Sekadar berkongsi rasa ekekeke... Tak mungkin ku.

rasa ini
walau mengalir lahar di dada
walau bisanya meracun diri
walau peritnya membakar jiwa
Tak mungkinku ceritakan
kisah ini
walau berjuta mengekori
walau dengan berjuta beli
bibirku tetap mati
ceritaku terhenti
Tak mungkinku coretkan
perjalanan ini
walau dihentak pedati
walau dilibas cemeti
akanku simpan
jauh di sudut hati
Tak mungkinku khabarkan
riwayat ini
kerana ia hanyalah riwayat biasa
yang terjadi antara kita
tanpa terduga
tanpa sengaja
ada insan yang terluka
kisah ini
keranaku mengerti
sebuah kisah yang tidak terperi
kisah antara kita
biarlah rahsia...
Hak cipta terpelihara
abiumar
030509
Pekan
Pahang Darul Makmur
0 ulasan:
Post a Comment