Mereka terus boleh berkahwin!!! Sahabat boleh rujuk mereka yang lebih arif...


Di sini, bukanlah kadar dan status isteri yang ingin ustazmuda sembangkan. Cuma ustazmuda ingin kita sama-sama renungkan beberapa kesilapan yang sering berlaku terhadap pasangan yang bercerai dalam tempoh iddah. Beberapa hak isteri yang mungkin kita ambik mudah semasa dalam tempoh iddah dan mungkin juga salah paham orang kita tentang kedudukan suami isteri semasa dalam iddah.


Antara perkara yang sering kita lihat ialah apabila sang suami menjatuhkan talak pada isterinya, si isteri terus saja keluar rumah dan kembali ke rumah ibubapanya. Sebenarnya ini adalah satu kesilapan besar dalam Islam. Penceraian talak satu dan dua tidak membenarkan seorang isteri terus sahaja keluar dari rumah dalam tempoh iddah. Tidak!!! Keluar masuk si isteri dari rumah masih tertakluk pada kebenaran sang suami. Itulah hakikatnya, kerana tempoh itu adalah tempoh bertenang yang memungkin suami isteri rujuk kembali sebagai suami isteri. Cuma apa yang perlu adalah pemisahan tempat tidur sahaja.


... Sehinggakan terdapat beberapa pandangan ulama, menukilkan rujuk itu boleh terjadi hanya dengan berlakunya perbuatan yang haram dilakukan oleh bukan suami isteri. Sebagai contoh mudah, suami isteri berkucupan semasa dalam iddah. Secara otomatik pasangan tersebut telah kembali sebagai suami isteri. Namun ini adalah pandangan beberapa ulamak yang dianggap lemah. Cuma, apa yang ustazmuda ingin gambarkan bahawa, tempoh iddah adalah satu tempoh bertenang yang diberi oleh Allah untuk suami isteri berfikir kembali. Berfikir tentang kehidupan, berfikir tentang rumahtangga, berfikir tentang anak-anak. Apa akan jadi sekiranya si isteri terus keluar dari rumah??? Pastinya fikiran tidak lagi kepada rumahtangga... Ingatlah!!! Apabila sahabat diceraikan talak satu dan dua jangan sesekali tinggalkan rumah itu. Itu masih hak anda...


Bukan sekadar itu sahaja hak-hak seorang isteri selepas iddah. Si isteri masih berhak untuk mendapatkan nafkah. Nafkah yang dimaksudkan ialah nafkah zahir. Bukan nafkah batin hehe. Masih perlu meminta kebenaran kepada suami untuk keluar dari rumah. Perlu difahami, tempoh iddah bukanlah satu tempoh kebebasan kepada isteri untuk keluar kemana-mana... Untuk suami, ingatlah anda masih lagi punya tanggungjawab pada isteri di ketika ini!!!

1 ulasan:

Anonymous says:
12:08 PM

assalamualaikum ustaz,

soalan saya mengenai talak. suami saya, walaunpun tidak menyebut kata "cerai" atau "talak", namun sering kali menyebut perkataan2 yang membawa maksud serupa. iaitu "melepaskan" dsb. contohnya, dia acapkali mengingatkan saya tentang "tawaran"nya, iaitu untuk berpisah jika kami tidak lagi sefahaman. maknanya setiap kali kami bertengkar, dia akan menyebut "tawaran saya masih on lagi". baru2 ini, saya nekad minta berpisah jadi saya katakan kepadanya "is ur offer still on?" katanya "yes". kemudian saya katakan kepadanya "i want out", dia menjawab "OK". Apakah itu telah jatuh talak kerana kami saling memahami maksud "out" dan "offer" yang disebut? Selepas itu juga kami telah berbincang tentang settlement, rumah, tanggungan anak dll. Maksudnya, kami berdua memang memahami sebenarnya apa yang kami ucap dan maksudkan. Sekian, terima kasih atas penjelasan.