Salam sahabat blog...
Sehari dua ni hangat dalam internet, weblog bahkan yahoogroups pasal Akil Hayy. Huhu. Hakikatnya OK... bukanlah suka sangat cerita macam ni didedahkan. Maklumlah cerita dalam kain. Huhu. Siapa yang malu??? Mereka dan keluarga mereka jugak!!! Kalau boleh biarlah disorok. Lagipun benda dalam kain ni bahaya kalau ditonton2kan. Wakakaka. Tapi apakan daya, nampak gayanya rakyat Malaysia memang berminat dengan cerita2 begini. Makin disorokkan makin kuat daya tarikannya. Kalau boleh nak dilondehkan sehabisnya. Gitu??? huhu.
Tak kurang hebat juga dalam respeks_group. Erm... adakala serba salah antara nak delete dan lepaskan. Tak dilepaskan makin banyak plak dihantar. Huhu. Sabau jelah OK. Nak tak nak dari kurang berminat mengikuti perkembangan... akhirnya terpaksa ambik tahu lantas membuat satu pasting khusus di sini. Jangan mare beb!!! Maaflah... Posting ini tidak bertujuan untuk mengusik sesiapa... cuma sekadar memikirkan kenapa dan mengapa begini. Faham??? Terpulang.
Kenapa dan mengapa... akhirnya begini cerita ustaz Akil??? Pada OK hanya satu. Maaflah. Andai apa yang OK perkatakan menyentuh mana2 pihak. Sekadar pandangan OK!!! Pandangan yang tak seberapa... hanya satu. Iaitu kembalinya ustaz Akil ke dunia artis!!! itulah puncanya.
Nak tak nak... sukar untuk kita nafikan tentang dunia itu. Salahkah dunia itu... rasanya tak perlu OK perkatakan. Ada mata pandang ada telinga dengar ada iman nilaikan dengan pandangan Islam yang hakiki bukan hadhari!!! wakakaka.
Sesiapapun... apapun dia, sehebat manapun dia andai terperap dalam dunia itu, pastinya segala fitnah akan terpalit dalam diri sahabat. Sesungguhnya suasana dalam dunia itu begitu. Suasana yang amat sukar untuk kita mempertahankan iman di dada. Suasana yang membenarkan segalanya. Pelukan mesra, ciuman manja hanya berasaskan Seni. Seni yang seolah2 mengatasi segalanya. Bahkan ada ketikanya seni itu sendiri seolah2 mengatasi hukum agama. Itulah seni, seni yang menyimpang terlalu jauh dari agama!!! Seni yang memerangkap penganutnya dalam satu budaya tersendiri. Budaya yang segalanya boleh!!!
Pada OK... andai benar sahabat ingin melepaskan diri dari fitnah seperti ini. Keluarlah dari kepompong itu. Keluarlah... Lihat sahaja apa yang berlaku pada " Ali Setan ". Bagaimana beliau sekarang??? Alhamdulillah. Terselamat dari kepompong dunia ini. Kenapa dan mengapa??? tak lain dan tak bukan kerana beliau melepaskan diri dari kepompong tersebut. Begitu juga dengan Nor Kumalasari misalnya... Alhamdulillah.
Lihat sahaja Kak Ogy dan Kak Rahimah Rahim suatu ketika dulu... di awal penghijrahan. Perghhh Alhamdulillah. Pulangnya terus dengan pakaian menutup muka. Namun lama-kelamaan siki demi sikit... kembali ke asal. Kenapa dan mengapa??? Jawapan pasti kerana mereka masih di kepompong itu. Kepompong itu adalah kepompong begitu. Budayanya begitu. Ceritanya begitu.
... Sebab itu pembentukan budaya @ biah Islamiah itu amat penting. Maha penting. Sesungguhnya manusia itu lemah. Dengan jamaahlah mereka menjadi kuat. Andaikan jamaah kita adalah jamaah yang seperti itu. Lama kelamaan kita akan begitu. Binalah biah Islamiah. Persekitaran yang Islamik. Persekitaran yang tunduk kepada Allah. Insya Allah kita akan selamat dalam persekitaran seperti itu.
Jujurnya sekali lagi OK tekankan... siapapun kita. Tok Guru ke kita. Ustaz ke kita... seandainya kita terjunkan diri kita ke kepompong tersebut. Lambat laun begitulah kita. Kita amat lemah sebenarnya...
Sekali lagi OK... memohon maaf. Artikel ini sekadar muhasabah pada diri dan semua sahabat. Semoga kita sentiada berada dalam biah dan persekitaran yang sentiasa menambahnaikkan iman kita.. Amin
Rasa hati : Simpati
Friday, May 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 ulasan:
11:16 PM
koi sokong awok..betul sebetul2nya...
koi insaf..
8:27 AM
salam...
rasa terharu dan makin menjadi biru plak...syahdu sekali bila baca apa yang OK tulis... itulah hakikat...
rasa sedih, terharu, terkilan pun ada
3:05 PM
pokok pangkal pada hati.. tepuk dada tanya selera memasing.
4:59 PM
Sebut pasal Nor Kumalasari, teringat kt dia.Hampir hari2 nampak dia kt masjid Pandan Dalam.Alhamdullillah...
Post a Comment